Giant Sri Gombak dah buka š¤
Pagi tadi Ummi dan Walid pi la 'rasmi' tempat baru ni :D
Entrance/Exit belah kedai tayar Continental/Farmasi Eenat.
Ada tandas dan surau šš»šš»
Suka supermarket yang ada dedicated parking macam ni, senang nak angkut barang masuk kereta.
Ramai orang dekat area barang basah. Ummi tak pergi pun belah situ, ramai orang plus takde plan nak membeli.
Makanan² kering ni Ummi beli. Bihun Jati RM1.90 je sebungkus. Beli 2. Sardin Lazat Adabi tu pun offer, 2 tin besar RM5.99.
Rechargeable chopper jenama Dessini ni RM15.90 kot. Ummi grabbed 1. Macam Giant Batu Caves dulu juga, ada pelbagai barang ; eletrik, pinggan mangkuk, periuk belanga, kerusi meja, pakaian dsbnya. Cuma pilihan tak sebanyak dulu sebab limited space.
Ni je Ummi beli... Tak penuh troli pun. Tong putih tu ada offer RM14.90 je, angkat la satu. Beg Giant tu dapat percuma, bersama 1 pek tisu gantung.
Beli juga tembikai sederhana besar ni dengan harga tak sampai RM2.50. Manis tembikai ni.
Lepas ni senanglah Ummi nak beli barang dapur. Boleh sekali jalan je dengan pergi pasar sebab dekat² je dia tempat ni. Pukul 8 pg dah buka Giant ni.

dulu masa duk Genting selalu la pi giant situ. berwajah baru dah nampaknya ye.
ReplyDeleteBaru tahu Cie pernah duduk Genting :)
DeleteDulu dekat Batu Caves Cie, skrg pindah ke Sri Gombak. Dekat BC tu TF Value skrg
Dah lama tak ke area belah sana, tak tau pulak Giant Batu Caves tu dah pindah ke SG. Dulu tu la tempat shopping groceries tiap2 minggu dan bawak si kecik jalan2 dalam stroller lagi masa tu hihi
ReplyDeletetapak lama Giant dah jadi TF...hihihi
Deleteentry kita pagi ni psl giant sri gombak...rupanya PH pi ahad...kita sabtu aritu blk umah parent ..singgah la kejap
ReplyDeletetembikai tu parent beli..sedap manis
Deletewah...dah siap...
ReplyDeleteNak datang roger Linda, bole lepak sama hehe
Delete