Rezeki tahun ni cuti umum jatuh pada hari Isnin, ber
Ahad 2.6 sepatutnya habis cuti penggal sekolah kali ni tapi disebabkan Isnin cuti umum sempena Hari Keputeraan YDPA Agong, sambunglah cuti sehari lagi.
Ummi masak Nasi Lemak Bunga Telang. Ummi baru tahu bunganya boleh dimakan, jadi kali ni Ummi masukkan sekali bunganya dalam nasi, bukan rendam ambil airnya yang berwarna biru tu saja. Malah, ada juga saudara Ummi makan gitu je bunga ni, awet muda katanya :D
Sambil² tu Ummi buat pewangi rumah. Katanya boleh jadikan rumah harum...
Wangi ke? Wangi memang wangi tapi tidaklah memenuhi ruang. Kena datang dekat hidup baunya baru wangi. Tak cuba tak tahukan?
Hari yang sama juga Walid bawa repair spec Ummi. Samsia Opto buka rupanya hari cuti umum ni. Ganti yang bahagian bertanda tu, dah pecah yang asalnya. 5 ringgit je...
Lepas Zohor siap sedia hantar anak² balik asrama. Sebelum tu singgah dulu Prima. Sorang nak beli lampu suluh, sorang nak pegi Tealive.
Belajar rajin² ye Abang Angah, jumpa minggu depan إن شاء الله
yeay..dah ganti dah....lepas ni will be oka dah spec tu..anak-anak kan...xde depan mata memang rindu, SA yg serumah ni lagi la..pi keja awal pagi, dia balik kerja 10.40pm baru sampai rumah, SA dah tido...
ReplyDeleteSayunya hati bila anak² dah kembali ke asrama. Semoga nasi bunga telang umi menawarkan rasa rindu di hati anak².
ReplyDeleteCantik kaler nasi lemak bunga telang tu. Pokok akak dah mati dah.. masa ada tak ingat buat apa kat bunga nya. Gamaknya dia merajuk dok terbiar begitu.
ReplyDelete10 hari lagi PH.. start counting hehe
feeling mak2 sgt kan...rindu2an bila anak tak de dpn mata hehehe
ReplyDeleteigtkan angah bawak apa bantal matahari sebesor alam..rupanya, PH punya sticker..hihihi
ReplyDeleteMak ni kalau anak takde depan mata akan rindu rinduan. Tak kira la anak tu jauh ke dekat ke. Anak yang dulu dok kolej 7km je jauhnya pun ummi boleh rindu. Faham sangat perasaannya.
ReplyDeleterezeki dpt cuti panjang
ReplyDeletetu pun kejap je rasa kan cam nk cuti lg ha haaa
cantik nasi lemak pepel
sweettkaler
Sayu hati bila hantar anak pulang ke asrama kan . Walaupun kita tahu dia dalam jagaan insan yg baik², tapi hati ni.. haihhh.. Si sulung saya, hari ahad dah pulang ke asrama. Hari isnin tu dia sekolah seperti biasa, kelas ganti sebab ada balik cuti awal hr tu...
ReplyDeleteRajin masak nasi lemak. Cantik kejadian nasi tu.
ReplyDeletecantik juga rupa nasi lemak bunga telang... warne kebiruan..
ReplyDeleteMemang bisa dimakan kak. Dulu mama sering buat teh dengan bunga nya sekali dimakan 😄. Banyak manfaat bunga Telang ini
ReplyDelete