Monday, 20 July 2026

Abang | Airtangan Ibu

Ibu adalah panggilan buat Puan Pengarah Pusat Asasi. Beliau sendiri yang membahasakan dirinya Ibu. Watak beliau sangat keibuan, sesuai dengan panggilan Ibu tu. Namun di sebalik kelembutan seorang ibu, terselit ketegasan. Sesuai dengan kedudukan beliau sebagai seorang ketua dan pendidik. 

Jumaat lepas Ibu meraikan anak-anak Asasinya dengan memasak. Seronoklah anak-anak ni dapat merasa airtangan Ibu. Sedikit sebanyak pasti terubat rindu dengan masakan ibu sendiri. 

Bukan biasa-biasa menu Ibu masak; patin masak tempoyak, sambal sardin, telur dadar dan nasi putih. Tengok senarai menu pun dah kecur :) 

Ibu bersama beberapa orang ex-students Asasi bergotong-royong memasak untuk hidangan ni. Anak-anak Asasi tak diajak sebab depa ada kelas tambahan Buddy Coaching sebagai persediaan untuk ujian (Test 1). 

Segar nampaknya ikan-ikan patin ni

Siap dah πŸ˜‹

Bukan setakat memasak, Ibu juga cedokkan lauk untuk anak-anak πŸ‘πŸ»

Alhamdulillah Abang sempat datang ke Dapur Siswa Madani di kolej untuk makan. Suruh bergambar dengan Ibu, tak sempat katanya. Malu la tu :D 

Alahai telioq tengok 😍

Ada yang bawa tapawΓ©, ada yang bawa pinggan... Semua puji masakan Ibu sedap πŸ‘πŸ» 

Tqsm Ibu menyantuni anak-anak kami πŸ’

# Credit photos to Ibu & Telegram Pusat Asasi. 

9 comments:

  1. tu dia Pengarahnya siap masak lagi. Pengarah Matriks anak kami suka buat video tiktok. Sebelum tau dia tu pengarah ammi ingat dia staff admin huhuhu..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..Mesti sedap ibu masak. Masak sendiri, siap cedokkan lagi. Baik sangat ibu ni. Semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik, rezeki yang melimpah ruah dengan segala keberkatan buat ibu dan Allah permudah segala urusan. Aamiin...

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah, semoga bertambah rezeki Ibu berkongsi rezeki dgn anak2 yg menuntut ilmu ni.

    ReplyDelete
  4. Bgausnya dia menyantuni anak2...x pernah saya jumpa insan baik hati mcm ni...

    ReplyDelete
  5. Bagusnya Puan Pengarah Pusat Asasi. Patin masak tempoyak memang sedap! πŸ˜‹

    ReplyDelete
  6. barakallah fiiha..baik sungguh Ibu ni..mesti kesayangan ramai

    ReplyDelete
  7. Betul sangat tu, sejelas mana pun rezeki kat luar, air tangan ibu juga yang paling nikmat dan tiada tolok bandingnya. Semoga 'Abang' sentiasa menghargai dan diberkati! πŸ‘✨

    ReplyDelete
  8. Bagusnya melayan anak2. Mesti dia rasa kesian berjauhan dengan family.

    ReplyDelete