Friday, 31 July 2020

Aidil Adha 2020


Credit source. 

Boleh dikatakan sama sahaja sambutan Aidil Adha dan Aidil Fitri kami tahun ni. Beraya dalam PKP,  jauh diperantauan terasa sangat hambarnya. Walaupun raya, sunyi sepi kawasan kejiranan kami hari ni. Semuanya beraya dalam rumah masing-masing agaknya. Ada juga yang balik kampung. Ada 3-4 orang kanak-kanak datang kutip duit raya. 

Satu-satunya tetamu ialah Abg Anas. Datang beraya sebelum masuk kerja. Habis kerja nak ride motor balik Kedah jumpa anak isterinya. Moga dilindungi dan dipermudahkan urusannya. 


Layan dulu Tanyalah Ustaz sebelum sarapan tadi. 


Gandingan DUKE dengan Prof Kamil memang mantap. Dan menghiburkan... Cerita pasal haji yang tertangguh. Best 👍

Juadah raya kami... 
Nasi beriani, ayam goreng kari, gulai daging, ketupat palas. Adalah sikit-sikit kuih raya dan kerepek.




Ketupat Palas ni buat dah lama, lepas balik kampung raya puasa hari tu. Simpan dalam freezer. Jimat masa & tenaga Ummi. 

Kek marjerin je... Buat dengan Kakak a night before. 


Kek Choc Nutella ni beli dengan Cik Sue. Risau juga nak keluar pick up kek semalam sebab katanya jalan lama Gombak ke Bentong jem teruk. Alhamdulillah dekat Batu 8 tu clear je..

Lepas solat raya, merayau sekitar Sri Gombak. 


Tuu dia... Jem dari DUKE nak ke Tol Gombak. Apapun moga semuanya selamat sampai. 

Menjelang tengahari, Walid ke masjod untuk solat jumaat. Solat jumaat pertama beliau Walid > 3 bulan. Alhamdulillah. 




Itu je cerita raya kami. Nothing special but still a memorable one. 

Selamat hari raya Aidil Adha buat semua 💖

Monday, 27 July 2020

Takde rezeki...


Dari kecik Ummi jaga dia... Siram, baja, belai hinggalah dah berbuah. Dalam hati dah berniat, buahnya dah masak nanti nak berbagi dengan jiran-jiran. Kerap juga kami dapat hasil tanam sendiri dari jiran-jiran jadi naklah juga bagi hasil tanaman sendiri.
Tapi itulah, kita hanya mampu merancang :(



Balik dari kedai tengahari semalam, baru perasan dah patah pokoknya. Agaknya kesan angin kuat petang sabtu hari tu.


Takde rezeki nak merasa buahnya yang masak. Ummi kutip juga 3 biji buahnya yang masih muda. Buat ulam pun sedap. Maksu cadangkan buat somtam atau jeruk. 
Menarik juga tu.


Ini pun kes takde rezeki juga. Jumaat minggu lepas, Sya, sambil-sambil melintas depan Ummi melambai-lambai bagi tau esok meraka sekeluarga buat kenduri kesyukuran di Batu 10. Sebab dia bergegas nak ke tempat kerja Ummi pun angguk saja. Excited juga sebab dah lama tak makan kenduri, since PKP ni lah. Sepanjang hari hingga ke pagi Sabtu tu tertunggu-tunggu juga text dari dia. Ialah, orang sekarang kenduri kahwin pun jemput via WhatsApp je kan. Inikan pula kenduri doa selamat yang lebih simple dan santai. Sampai ke sudah takde. Ummi sangka dia lupa agaknya nak menjemput.

Semalam, Walid checked post box. Ya Allah, dalam ni rupanya kad jemputan kenduri Sya menyorok! Ummi memang dah lama tak buka tong pos tu sebab biasanya postman selit surat di pagar je sebab diorang tahu rumah kami berpenghuni di waktu siang. Bil letrik, bil air dah sampai lagilah Ummi tak buka post box tu.

Dah seminggu berlalu kendurinya. Memang takde rezeki kami. Ikutkan memang terkilan tapi bila dah tertulis bukan rezeki kita, memang takkan adalah. Namun sebaliknya bila kita tak expect apa-apa tiba-tiba ada je yang tekan bell bagi apa-apa. 


Buah rambutan ni dari Uncle untuk anak-anak. "I pun belum makan lagi, saja petik kasi itu kids" Terharu tau ☺️

Ini pula pajeri nenas + epal hijau. Pernah makan? Ummi baru first time makan. Kak Leha kata dia makan dekat satu kenduri mana ntah some time ago, sedap. Kali ni cuba buat sendiri. Sedap 😋



Itulah rahsia rezeki. Hanya Dia yang tahu.

Sunday, 26 July 2020

Repair & Reno Master Bedroom Part III ~ Finally...


Jom Ummi share sikit gambar master bedroom dan bilik air yang dah siap renovate tempohari.


Kami tempah wardrobe 3 pintu. Semuanya bercermin jadi bilik nampak lebih luas.





Yang paling Ummi suka bahagian tingkap ni. Setiap pagi limpahan cahaya matahari menerobos masuk. Suka sangat.... Bila buka tingkap rasa segar je... 


Sebelum ni sebahagian tingkap ni terhalang dengan rak baju Ummi, jadi suasana kelam sikit. Sekarang ni memang biar kosong je depan tingkap. Selain untuk pengcahayaan, untuk efek luas pun ye juga. Lagipun mana ada orang letak rak baju depan tingkap, Ummi je kot 😂

Bilik air...


Kali ni tiles pasang hingga ke siling, baru cantik menawan.

Sayang nak tebuk tiles, sangkut je hihi... 

Actually tak fully complete lagi ni, ada few things nak beli. Ummi berangan nak letak swing chair satu tepi tingkap ni. Berangan nak ada my own happy space like this...

Credit: Source

Apapun alhamdulillah yang dah siap ni sangat menepati kehendak dan citarasa kami. Syukur  akhirnya tercapai juga impian. Walaupun simple or biashe-biashe je but for us, it's  indeed an accomplishment. Cantik sangat dah di mata kami. Bak kata Ayel, "cantiknya mama bilik Maksu, macam hotel'... Budak-budak tak reti menipukan? 😜

Friday, 24 July 2020

Rezeki anak-anak


Dari Isnin hingga, Khamis makanan disediakan oleh pihak kantin kepada semua murid. Bukan percuma tapi setiap bulan parents bayar RM50 yuran makan.

Jadi, untuk hari Jumaat (semasa PKP) cikgu-cikgu kelas tolong kumpulkan order bagi yang nak tempah makanan. Menu minggu ni nasi goreng, seringgit sebungkus. Untuk melatih rasa kebersamaan, Ummi tak sediakan bekal untuk hari Jumaat. Biar depa makan menu yang sama dengan kawan-kawan. Lagi satu, niatnya nak bantu pengusaha kantin. Dengarnya beliau pun 'sakit' juga bila 4 bulan lepas sekolah ditutup. Mungkin kalau 3 orang anak-anak Ummi je beli, tak ketara sangat impaknya. Tapi, kalau satu kelas tempah makanan, besar juga rezeki untuk Ibu Kantin. Kalau satu sekolah? Inilah antara cara untuk kita saling membantu di saat ramai yang terkesan dengan PKP dan wabak Covid-19 ni.

Credit: Source 


Berbalik kepada makanan hari Jumaat ni, alhamdulillah untuk ketiga-tiga kelas Abang, Angah & Kakak ada parents yang sudi belanja.



Doa tu yang mahal kan? 

Jujurnya Ummi seronok dengan situasi ni. Bila ada 'biah' (suasana) baik seperti ni sedikit sebanyak akan mempengaruhi sahsiah anak-anak. Moga sentiasa lembut hati mereka, sentiasa berterima kasih, rasa disayangi dan yang penting DOA mereka yang tulus suci. Kanak-kanak hatinya lurus. Moga Allah angkat doa mereka. Di pihak ibu bapa pula, pakat berlumba-lumba nak menaja sama. Alhamdulillah, berlumba-lumba untuk buat kebaikan 🤗 Moga berkatnya melimpah-limpah pada semua warga SRAI.

Untuk kelas Abang contohnya, bagi beberapa minggu akan datang dah ada penaja. Alhamdulillah syukur. Moga, bertambah rezeki mereka, ditunaikan segala hajat dan diangkat dari mereka segala musibah aamiin.

Bila kita memberi, sebenarnya bukan sahaja orang yang menerima rasa seronok tapi si pemberi tu berlebih-lebih rasa seronoknya. Rasa puas, rasa gembira bila tengok si penerima tersenyum adalah satu kebahagiaan. Ummi yakin rasa tersebut Allah hadirkan agar kita sentiasa seronok untuk memberi. Boleh ketagih tau buat kebaikan dan bersedekah ni 😊

Wednesday, 22 July 2020

Kuah Spaghetti Bolognese Homemade



Hari ni menu Western untuk bekal anak-anak ke sekolah. First day all of them going back to school. Alhamdulillah takde drama di rumah, walaupun dah berbulan tak ke sekolah. In fact they are eager to go back to school. 

Chaotic betul time parents pick up kids tadi. Masing-masing lupa nak jaga jarak social, berkerumun. First day, masing-masing kelam- kabut.... Dengan parking penuh, traffic jam sampai ke selekoh tajam tu, hari pun panas, lapar nasi semua ada. Hampir nak 'jadi hijau' belaka tadi 😅

Berbalik pada resepi di atas...


Kuah Spaghetti Bolognese Homemade
Sumber: Sirap Limau.

Bahan-bahan
8-10 biji buah tomato segar - Ummi letak 4.5 biji
2 biji bawang holland - 3/4 biji
1 labu bawang putih - 7 ulas
1/2 tin kecil tomato puree - 3/4 tin besar
Sedikit lada hitam
Sedikit oregano - tak letak
Bebola ayam - guna meatballs
Garam / gula perang secukup rasa
2 keping keju - Ummi tambah
1 kiub ayam - Ummi tambah
Sedikit air
Minyak untuk menumis -Ummi guna minyak zaitun

Cara-cara
1. Kelar buah tomato pada 4 bahagian (macam nak potong 4, tapi jangan sampai putus). Tujuannya nak mudahkan kopek kulit tomato tu nanti.
2. Didihkan air dan masukkan tomato hinggalah tomato masak dan lembut isinya.
3. Bila dah cukup masak, bolehlah diangkat dan masukkan pula dalam 1 bekas air sejuk. (Ummi toskan dan biarkan sejuk. Kulit tomato dah terkopek. Bila sejuk, just peel it off).
4. Potong kasar dan kisar bersama, sedikit air. Kisar kasar ye.
5. Panaskan minyak. Tumis bawang hingga layu.
6. Masukkan tomato yang dikisar tadi, sedikit air, tomato puri, lada hitam, kiub ayam dan oregano. Renehkan seketika.
7. Masukkan bebola daging. Didihkan sebentar.
8. Perisakan dengan garam dan gula. Siap.

Tips:
Jika hendak dijadikan sarapan/bekalan, seeloknya masak kuah di sebelah malam sebelumnya untuk rasa yang lebih enak.


Versi homemade ni lebih jimat dan sihat sebab guna tomato segar. Pilih tomato yang merah (masak), manis sikir. Untuk jimat masa, kuah boleh dimasak awal jika bercadang untuk dijadikan bento keesokannya. Lebih enak sebenarnya sebab bahan-bahan dah sebati dan mesra.

Suka Ummi bila anak-anak cakap sedap. Semua bawa balik bekas kosong je tengahari tadi :)

Tuesday, 21 July 2020

Menyicah... Jom!



Aktiviti mengisi masa lapang di sebelah petang... Favourite orang pompuan di kampung Ummi. Pantang ada buah pelam muda, jambu batu, asam jawa, buah keriang dot, buah kelubi, buah asam limau semua buat menyicah. Port favourite di rumah Maklang Di. Sambil menyicah, sambil membawang. Patutlah sedap 😜

Untuk geng budak-budak macam Ummi dengan Ja, port kami di atas titi, tepi bendang. Dengan angin sepoi-sepoi bahasa, kami ralit menyicah buah-buahan kampung sambil kaki berjuntai di gigi air.

Cantik kan sawah padi di kampung Ummi?
Macam lukisan 😍😍😍 

Pinjam gambar ye Bang Fit. 


Tadi, jiran bagi sebungkus jambu air. Ummi godek-godek dalam peti ais, ada nenas dari Pontian dan mangga muda. Walid beli 3kg/RM10 sebelum ke Pontian lagi, masih berbaki sebiji dua. Kuah rojak Mak Bee pun ada, apa lagi jomlah kita menyicah. Dulu-dulu cuma gaul kicap dengan gula. Kalau nak pedas, patahkan 1-2 biji cili padi. Sampai menjilat-jilat piring tu haha...

Jambu batu petik depan rumah :) 


Anak-anak Ummi alhamdulillah suka makan buah. Baru best ada geng :)

Sunday, 19 July 2020

Kerabu Perut bersama Pucuk Paku & Tauge


Salah satu menu favourite Ummi jika makan kenduri di kampung-kampung ialah kerabu. Tak kisahlah kerabu pucuk paku ke, kerabu taugeh ke, kerabu nangka ke semua Ummi suka. Lagi best kalau dicampur dengan kerang atau perut lembu. Nak-nak pula air tangan makcik-makcik atau tok-tok, fuhh sedap tak boleh bincang!

Dulu-dulu di tempat Ummi, makan kenduri secara hidang. Setalam tu adalah 3-4 jenis lauk, serba sedikit. Kalau ayam seketul, daging pun sama. Telur masak kurma pun sebiji je. Setalam tu makan 4 orang. Walaupun lauk tu sikit, tapi nikmat makan. Nak kata berebut tu tidaklah tapi lebih kepada berkongsi. Cubit lauk sorang sikit. Yang paling cepat habis kalau setalam makan dengan orang-orang tua pastinya kerabu! Lauk ayam daging tu depa tak pandang sangat. Tapi, yang seronoknya kerabu biasanya boleh minta tambah sebab ada extra. Ayam daging pula limited haha...

Semalam Ummi cuba buat kerabu perut +  pucuk paku & tauge, style utara., letak santan dan kerisek.


Kerabu Perut bersama Pucuk Paku & Tauge
Sumber: Sharlina89

Bahan-bahan
1 mangkuk perut lembu (perut tuala/perut bulat/ perut kitab) rebus bagi empuk dan potong ikut suka
1 ikat pucuk paku (celur dan tos)
1 genggam tauge (celur dan tos)
1 biji bawang besar dihiris
¾ cawan santan pekat
3 sudu besar kerisik (kerisik kena banyak baru sedap)
2 sudu air limau nipis - ganti dgn 1/2 sk asam jawa
Garam, gula sikit, ajinomoto (jika yang tak suka ajinomoto tak payah masuk pon tak apa) - tak letak

Bahan blender (kisar bagi halus) :
3 batang serai - 1 batang serai 
1 inci halia
½ inci lengkuas
Cili api 6 biji (merah dan hijau)
Belacan sebesar ibu jari

# Ummi tumbuk semua bahan di atas. Mula-mula tumbuk dulu halia, serai & lengkuas. Bila, dah lumat baru masukkan cili api dan belacan.

Cara-cara
1. Masukkan bahan kisar/tumbuk tadi ke dalam mangkuk besar/besen. 



2. Masukkan kerisik, bawang, air limau nipis, santan, garam, gula dan ajinomoto.

3. Gaul sebati semua bahan dengan menggunakan tangan atau sudip.
4. Masukkan bawang, perut, pucuk paku dan taugeh. Gaul lagi. Sesuaikan rasa. Siap!


Tapi itulah, Abang je makan. Angah dan Kakak taknak. Ummi buat perut masak lemak hari tu berebut-rebut pulak 😅

Saturday, 18 July 2020

Repair & Reno Master Bedroom & Bathroom Part II ~ Daily Progress


Recap Part 1 HERE 🤗

Antara kerja R&R yang telah dijalankan di master bedroom termasuk tukar lantai parquet ke tiles, plaster siling dan pendawaian eletrik yang baru. Manakala di bilik air pula hampir keseluruhan berwajah baru dengan segala peralatan lama seperti sinki, toilet bowl, shower everything ditukar baru.

Setiap hari kecuali Ahad kontraktor datang dari jam 8.30 hingga 5.30 petang. Yes, kontraktor kami sangat punctual dan punya jadual kerja sangat bagus. Bila Ummi dah tahu schedule kontraktor, Ummi nak uruskan hal ehwal dalam negeri (baca: kerja2 rumah) pun mudah. Tak terganggu pun. Contohnya before 8.30, anak-anak dah siap mandi dan sarapan. Bila kontraktor start bekerja, takdelah time tu baru berebut nak mandi dsbnya.

Ok, back to the project. Let's take a look at its daily progress...

Day 1


 Amek ko... Semua berlonggok kat situ.
As usual, Day 1 depa keluarkan parquet, cungkil tiles lama, robohkan siling dsbnya. Kalau tonton Property Brothers tu Day 1 ni biasanya client terlibat sekali hihi... Time nilah depa smash everything yang dah taknak, sesungguh hati pulak tu :) Ingat lagi masa reno bilik Kakak hari tu, Angah pun sama naik ketuk parquet dengan Wak :) Kali ni, takde chance dia. Pembantu Aiman kali ni muda & gagah :D


Day 2

Hari ni barang-barang projek sampai lagi... Antaranya cornice untuk siling dll. Dll tu sebab Ummi taktau apa nama batang-barang tersebut 😏

 Nampak tak? Lantai dah dibersihkan. Entah berapa round depa turun naik tangga angkat sampah keluar.


Bilik air day 2.


Antara sebab kami selesa dengan AK ialah dia sangat kemas dan pembersih orangnya. Tengoklah segala sampah diikat kemas dan disusun elok sebelum diangkut oleh lori. 

Day 3


Siling dah pasang :) 
Alhamdulillah alang kayu atas tu semua elok lagi kecuali ada sebatang yang dimakan anai-anai. Itupun sikit je, boleh guna lagi. Tukang letak ubat dan apit dengan kayu baru. Mahal kayu alang ni, 2 ratus lebih rasanya sebatang. 


Day 4

Pintu baru uolls 😉


Lama juga depa dok 'gung-gang gung-gang' pasang pintu ni. Rupanya pintu ni come in a standard size (except yang custom made) jadi kena potong ikut frame pintu sesebuah bilik. 

Wiring pun dah siap 😍


Day 5

Tiles dah pasang separuh ... 

Time ni kat bilik air tu tukang buat waterproofing rasanya sebab Ummi tengok macam takde progress. Based on previous experience, 3x dia sapu waterproof material tu untuk pastikan ianya betul2 kalis bocor. 3x tu maknanya 3 hari berturut-turut dia ulang proses tu.

Day 6


Ehem...ehem...
Our soon to be hotel inspired bathroom in progress :)

Staff H&A Craft datang ukur curtain. 


Day 7

Kontraktor wardrobe pula datang ambil ukuran. Dia kata lawalah bilik ayaq kak. 
Itu belum siap lagi tu 😜


Day 8

Master bedroom almost siap. Kipas, lampu dah pasang. Dinding pun dah touch up sebahagiannya. Grill tingkap tukang buka, cat baru time ni. Ini yang best dengan AK, dia perfectionist. Small things like this yang takde dalam kontrak dia buat untuk nampak perfect dimata dia. Kita lagilah suka. 


Di bilik air pun, pemasangan tiles hampir siap. 

Day 9

Fokus pada bilik air sebab bilik tidur dah siap. Cuma nak touch up sikit je lagi. Kalau tak silap, hari ni juga pembantu Aiman tolong cat dinding tepi tangga. Alang-alang depa ada batang  roller panjang, minta tolong buat sekali. 



Day 10

Almost done! 

Grill tingkap dah pasang balik. 

Day 11

Pasang accessories bilik ayaq. 
This time kami tak drill apa2, cermin and toiletries rack sangkut guna cangkuk S ja. Sayang ooi nak tebuk tiles syantik tu 😅 


Touching sangat tengok gelagat depa, siap menari-nari gembira tengok bilik Ummi dah cantik :D Dalam hati terus Ummi berdoa agar dikurniakan rezeki melimpah ruah, nak renovate satu rumah pulak! Biar anak-anak selesa dan gembira dalam 'istana'ni. Aamiinkan doa Ummi tau ☺️



Day 12

Tadaa... 
Bilik dah siap. Pintu pun dah cat. Perasan tak? 


Semua dah siap. Kecuali pintu bilik air, kena tunggu lagi seminggu. Semalam baru depa mai ukur. Delay sebab PKP, kilang baru mulakan operasi. 

All in, 12 hari siap projek R&R kali ni.
Dari segi kos, ada tambahan sebanyak RM740 dari quotation asal untuk beli kayu support alang, ubah point aircond, ubah piping toilet dan beberapa perkara lagi. 

Alhamdulillah akhirnya siap juga projek ni. Pintu bilik air siap dipasang pada 18hb, elok-elok esoknya nak balik kampung. 


 الحمدلله على کل حال 

Tunggu Part III ye 😘