Wednesday, 23 March 2022

Big Orange Hotel, Sungai Petani

Tempat bermalam kami balik kampung tempohari. Last minute booking, jadi pilih Sungai Petani (SP) sebab lebih banyak hotel di sini berbanding di Baling, hanya ada 2-3 hotel. 

Hotel bajet di hujung lot kedai. Berhampiran hotel ada kedai mamak dan Speedmart. Sebelah belakangnya pula ada Kedai Buku Hassani (Hassani Bookstore- terkenal di Kedah). 

2-queen beds (family room); RM158/night

Dalam bilik, dibekalkan 4 botol air mineral. Penapis air disediakan di luar bilik (sharing with others). 

Sementara Walid keluar tapau food for dinner, Abang turun ke lobi beli Maggi Cup :D 

Ummi pula keluarkan garlic bread & mushroom soup yang Maklong bekalkan siang tadi. Keras dah rotinya, tapi balun ja. Lapaq! 

Nasi lemak bungkus untuk sarapan. Ada juga roti, telur dan mesin pembancuh minuman. Semuanya self service dan free flow. Walid cuma ambil nasi lemak bungkus dan kami makan di bilik sahaja. 

Alhamdulillah walaupun bilik tak sebesar mana, tapi segala kemudahan yang disediakan dalam keadaan baik dan cukup selesa untuk kami melepaskan lelah. 

Big Orange Hotel Sungai Petani
No.A31 , Jalan 2, Cinta Sayang Resort Home
08000 Sungai Petani
Kedah Darul Aman 


7 comments:

  1. Sedap maggi cup kan.. Garlic bread dengan mushroom soup pun menyelerakan, teringat hat pizza hutnya..

    ReplyDelete
  2. Luar biasa sediakan nasi lemak bungkus.
    Memang senang.

    ReplyDelete
  3. Jadinya, ulang alik ke Baling ke macam mana tu, PH?

    ReplyDelete
  4. Nmpk selesa hotel tu.. maggi cup ni wajib ada kalau check in hotel.. hahaha

    ReplyDelete
  5. Semua kelangkapan cukup dah bagus sangat untuk melepaskan lelah.

    ReplyDelete
  6. Nampak hotel ok Tu senang nak pi Cari makan

    ReplyDelete