Salah satu juadah berbuka yang famous pastinya Sagu Gula Melaka. Kena juga tengok resepi almaklumlah setahun sekali nak membuatnya pun :p
Sagu Gula Melaka
Sumber: Che Sayang
Bahan-Bahan:
1 cawan sagu - basuh dan rendam 10 minit
2 cawan air - didihkan dalam periuk
2 cawan air panas - Ummi tambah (sagu tak kembang masa rebus)
Susu cair
Pewarna merah dan hijau
Cara Penyediaan:
1. Didihkan 2 cawan air.
2. Bila air menggelegak, masukkan sagu. Tutup periuk. Masak hingga sagu kembang. Kalau air kering tambah air panas untuk bagi cepat kembang.
3. Bila sagu dah kembang, tutup api.
4. Masukkan sagu tadi ke dalam 2 bekas berlainan dan tambah 1 sudu kecil pewarna berbeza ke dalam setiap bekas. Kalau nak lalukan bawah air/basuh buang kanji dulu pun boleh tapi CS masuk direct dalam bekas. Ummi follow.
Sementara tu boleh buat air gulanya...
Bahan Air Gula:
1 ketul gula Melaka
1 cawan air
2-3 sudu makan gula pasir
Daun pandan
1 sudu kecil tepung jagung - dibancuh sikit dgn air
Masukkan air, gula Melaka, gula pasir dan daun pandan ke dalam kuali. Masak hingga gula hancur dan mendidih. Masukkan campuran tepung jagung & air dan masak hingga air gula agak pekat.
Cara Hidangan:
Sudukan sagu hijau dan merah ke dalam mangkuk, masukkan susu cair secukupnya dan akhir sekali masukkan air gula secukupnya juga ke dalam mangkuk. Boleh tambah ais kalau suka.
Selamat mencuba š¤
Sama sayalah, setiap kali nak buat kena rujuk semula resipi š¤
ReplyDeleteDapat makan sejuk2 memang sedap
ReplyDeletemenarik la...rasa nak buat..tengok resepi macam senang je...
ReplyDeleteKita pun nak buat juga..haritu nak membeli sagu bila org kedai tanya nak sagu A ke B terus confuse
ReplyDeletefav ni...cuaca skarang panas ..dpt mkn sagu gula melaka sejuk2 sedapnya
ReplyDeleteBila berbuka puasa dengan sago gula melaka ni rasa segar je tekak. Nak nak minum sejuk2
ReplyDeleteSedap . CCL pun kalau teringin nak makan sagu gula melaka better buat sendiri lagi puas makan
ReplyDeleteWah...rona roni cantik tu PH
ReplyDeleteSaya sukaaa menu ini. Pernah makan dulu. Sedaaap. Ntahlah bisa atau tak buat sendiri š
ReplyDelete