Sunday, 10 May 2026

Giant Sri Gombak Kini Dibuka!

Giant Sri Gombak dah buka šŸ¤—

Pagi tadi Ummi dan Walid pi la 'rasmi' tempat baru ni :D 
Entrance/Exit belah kedai tayar Continental/Farmasi Eenat. 

Parking luas šŸ‘šŸ»
Ada tandas dan surau šŸ‘šŸ»šŸ‘šŸ»
Suka supermarket yang ada dedicated parking macam ni, senang nak angkut barang masuk kereta. 

Ada juga kiosk makanan dan kerusi meja dekat luar ni. 

Promosi pembukaan, sampai 10/5 je

Jom tengok apa yang menarik dalam ni.... 

Segar bugar 

Ramai orang dekat area barang basah. Ummi tak pergi pun belah situ, ramai orang plus takde plan nak membeli. 

Makanan² kering ni Ummi beli. Bihun Jati RM1.90 je sebungkus. Beli 2. Sardin Lazat Adabi tu pun offer, 2 tin besar RM5.99. 

Rechargeable chopper jenama Dessini ni RM15.90 kot. Ummi grabbed 1. Macam Giant Batu Caves dulu juga, ada pelbagai barang ; eletrik, pinggan mangkuk, periuk belanga, kerusi meja, pakaian dsbnya. Cuma pilihan tak sebanyak dulu sebab limited space


Ni je Ummi beli... Tak penuh troli pun. Tong putih tu ada offer RM14.90 je, angkat la satu. Beg Giant  tu dapat percuma, bersama 1 pek tisu gantung. 

Beli juga tembikai sederhana besar ni dengan harga tak sampai RM2.50. Manis tembikai ni. 

Lepas ni senanglah Ummi nak beli barang dapur. Boleh sekali jalan je dengan pergi pasar sebab dekat² je dia tempat ni. Pukul 8 pg dah buka Giant ni.  





13 comments:

  1. dulu masa duk Genting selalu la pi giant situ. berwajah baru dah nampaknya ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baru tahu Cie pernah duduk Genting :)

      Dulu dekat Batu Caves Cie, skrg pindah ke Sri Gombak. Dekat BC tu TF Value skrg

      Delete
  2. Dah lama tak ke area belah sana, tak tau pulak Giant Batu Caves tu dah pindah ke SG. Dulu tu la tempat shopping groceries tiap2 minggu dan bawak si kecik jalan2 dalam stroller lagi masa tu hihi

    ReplyDelete
  3. entry kita pagi ni psl giant sri gombak...rupanya PH pi ahad...kita sabtu aritu blk umah parent ..singgah la kejap

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. Nak datang roger Linda, bole lepak sama hehe

      Delete
  5. Bagus ya dah sekali jalan ke pasar untuk PH.

    ReplyDelete
  6. Lalu jgk situ sabtu aritu tp blm sempat nak singgah.

    ReplyDelete
  7. Wah..dah buka semula ye...senang la PH nak beli barang dapur..

    ReplyDelete
  8. Hari tu kita lalu Gombak, teringat PH. Baru tadi baca entry Amy, tajuk Giant ni jugak, hihi.

    ReplyDelete
  9. Giant bukak kat tempat PH? Kat tempat saya dah tutup pulak.

    ReplyDelete