Giant Sri Gombak dah buka š¤
Pagi tadi Ummi dan Walid pi la 'rasmi' tempat baru ni :D
Entrance/Exit belah kedai tayar Continental/Farmasi Eenat.
Ada tandas dan surau šš»šš»
Suka supermarket yang ada dedicated parking macam ni, senang nak angkut barang masuk kereta.
Ramai orang dekat area barang basah. Ummi tak pergi pun belah situ, ramai orang plus takde plan nak membeli.
Makanan² kering ni Ummi beli. Bihun Jati RM1.90 je sebungkus. Beli 2. Sardin Lazat Adabi tu pun offer, 2 tin besar RM5.99.
Rechargeable chopper jenama Dessini ni RM15.90 kot. Ummi grabbed 1. Macam Giant Batu Caves dulu juga, ada pelbagai barang ; eletrik, pinggan mangkuk, periuk belanga, kerusi meja, pakaian dsbnya. Cuma pilihan tak sebanyak dulu sebab limited space.
Ni je Ummi beli... Tak penuh troli pun. Tong putih tu ada offer RM14.90 je, angkat la satu. Beg Giant tu dapat percuma, bersama 1 pek tisu gantung.
Beli juga tembikai sederhana besar ni dengan harga tak sampai RM2.50. Manis tembikai ni.
Lepas ni senanglah Ummi nak beli barang dapur. Boleh sekali jalan je dengan pergi pasar sebab dekat² je dia tempat ni. Pukul 8 pg dah buka Giant ni.

dulu masa duk Genting selalu la pi giant situ. berwajah baru dah nampaknya ye.
ReplyDeleteBaru tahu Cie pernah duduk Genting :)
DeleteDulu dekat Batu Caves Cie, skrg pindah ke Sri Gombak. Dekat BC tu TF Value skrg