Thursday, 10 March 2022

Buah Star aka Kundang

Sekarang ni segala hasil bumi terutama buah/sayur kampung dijual dimana-mana dan sentiasa 'laku keras'. Semua 'jadi harga' kata orang Baling. 

Salah satu buah kampung yang memancing perhatian Ummi ialah buah star atau lebih dikenali sebagai buah Kundang. Ialah, makanan masam-manis ni cepat je buat terliur. Walaupun bukan favorite, tapi seronok dapat mengimbau kenangan. Buah-buah kampung sebeginilah snacking Ummi zaman kecik-kecik dulu. 


Setelah beberapa ketika memendam rasa sebab harganya agak kayangan (sekilo RM 22-27 sekilo, kundang madu) masa awal musim hari tu akhirnya merasa juga Ummi buah ni. Ummi beli 1/2 kg je (sekarang sekilo RM18 di tempat Ummi), sekadar melepas hajat dan bagi anak4 rasa. Depa makan tapi sekadarnya juga, macam Ummi. Sambil makan, sambil berkongsi kenangan dengan anak4. Itulah tujuannya pun, supaya kenal asal usul. 

Di rumah arwah Tok Nik, ada 2 batang pokok star yang besar. Salah satunya sangat rendang, jadi tempat kami melepak di waktu petang. Buahnya walaupun masam, tetap juga dipetik... Buat menyicah. Kami budak-budak suka cicah kicap + gula manakala orang dewasa biasanya cicah dengan garam belacan (garam, cili, gula,kicap & belacan ditumbuk dan digaul sebati). 

Aduhai, seronoknya zaman kanak-kanak :D 








5 comments:

  1. Buah kundang yang masak manis, kita boleh habiskan berpuluh biji hihihiiii.

    ReplyDelete
  2. Bagi saya susah jumpa pokok kundang sekarang.

    ReplyDelete
  3. Kecik-kecik dulu kalau makan buah kundang ni, mesti masam. Mungkin bukan kundang madu. Tapi betullah, walaupun masam tetap kita budak-budak suka makan.

    ReplyDelete
  4. dpt isi yg manis..yummyy...mahal skarang harganya

    ReplyDelete
  5. Sambil baca sambil A lio menitik thak thak thak dey...!🤣🤣🤣

    ReplyDelete