Tuesday, 25 June 2024

Apa Khabar Angah ?

Lama tak update pasal anak soleh sorang ni... Alhamdulillah syukur sekarang dia dah serasi tinggal di asrama, dah tak homesick. Awal² dulu biasalah macam² yang tak kena di sekolah tu. Takde kawanlah, tak nak hafazanlah, penat kena bangun awallah, itulah inilah... Apapun alhamdulillah sekarang dah okay sangat dah. Kadang 2-3 hari sekali baru call. Awal² dulu 2-3 kali call dalam sehari 😁 

Sekarang ni tengah PPT...


Tuition/revision Sains Ahad lepas... 

Masuk kelas silat. Latihan setiap Jumaat minggu takde PB.

Terpilih jadi pengiring ke Majlis Perujian Isbat. Yang masuk ujian F² ke atas, adik² F1 ni dibawa untuk bagi pendedahan. 

Hafazan pun dah masuk pertengahan Juz 2 alhamdulillah. Tapi itulah, dah serasi dengan Ustaz Fairus, guru halaqah dan kawan² sehalaqah, UF pula pindah. Ustaz transfer balik kampung untuk jaga mak ayah πŸ‘ Angah dan kawan² sehalaqah terpaksa split masuk halaqah² lain. Syukur dia kata halaqah baru ni pun okay. Dia pun dah boleh geng dengan semua  alhamdulillah. 

Gambar kenangan dengan UF masa sambutan raya tempohari. 

Semoga yang baik² saja utk Angah ♥️




11 comments:

  1. Awal-awal aje anak-anak ni homesick, bila jadual dah makin padat, kadang-kadang lupa nak update mak kat rumah.

    ReplyDelete
  2. Biasalah tu awal2 homesick sbb persekitaran dan kawan2 semua masih baru. Asalkan takde masalah buli-membuli, cekalkan hati je la sbb lama2 dah biasa akan rasa seronok pulak.

    ReplyDelete
  3. moga yg baik2 ajer utk anak2 kita semua!

    ReplyDelete
  4. semoga baik2 je semuanya.. anak bertuah sy, minggu nak balik baru call. nk bgtau boleh balik, walaupun parents dah dimaklumkan dalam group whatsapp.. bila tanya kenapa tak call minggu yg yak balik..dia kata tiap kali turun, lupa bwk syiling. klu bawa pun, ramai sgt org q.. dia jadi malas nk beratur.. sabar jelah.

    ReplyDelete
  5. wahhh dah makin ok ye? moga Angah sentiasa diberi kekuatan dlm menimba ilmu & jd anak soleh utk ibu ayah aminnn~

    ReplyDelete
  6. Seronok dah tu Angah kat sana, dah ramai kawan yang serasi.

    ReplyDelete
  7. Bila dah biasa dengan rutin tu ok la....sementara nak biasa kan....alhamdulilah dah ok dah sekarang ya.....kawan pun bila dah lama kenal dah ok dah.....

    ReplyDelete
  8. Biasa la kan..awal- awal memang homesick..sama macam Dania...lepas tu dia dah ok dah...

    ReplyDelete
  9. Betuuul , awal2 karena belum adapt lagi kan, lama2 jadi betah πŸ˜„. Apalagi kalo jumpa teman yg cocok dan bisa akrab

    ReplyDelete