Saturday 9 March 2024

Makan Daging Rusa @ Mus Tomyam, Sungkai


Adhoc plan dengan Walid, nak singgah lunch  di Nasi Bamboo Sg Klah, otw balik dari kampung Ahad lepas.  Tekaan kami, mesti tak ramailah pelanggan sebab Rabu, hari bekerja.  Dengan penuh keyakinan, terus terjah NBSK. Alamak, kedai katup setiap Rabu 😂 

Teruslah ke depan, cari tempat untuk U-turn. Nampak satu kedai makan, moh ler berhenti.  Rupanya kedai ni jual makanan eksotik; rusa dan burung unta. 

Ummi pernah makan daging rusa masa kecik² dulu. Since dah lama tak makan, why not kan? Anak⁴ pun belum pernah makan daging rusa. Burung Unta tu tak berasa nak cuba pulak. Jadi, kami order daging rusa dan beberapa lauk lain. 

Daging Rusa Masak Merah.
Dagingnya sedikit liat tapi rasanya manis², rasa daging segar, bukan frozen. 

Sup Ekor.

Tomyam Campur. 
Sotong dalam tomyam ni habuan Adik, peminat sotong tegar. 
Semua makanan panas² dan based on order

Order juga Telur Dadar. Ulam timun dan sambal belacan disertakan sekali. 

Air kosong juga jadi rebutan, walaupun order-kan juga Sirap Ais dan Teh O Ais. 

Untuk semua ni;
7 pinggan nasi putih (siap tambah nasi tu haha)
1 hidangan Rusa Masak Merah
1 hidangan Sup Ekor
1 hidangan Tomyam Campur 
2 hidangan Telur Dadar
2 gelas Teh O Ais
2 gelas Sirap Ais
2 gelas Air Kosong
👇

Alhamdulillah berbaloi rasanya. 

 Kedai biasa je, tapi menu luarbiasa :D 

Dari Exit Sungkai ni ambil kanan. Tak jauh pun dari NBSK tu, ke depan sikit lagi. Kedai sebelah kiri juga. Famous rupanya kedai ni, masuk  dalam senarai Tempat Makan Menarik di Sungkai menurut Majalah Saji. 

Jangan lupa terjah! 


7 comments:

  1. Ok jugak tu, tak dapat NBSK dapat makan masakan eksotik. Tapi, rasanya sebelum ni NBSK ni tutup setiap Jumaat, dah tukar rupanya.

    ReplyDelete
  2. Menarik ni makanan eksotik. Bagi pengalaman kat anak² untuk mencuba kelainan.

    ReplyDelete
  3. wah menarik ni ada kedai makanan eksotik..SA suka mencuba...

    ReplyDelete
  4. seumur hayat ldy x pernah makan daging rusa, daging arnab pun x pernah... tp baru2 ni ldy try oder daging arnab... baunye mcm 'maung' . maung tu bau yg luar biasa.. lady x boleh describe dalam bhs melayu buku. disebabkan rasa itu, ldy confuse adkh betul daging arnab atau itu daging landak.

    ReplyDelete
  5. Burung unta tu kalau dapat telur dia agaknya besar mana la agaknya ya....daging rusa pernah rasa dulu tapi tak ingat sebab rare nak dapatnya.

    ReplyDelete
  6. wahhh.. tak pernah rasa lagi daging rusa

    ReplyDelete
  7. Daging rusa saya pernah coba di Serbia. Tapi burung unta pula belum. Rasanya memang tak ada jual di jakarta, atau bisa jadi saya yg belum benar2 mencari 😄. Malah daging kuda yg banyak pula di sini.

    ReplyDelete