Sunday, 30 July 2023

Selamat Pengantin Baru Abg Aqim 💝

Alhamdulillah, tahniah Abg Aqim! Selamat bergelar suami Jumaat malam (28/7) lepas. Bunga yang disunting Februari lepas sah menjadi milik Abg Aqim. 


Gelang tangan tu pemberian arwah Tok. Tok pesan kalau nak kahwin nanti, guna gelang ni buat isi kahwin (mas kahwin). Lama juga gelang tu dalam jagaan Ummi, selepas Tok meninggal. Abg Aqim minta Ummi simpan hinggalah dia nak kahwin baru dia nak ambil. Takut hilang katanya. 
 Kira² 2 minggu lepas dia datang ambil...

Ummi doakan agar rumahtangga yang dibina beroleh mawaddah, rahmah dan sakinah serta berkekalan hendaknya 🤲
Sentiasa bertolak ansur, sabar dan saling hormat menghormati sesama pasangan. 

Selamat Pengantin Baru! 

Friday, 28 July 2023

Hari Asyura 1445H

Anak³ SRAI cuti lagi, cuti Hari Asyura...

Ummi okay je, sebab memang stay at home mum. Kesian pada yang both parents bekerja la, sebab notis cuti Isnin baru dapat. Tak tahu kenapa JAIS tak sediakan senarai cuti tahunan. Cuti sempena hari kebesaran Islam ni pun berubah-ubah juga. Kadang cuti, kadang dianjakkan... 

Angah dan Kakak tetap ke sekolah, latihan Choral Speaking. 

Adiklah peneman Ummi...

Ziarah kubur Tok...

Lepas tu, pukul 12 ambil Angah dan Kakak. Sementara tunggu lepas Jumaat tu, sempatlah Ummi masak sesuatu :p Sesuatu tu nanti kalau jadi, Ummi cerita... 

Setel ambil Abang di asrama, rehat la kejap tunggu azan Asar. Lepas tu singsing lengan memasak untuk berbuka. 

Goreng mee untuk jemaah surau dan jiran-jiran sikit. Ramai yang puasa sunat Hari Asyura. 

Ni je Ummi masak semalam untuk berbuka... Cempedak Ummi beli dekat simpang, dari Kuala Nerang katanya. Sekapai la dengan Ummi :D Bulan 8 ni baru deghiyan masak dia kata... Tak sabaq haha... 

 Isi kecik², cempedak kampung... Tapi manis ya amat! 

Mak Bee bagi kaswi... walaupun tak gedik, tapi sedap. Airtangan orang tua² is always the best 👍

Angah bawa balik nasi goreng dari surau. Abang pun masa solat Jumaat dapat nasi goreng juga, berbuka baru dia makan. 

Acik Solehah buat fast sale kek batik dengan Hokkaido cakes tu... Dia sedekah sekali bomboloni, alhamdulillah. 10 Asyura ramai orang ambil kesempatan bersedekah ...

Seranting? Sebatang? Bik bagi daun limau purut ni. Ummi ingat dia nak bagi anak pokok ke apa, sekali dia hulur sebatang ni atas pagar haha... stok sebulan ni :D 

Busy hujung minggu ni, tak sempat blog walking :( 

Thursday, 27 July 2023

Gulai Kawah Mak Bee

Dapat sebekas gulai kawah dari Mak Bee tengahari semalam. 

"Kuah banyak ni, nanti rebus telur 2-3 biji campur dalam ni...sedap," pesan Mak Bee. 

Terus Ummi teringat kalau beli nasi dagang tu selalu nampak gulai ayam atau ikan tongkol diletakkan juga telur rebus. 

Tadaaa...

Alhamdulillah bertambah satu menu berbuka semalam...

Meriah walaupun Ummi cuma masak daging kicap dan sayur campur. Kari ikan tenggiri lauk kelmarin, ayam gunting & sotong ring beli untuk anak³ kunyah balik sekolah (Ummi pun nak jugak, simpan sikit utk berbuka) dan CKT Walid belanja. Penuh meja, alhamdulillah.

 Teh tarik Angah bawa balik dari surau, untuk Ummi :) Ada majlis berbuka semalam. Hari ni (10 Muharram) pun ada rasanya sebab selalunya kalau ada hari istimewa untuk berpuasa, surau buat buka puasa ramai², mostly kaum bapak/atok² la... 

Teruskan amal soleh kita di Hari Asyura ni... Antaranya bersedekah (berbelanja) khususnya kpd ahli keluarga, berselawat dan perbanyakkan berdoa selain puasa sunat. 





Wednesday, 26 July 2023

Kakak & BoJa Pt 1

BoJa = bola jaring 😁
Generasi sekarang, semua perkara nak disingkatkan :) 

Minat Kakak pada BoJa ni sedari belajar di Pasti lagi... Dulu wakil Pasti, sekarang wakil sekolah ke MSSD Gombak. Untuk pemilihan ke MSSD pun, dia hanya fokus untuk dipilih masuk team BoJa saja. Syukur sebelum ni pernah jadi wakil rumah biru, cikgu dah nampak bakat dia. Dan dia berjaya buktikan kemampuan dia dalam pemilihan kali ni, walaupun the only one murid T4 yang terpilih, dia tetap bersemangat :) 

Sebagai persediaan ke MSSD, cikgu aturkan beberapa perlawanan persahabatan. 

15/7 | Sabtu 
Liga Bola Jaring Hexagon 2023 @ SEGRA

Hexagon sebab pertandingan melibatkan 5 pasukan (5 Penjuru). Liga ni dihoskan oleh SK Gombak Utara (SEGRA). Team lain termasuk SK Gombak 1, SK Gombak 2, SK Sg Pusu selain team tuan rumah. 

Warmed up dan dengar amanat Cg Ma dulu...

First game. 
Kakak sub masa ni... Games selepas tu adalah dia main... Kejap WA, kejap C... 

Keputusannya dapat tempat ke-4...
Alhamdulillah pendedahan dan pengalaman berharga untuk semua.

Bila sesekali masuk ke SK ni, nampak ketaralah perbezaan dari segi keluasan sekolah, fasiliti, landskap dsbnya... Malah, hari Sabtu pun ada tukang cuci bekerja. Bezalah dengan SRAI. Takpe, rezeki masing-masing, pilihan masing-masing ✌️

17/7 | Isnin
Perlawanan Persahabatan di SK Taman Selasih 

Perlawanan hari sekolah, tak dapatlah Ummi ikut. 

Jemputan dari GB SK Taman Selasih...

Ada 4 team dijemput...

Kali ni dapat no 2... alhamdulillah ada improvement 👍

Takde medal kali ni, tapi cikgu bawa gi Tealive... Masing-masing beli, masing-masing bayar haha... Bangkrap cikgu nak belanja semua :D 

Kakak ni memang mewarisi Ummi sangat, bab aktif bersukan dan berprogram.di sekolah. Kalau boleh semua acara nak masuk :)

Apapun team BoJa ni untung, sempat join friendly matches sebelum MSSD, berbanding team BoBa (bola baling) Angah. 


Puasa 9 & 10 Muharram


Jom sama-sama kita puasa besok & lusa iaitu pada 9 & 10 Muharram...

Selamat beramal 🤗

#Kredit: Jabatan Mufti Negeri Selangor 

Tuesday, 25 July 2023

Spaghetti Bolognese

Masa celebrate birthday Lili ibunya masakkan Spaghetti Bolognese. Macam sedap pula. Ummi pun dah lama tak masak SB ni, jadi Ummi masaklah untuk dinner malam tadi. Taknak terlalu plain, Ummi buat sekali salad telur dan potong tembikai. 
Note to Abang; 
Untuk kuah Bolognese;
~Cincang bawang besar, bawang putih dan buah tomato
~ panaskan butter dan sedikit minyak (olive oil better ,  tumis bahan cincang tadi 👆 hingga layu
~ masukkan daging/ayam kisar dan sosej. Masak hingga bertukar warna
~ masukkan sos Bolognese dan gaul sebati semuanya
~ tambah air secukupnya. Reneh hingga mendidih dan dikacau sekali sekala
~ tambah gula, garam secukupnya dan sesuaikan rasa. Dah okay semua, tutup api. Siap! 
~ Rebus spaghetti dan hidangkan bersama kuah Bolognese. 

Azam tahun baru jugak ni (tahun baru hijrah), nak lah pilih makanan yang lebih seimbang, إنشاء الله 

Sama-sama kita istiqomah 🤗




Monday, 24 July 2023

Jaga Checkpoint Merentas Desa 💪

Jumaat 21/7 anak² Tahap 2 ada acara Merentas Desa peringkat sekolah. Sekolah buka peluang kepada parents untuk jadi volunteer jaga checkpoints. Ummi, Aunty Farah, Cik Ita, Cik Kie, Cik Lia, Cik Nasmi dll seramai 10-11 orang gitu plus 3 orang geng alumni SRAI antara yang joined. Dah lama tak dapat turut serta program sekolah (kekangan PKP, rules sekolah dsbnya) kali ni masing-masing lepas geramlah 😂

Ibu hebat, anak-anak pasti lebih hebat. Eh 😅

Sekolah sediakan sarapan. Puashati masing-masing dapat lepak di kantin sekolah ni. Nostalgia betul haha ...siapa yang tahu, tahulah :p

Lepas serba sikit taklimat, kami dibawa ke checkpoint masing-masing... Alhamdulillah cuaca sangat baik pagi tu, cerah tapi tidak teruk. Hari² sebelumnya hujan... 

Ummi dapat checkpoint last; CP33. Paling dekat dengan pagar sekolah. 

Selain jaga route agar tak sesat, Ummi juga jadi tukang sorak. Bagi semangat suruh diorang teruskan. Ada yang melompat, ada yang menjerit bila Ummi tunjuk pagar sekolah di seberang jalan tu haha... Ummi dulu atlet sekolah, faham betapa penatnya merentas desa ni hikhik ...

Jiran Ummi, Aunty Farah CP32. Mula-mula ingat boleh borak², rupanya CP AF ke dalam lagi, dekat masjid...

Masa ni anak-anak baru nak bersenamrobik bagai... Geng jaga CPs ni kemain boring, masing-masing dah terpisah.. Penat ber-selfie, mulalah berborak dalam group... Keluarlah sisi lucu masing-masing... 


Seronok track merentas desa depa, masuk kampung semua... Kali ni cuma 3km, semuanya jalan dalam. Masa Ummi joined dulu, lalu jalan besar juga. 5km kot...  

Dengan buah nangka ni pun rasa nak buat kawan berbual 😂

Dah mula, boys dulu...

Kemain laju....

Sekali, salah jalan daaa ... 
Terkejut Ummi bila semua lari ke arah jalan tepi CP Ummi ni huhu... Terpaksalah diorang kona masuk jalan yang benar semula :D 

Girls ikut the right track from the beginning... Pompuankan good listener :p

No 1&2 L dah sampai... Baju hijau T5, baju merah T4... 

Tiba² nampak Angah... Tak sempat suruh dia berhenti ambik gambar. Lagipun dia nak ligan spot top 10... .

Mai tang Kakak kelakar sikit ... Ummi suruh dia stop kejap, nak ambik gambar...lepas tu Ummi cakap, cepat sambung lari, boleh dapat no 5-6 ni... Sekali, kawan dia tu dengar, terus member pecut. Kakak tertinggal belakang :D Tersabotaj Kakak la pulak haha... 

Apapun, alhamdulillah, dua-dua dapat medal... Tahniah Angah & Kakak 👍👍👍

Untuk tahap satu pula, ada pertandingan mewarna dan tayangan video...

Selesai bertugas, kami dijamu makan lagi...

Laksa 😋

Alhamdulillah, hari yang sangat mengujakan. 

Rezeki Geng Main

Selain berzumba, Geng Main juga joined coloring competition dan game musical chairs...

Sebelah Mel tu, anak saudara YB depa kata... Biasalah, nak PRN ni macam-macamlah program melibatkan YB/calon ...

Goodies untuk peserta, beserta set warna sorang satu. Sebelum balik, dapat pula nasi kukus untuk lunch. 

Untuk pertandingan mewarna tu depa tak menang, tapi Mel, Kakak dan Adim menang game musical chairs. 

Kakak no 3 perempuan, Mel no 2 dan Adim Johan kategori lelaki. Adik tak join game ni, takut kena tolak 😅

Alhamdulillah, a fruitful weekend for them. 


Sunday, 23 July 2023

Hujung Minggu 22&23/7

Sabtu


Pagi² Walid dah ke sekolah Abang, ada perjumpaan dengan pihak pentadbiran. Atas arahan KPM, mulai tahun depan semua kelas Form 4, tiada lagi aliran agama. Semuanya wajib ambil pakej STEM. Kalau tak silap, ketetapan ni melibatkan semua 11 SMKA TMUA seluruh negara. Tujuannya untuk melahirkan huffaz yang menyertai bidang professional. 

Pilihan subjek untuk Abang di F4 nanti. 

Bagi parents F3 sekarang (batch Abang ) of course kita dah ada halatuju untuk anak-anak, at least dah set aliran mana yang nak ambil nanti. Bila jadi gini, kucar-kacir jadinya. Seperti biasa, arahan dan keputusan KPM sentiasa last minute :( 

Doakan yang baik-baik saja untuk Abang dan kawan-kawannya. Tough untuk mereka, terutamanya bagi subjek Math sebab form 1 dulu half of the year, PDPR. Ramai yang belum kuasai subjek Math ni. 
 Naik F4 nanti nak belajar Add Math pulak. Apapun, semuanya pasti ada hikmahnya. 

Sebelah petang, Lili buat makan-makan sempena birthday-nya yang ke-8. Buat 2 minggu lewat. On the actual date dah sambut tapi dia insisted nak buat untuk Geng Main pulak 😅 

Dari Lili untuk kawan² dia ...untuk Abang pun ada gak :)

Nanti Acik beli hadiah ye...banyak sangat birthday-nya pun, sampai terlupa² dah nak belikan hadiah... Lepas sorang, sorang...itu yang kalau beli, sekali harung bagi la sorang satu. Kalau dapat 2x tu rezekilah. Tak kuasa Ummi nak ingat birthday semua :p 

Sebelah malam, Tok Umi ajak makan di luar. Taknak restoran, nak makan di tempat terbuka yang ramai orang... Walid pun bawa ke Wira Tomyam, Sri Gombak tu...
Syukurlah dah booking meja dan ordered siap² food untuk anak³ serta air. Malam tu ada family group dalam 30 orang kot sambut bday kat situ... Ditambah malam minggu, ramai bawa keluarga makan di luar,  memang crowded dan riuh tempat tu malam tu... Panas pun ye... Kebetulan pula, ada final FA Cup, tak senang duduk Walid, nak cepat balik :D Ummi pun sama, tak selesa tempat sesak² ni. Ditambah pula Angah tak sihat, risau jadinya. Lepas tu nampak juga sebilangan pengunjung tengah beratur, nak tunggu meja kosong. Serba tak kena! 

Makanan pun rasa biasa-biasa je. Mungkin keadaan persekitaran turut mempengaruhi mood untuk menikmati makanan 🤭

Belut hidup/segar. Saja ambik gambar, tak order pun... Dulu takde belut ni... Kami pun dah lama tak datang sini ... Last masa terjumpa Aunty Syima 2 tahun lepas kot, masa tu PKPB tak silap. 

Tahniah JDT! Tahniah orang Johor dapat curi peristiwa! Harap juga malam tu KL menang, kot dapat cuti Isnin :p

Ahad
Bebudak ni nak join Zumba pulak! Pukul 8 dah terpacak depan rumah 😅

Mujurlah Cik Ana boleh hantar dan temankan sebab Cik As bawa FZ ke tournament taekwondo. Ummi pula dah Angah demam, memang tak dapat pergilah. Nak uruskan makan minum, kain baju di rumah lagi... Adik pergi kemudian, Walid hantarkan...separuh hari juga di situ...

Ummi masak awallah sebab lepas Zohor Tok Umi dan Tok Ayah nak ke airport

Pajeri Nenas pemberian Cik Leha. Bertambah menu kami...

Sebelum ke airport, depa singgah jumpa Abang di asrama dulu. Ummi pula tak ikut, teman Angah di rumah. 

Gambar kenangan terima sijil Pertandingan Inovasi IMR dari Tn Pengetua Cemerlang. Tengok gambar je la minggu ni huhu...