Sunday, 6 September 2026

Lebat!

Jumaat lepas, Ummi sempat belek tanaman depan rumah. 

Tu dia, lebat dan gemoks 😍

Beberapa hari sebelum, Cik Ana datang ambil daun lengkuas untuk buat air mandian anak saudaranya yang baru bersalin. Cik Ana ambil juga daun belimbing buloh ni untuk ubat demam kuning (jaundice) bayi kpd anak saudaranya ni. Ini kali kedua Cik Ana ambil. Alhamdulillah turun kuningnya. Ummi baru tahu rupanya daun belimbing buloh ni boleh buat ubat kuning baby. Kalau daun mambu/semambu (neem) tu biasalah dengar digunakan untuk mandikan baby yang demam kuning ni. Bik Yatie pula ambil daun belimbing buloh ni untuk buat gosok badan. Macam-macam rupanya khasiat daun belimbing buloh ni. Ummi cuma ambil manfaat buahnya saja. 

Buah di pangkal dahan. 

Buah kali ni kebanyakannya rendah, boleh dicapai dengan tangan. Jadi Ummi pun suruh anak² ambilkan plastik. Post dekat status WA, Cik Isma berkenan. Alhamdulillah ada yang nak. Kalau takde yang berminat Ummi nak suruh Angah bawa ke surau, sedekah pada jemaah surau. Sayang jika dibiarkan, baik kita sedekah.  


Hasil tuaian yang lumayan alhamdulillah.
Satu plastik besar untuk Cik Isma, Cik Ana dan dalam tapis merah tu Mak Bee punya. 

Sambil-sambil tu petik juga pucuk ubi,serai dan daun belalai gajah. Kena rajin petik supaya pokoknya rimbun.

Kemudian jenguk pula pokok nangka. 

Aduh, bukan rezeki :(
Buah dah terlebih masak, dah mula busuk. Cuti sekolah sibuk dalam rumah, tak sempat nak jenguk tanaman. Akhirnya buah nangka ni terlebih masak. Bukan rezeki, takpelah. 

Mungkin Allah nak bagi rezeki mangga pula nanti ... Pokok ni dah lama, arwah Tok juga yang tanam. More than 6 years la umurnya sebab Tok passed away in 2020. Ini kali pertama ianya berbunga. Ada beberapa tangkai juga alhamdulillah. 





2 comments:

  1. Banyak rupanya kegunaan pokok belimbing buluh selain buahnya. Ilmu orang dulu-dulu memang menarik untuk diketahui

    ReplyDelete
  2. Banyak juga khasiat daun belimbing buluh. Di rumah ada pokoknya tapi jarang ambil buahnya.

    ReplyDelete