Thursday 7 March 2024

Balik Kampung 1/2024

Alhamdulillah ada rezeki balik kampung cuti sekolah ni. Walid sambung tugasan di Bukit Kayu Hitam, jadi kami sekeluarga balik sekali. Ikutkan Ummi tak nak ikut sebab minggu ni banyak urusan sekolah anak⁴ yang perlu dilunaskan. Tapi, minggu sebelumnya, 26.2 Tok Umi jatuh di Pasar Payang, KT dan keesokan harinya buat pembedahan (hip injury). Alhamdulillah Sabtu 2.3 Tok Umi dah discaj. Kira balik kampung kali ni 2-in-1 tujuannya.

Tok Umi jatuh waktu berjalan nak ke kereta, keluar dari Pasar Payang dah pun. Jadi, sempatlah beli buah tangan untuk cucu¹¹. Abang & Angah dapat sampin, Kakak dapat telekung dan Adik dapat kaftan. 

Baca sini: Balik kampung Disember 2024 

Ahad baru kami travel. Sabtu tu Abang ada appointment hospital. Walid pun ada urusan hari Orentasi Darjah 1 SRAI. Alhamdulillah perjalanan smooth dari mula hingga akhir.

Singgah isi minyak di PETRONAS Tapah, bumped into Uncle Md Noor, ex teammate Walid di Syarikat Letrik dulu. 

Pastu singgah pula di Tol Ipoh Selatan, kawan sekolah Ummi Cik Yah nak bagi barang. 

Jumpa kejap je sebab masing-masing nak cepat. Tq Yah, see you again 😘

Sg Dua, 42°C @ 3.00 pm. Allah, panas berdenting w/pun dalam kereta. 

Apapun alhamdulillah, pukul 10 pg dari Gombak, pukul 4.30 ptg sampai Jitra 🤲

Petangnya bawa kanak-kanak Ribena ni pergi pasar malam. Meriah betul, barulah pasar malam namanya. Ada ikan, seafood, ayam, daging, barang dapur,  makanan, minuman, pakaian, ulam semuanyalah... Lama tak rasa vibe pasar malam macam ni. 2x round jugalah Ummi pun, cuci mata dan cuci poket 🤭

Balik kampung aktivitinya main, makan, main , makan... Kali ni tak ambil pula gambar masakan/makanan hihi... Sibuk memasak diselang seli dengan layan tetamu datang ziarah Tok Umi. Apapun tqsm to Abang dearie jadi pembantu Ummi di dapur 🤗 

Tok Ayah belikan Nasi Lemak Paru, Nasi Ayam Kicap, Bihun Goreng, Roti Canai dan kuih ketayap untuk breakfast. Maksu goreng Pisang Berangan sebelum duty di sekolah. Ummi memang jarang masak hari nak balik, takut  lambat sebab kami biasanya bertolak lepas sarapan. 

Walaubagaimanapun, hasrat nak sampai awal supaya dapat ke sekolah Abang beli buku tak kesampaian. Sejam lebih kami 'merangkak' daki Terowong Menora sebab ada tanker rosak selepas TM.  Kita hanya merancangkan...

Apapun, alhamdulillah selepas 4D3N kami selamat pulang ke sarang. 

Nanti² Ummi ziarah kawan², sibuk sekolah dah nak buka.  

16 comments:

  1. Ya Allah suhu sampai 42'C!
    Saya sampai Cuping menuju ke Padang Besar nampak suhu tertera 41'C! Ya ampun, panasnya... Esoknya singgah Lata Bayu berendam dalam sungai!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lata Bayu tak jauh dari kg saya Kak Amie!

      Delete
  2. Best cuti dapat luangkan masa dengan aktiviti berfaedah. Paling penting dapat buah tangan tu.

    ReplyDelete
  3. lepas raya nanti SA nak bawak abah jenjalan utara plak..sedang bincang2 lagi ngan adik- adik..sebelum ni x dapat kemana- mana kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti roger SA, kot la kami ada di kg boleh datang rumah 🤗

      Delete
  4. Panas kan kat utara sekarang ni...terfikir nanti nak balik sana raya ni dengan cuaca panas....sini pun panas juga....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah panas belah sana. Belah sini ada juga hujan kadang² tu...
      PH standby baju Sabella sepasang utk raya, in case panas nak pakai baju bersulam bagai, kita pakai baju Sabella jerrrr :)

      Delete
  5. ya Allah..linda ngan husband kalau balik Taiping, tak lalu dah hgway..stress jalan jem, jadi kitorg lalu je lah jln lama...walaupun jauh, tp kereta bergerak...kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau Muslim raya kdg ikut jalan dalam juga Linda... Ikut keadaan jugalah...

      Delete
  6. Alhamdulillah . Semoga selamat sampai walaupun terpaksa hadap jem .

    ReplyDelete
  7. Musim panas skrg ni di utara nasib baik la bukan turn balik perlis tahun ni hahaha :D

    ReplyDelete
  8. semoga tok umi dikurniakan kesembuhan...
    seronok kan balik musim angin timur walau panas tapi berangin

    ReplyDelete
  9. makaihhhh... 42⁰.. semalam kami kat Sg Petani 40⁰ pun dah terasa bahang nya. Itupun dok dalam kereta je.

    ReplyDelete
  10. Saya baru 1x ngerasain suhu 41 dercel di jakarta, sekitar Dec kemarin. Tak sangguuuub. Apalagi 42, dan di beberapa kota India malah nyaris 50 kan. Pingsan 😔.

    Inilah yg buat banyak sakit, Krn suhu ekstrem tapi berubah2 pula dengan hujan, panas lagu, hujan lagi.

    ReplyDelete