Jumaat lepas, Ummi sempat belek tanaman depan rumah.
Beberapa hari sebelum, Cik Ana datang ambil daun lengkuas untuk buat air mandian anak saudaranya yang baru bersalin. Cik Ana ambil juga daun belimbing buloh ni untuk ubat demam kuning (jaundice) bayi kpd anak saudaranya ni. Ini kali kedua Cik Ana ambil. Alhamdulillah turun kuningnya. Ummi baru tahu rupanya daun belimbing buloh ni boleh buat ubat kuning baby. Kalau daun mambu/semambu (neem) tu biasalah dengar digunakan untuk mandikan baby yang demam kuning ni. Bik Yatie pula ambil daun belimbing buloh ni untuk buat gosok badan. Macam-macam rupanya khasiat daun belimbing buloh ni. Ummi cuma ambil manfaat buahnya saja.
Buah di pangkal dahan.
Buah kali ni kebanyakannya rendah, boleh dicapai dengan tangan. Jadi Ummi pun suruh anak² ambilkan plastik. Post dekat status WA, Cik Isma berkenan. Alhamdulillah ada yang nak. Kalau takde yang berminat Ummi nak suruh Angah bawa ke surau, sedekah pada jemaah surau. Sayang jika dibiarkan, baik kita sedekah.
Satu plastik besar untuk Cik Isma, Cik Ana dan dalam tapis merah tu Mak Bee punya.
Sambil-sambil tu petik juga pucuk ubi,serai dan daun belalai gajah. Kena rajin petik supaya pokoknya rimbun.
Kemudian jenguk pula pokok nangka.
Buah dah terlebih masak, dah mula busuk. Cuti sekolah sibuk dalam rumah, tak sempat nak jenguk tanaman. Akhirnya buah nangka ni terlebih masak. Bukan rezeki, takpelah.
Mungkin Allah nak bagi rezeki mangga pula nanti ... Pokok ni dah lama, arwah Tok juga yang tanam. More than 6 years la umurnya sebab Tok passed away in 2020. Ini kali pertama ianya berbunga. Ada beberapa tangkai juga alhamdulillah.

Banyak rupanya kegunaan pokok belimbing buluh selain buahnya. Ilmu orang dulu-dulu memang menarik untuk diketahui
ReplyDeleteElok juga dapat ilmu begini, boleh diwariskan kpd generasi muda.
DeleteBanyak juga khasiat daun belimbing buluh. Di rumah ada pokoknya tapi jarang ambil buahnya.
ReplyDeleteKalau di bandar ni, ramai peminat buah belimbing buloh ni Eyma. Sentiasa ada je yg berminat nak buah ni. Yg minta beli pun ada π
Deletesemoga menjadi la buah mangga nya tu
ReplyDeleteAamin π€²π»
DeleteLama tunggu dia berbunga :)
Tudiaaaaa......lebatnya belimbing....Kalau dok dekat nak juga pi mengendeng minta sikit...hihihi
ReplyDeleteMai², jauh pun bulih aih π
DeleteAlhamdulillah
ReplyDeleteRezeki ni meriahh buahnya
Buat masak lemak kuning dgn ikan
Fuhhh sedapp
Betoi Cik Nur. Sy buat masak lemak dgn teloq itik pun sedap.
DeleteGeramnya nengok belimbing tu. Kalau kat tempat Cie ni rebus belimbing tu untuk buat sambal hitam.
ReplyDeleteSama cie.... adik pun suka buat sambal hitam dengan buah belimbing ni..lagi banyak lagi sedap kan
DeleteYa Cie. Yg kawan Akk ambil ni pun nak buat sambal hitam katanya.
DeletePokok belimbing buluh kat kg dah mati kalau tak dulu lebat buahnya jenis besar pulak tu. Sayangnya tak ada benih dia walaupun banyak buah jatuh kat tanah bila dah tua.
ReplyDeleteAlahai sayangkan Kak Notie.
DeleteJarang benih pokok ni tumbuh sendiri, kena semai bijinya. Pokok² Sy ni pun Sy semai benih. Alhamdulillah hidup dan berbuah elok.
Ada lagi x buahnya tu PH..kalau ada nak la setangkai 2 buat gulai ngan ikan keli...
ReplyDeleteHahaha muka x malu plak SA ni meminta..
Boleh², nanti PH tengok ye SA. Sbb ada tinggalkan setangkai dua yg muda².
DeleteTak yah malu, mmg niat nak sedekah buahnya π€
π Alamakkk next time kalau ada lagi boleh minta sikit buah belimbing? Belimbing ni mmg cepat melebat buahnya kan..
ReplyDeleteBoleh aja Ako π€
DeleteNx batch PH simpankan. Ni pun ada yg putik dan sedang berbunga. Pokok ni berbuah sentiasa, tak ikut musim. Apa² nanti kita roger k
melihat belimbing buluh menyebabkan air liur saya berkecur
ReplyDeletebyk betul pokok2 buah kat rumah PH yer..syok sungguh!
ReplyDeletemeriahnya belimbing buluh tuuu....
ReplyDeletemasak lemak + belimbing buluh sedap jugak ni....
kat entry sebelum ni ammi nak cakap pasal belalai gajah yang PH buat tumis dengan pucuk ubi tu...sekali lupa la pulak. Kisahnya baru ammi tau belalai gajah tu boleh dibuat sayur goreng...dulu ingat arwah mama keringkan pastu dia rendam dengan air panas dan minum je.
ReplyDeletelebat buah belimbing buluh tu..sedap buat sambal hitam
ReplyDeleteMeriahnya buah belimbing.. Geram tengok.
ReplyDelete