Sunday 3 March 2024

Angah ~ IV SMKA TMUA

Sebelum naik pentas untuk Hari Anugerah Akademik 6.2 yang lepas Angah ke interview  SMKA TMUA dulu. Pergi berdua dengan Walid, manakala Ummi uruskan Kakak dan Adik. 


Interview ni yang paling dinanti dan diharap sangat agar berjaya. Ini iv terakhir untuk dia jadi Ummi selalu pesan agar dia terus bersemangat. Ibarat game bola (dia minat bola sepak), inilah final game. Jangan kata dia, Ummi pun emotionally exhausted berjuang bersama dia demi sebuah harapan; untuk dapat sekolah terbaik bagi Angah gitewww 💪

Agak merisaukan bila Angah bagitau dia sangkut² (tak berapa lancar) beberapa baris akhir. Tapi Ummi yakin dia dah buat yang terbaik. Selebihnya berdoa dan berserah kepada-Nya. 

Apapun alhamdulillah segala keputusan sudah ditangan, pilihan sudah ditetapkan. Teruskan melangkah Angah 💪


15 comments:

  1. Semoga ada rezeki buat Angah lukus IV yg terakhir ini.. semoga dapat ke garisan penamat!!

    ReplyDelete
  2. Angah dapat SMKA mana PH?moga dipermudahkan urusan semuanya untuk persiapan masuk asrama nanti

    ReplyDelete
  3. waahhhh tahniah Angah! moga selalu menjadi kebanggaan ibu ayah hehe

    ReplyDelete
  4. Tahniah Angah, dapat SMKA Tmua.
    Ada lagi 2 minggu untuk daftar, semoga persiapan berjalan lancar.

    ReplyDelete
  5. Tahniah Angah.
    Moga urusan dipermudahkanNYA.

    ReplyDelete
  6. Moga dipermudahkan buat Angah. Dania pernah interview di dua SMKA TMUA iaitu SMKA KL dan SMKA Putrajaya. Moga ada rezeki Angah terselit di sini ya!

    ReplyDelete
  7. Selamat melangkah ke alam persekolahan yang baru Angah. Semoga terus cemerlang.

    ReplyDelete