Sunday, 27 March 2022

Buah

Banyak pula gambar buah-buahan dalam phone Ummi ni ..

Manis sungguh buah oren Kak Sya bagi ni. Dah lama tak makan oren semanis ni ..

Ofis Walid ada makan-makan, hari Jumaat... Manis betul tembikai merah dan kuning tu. Anggur pun sedap, as usual. 

Betik pokok belakang rumah. Buah last ni sebab kami dah tebang pokoknya. Tinggi sangat, risau tumbang kena rumah jiran. 

Jambu air dan mempelam telur dari Tok Kodiang. Mula tu Ummi bungkus-bungkus dalam plastik untuk diagihkan kepada jiran-jiran. Lepas tu tukar idea ...

Potong, masukkan dalam tipuware bersama kuah rojak. Pakat menyicahlah petang tu :) 

Di rumah ni alhamdulillah anak4 pun suka buah. Cumanya nak kena kupas dan potong. Cepatlah licinnya. Tapi takpe, asal depa nak makan. 

3 comments:

  1. Ok itu anak-amak pemakan buah.

    ReplyDelete
  2. Seronok tengok anak-anak suka makan buah. Anak saya 2/6 shj yg suka makan buah.

    ReplyDelete
  3. Jamu mata tengok buah di sini. Saya tergoda dengan betik tu! 🤤

    ReplyDelete