Saturday, 23 May 2026

Photodump Week 21, 2026

Melayan nostalgia sambil bersarapan ☺️
Dulu tingkap bilik Ummi di rumah kampung gini la. Tingkap kayu yang boleh dibuka kiri dan kanan. Paling best waktu hujan, duduk tepi tingkap tengok air hujan membasahi bumi. Btw, ni di Restoran Jemuju Kasih, Sri Gombak je :D 

Apam kampung. 
Ini pun membangkitkan nostalgia juga. Apam kampung antara kuih yang Tok selalu masak untuk sarapan. Kelapa patut dikukur sendiri, guna pengukur kelapa. 

Pagi² makan nasi putih. 
Kisahnya Ummi dan Abang singgah dekat satu kedai ni, awal pagi. Ingatkan ada nasi lemak, rupanya baru tengah masak. Ada rice cooker atas meja lauk, angkat penutup nampak nasi lemak tengah mendidih. Pilihan yang ada, nasi putih. Onz...

Walid bawa balik daging masak hitam πŸ˜‹

Meeting KSIB 16/5. Ummi pakai baju tak ikut tema, sebab lepas meeting terus ke Kajang, makan kenduri di Alam Maya. Nak pakai baju hijau yang sesuai untuk kenduri tu, Ummi dah pakai masa kenduri Pn Halina last year. Dan mujur tak ulang tayang baju tu, sebab tuan rumah pun pakai warna hijau (sage green ) untuk wedding anaknya kali ni 😁

My outfit of the day πŸ’œπŸ€

Bunga Semarak Api, meriah berbunga dan berguguran di atas rumput. Cantik menghiasi tempat letak kereta tetamu Alam Maya. 

Sijil pertama Kakak sebagai Pengawas Sekolah, selesai kursus kempimpinan. 








4 comments:

  1. Sedap apam kampung. Bubuh kelapa parut banyak².

    ReplyDelete
  2. Nostalgianya tengok tingkap kayu macam tu. Kat rumah arwah atok saya pulak, tingkapnya lebih kurang macam ni tapi bercermin kaca yang berwarna-warni tu. Bila kena panas matahari, cantik berwarna-warni cahaya yang terbias kat lantai papan di rumah atok ☺️

    ReplyDelete
  3. terliur apam kampung! happy weekend PH!

    ReplyDelete
  4. Thx for sharing aktiviti dgn pic yg nice, apam kampung tu kita org panggil apam bodo, hihi

    ReplyDelete