Sekarang ni petang-petang hujan. Kadang tu bawa sampai ke malam. Memang seronok layan tidur hihi...
Bila hujan turun, tanah pun basah je. Seronok nak berkebun. Tanah sekangkang kera je tapi semangat berkebun Ummi sebesar ladang haha... Anak kampungkan, walau di mana berada pun tetaplah suka bercucuk tanam.
Ini kebun idaman Ummi. Insha Allah dapat beli tanah nanti, Ummi nak buat macam ni. Doakan ye...
Credit: HGTV |
Sementara nak tercapai impian tu, jom kita ke kebun yang ada sekarang ni haha...
Kunyit, kemangi dan pegaga...
Akhirnya berjaya juga Ummi tanam pokok kunyit. Sebelum ni Ummi semai rizomnya tak pernah tumbuh. Kalau naik pun sekejap, esoknya dah kena 'ngap' dengan makhluk Allah yang lain. Kali ni berjaya. Rupanya nak tanam kunyit, kena guna rizom yang dah ada mata/tunas (warna putih) , bukan ibu kunyit yang dah tua tu. Ini tips yang peniaga pasar tani kongsi. Kalau semai kunyit yang tua, tak hiduplah ia :)
Lagi satu, dulu Ummi cuba tanam dalam pasu. Kali ni bila tanam atas tanah alhamdulillah hidup subur. Tanah tu Ummi cuma letak tanah yang di beli di kedai Eco je. Letak bata keliling agar tanah tak hanyut di bawa hujan. Nak tabur biji cili ke, semai pegaga ke atas tanah tu terus. Ummi panggil tapak semaian.
Pokok kemangi tu Ummi cucuk barangnya ke tanah. Alhamdulillah hidup subur. Kalau tanam dalam pasu, taknak hidup :(
Bendi ni Tok yang semai. Ambil benih dari rumah Pakcik, sama dengan pegaga tu. Dah 2-3 kali dah merasa hasilnya.
Anak pokok mangga baka Harum Manis, my precious treasure haha... Semai main-main, tumbuh pula dia. Bela dulu sebab tak tahu nak transfer ke mana. Mungkin bawa balik ke kampung minta Tok Ayah tanam di kebunlah kot. Pasu sebelahnya tu pokok kesum dan selom. Dua-dua tak berapa nak subur. Tips please 🤗
Ada juga anak pokok lemon, lupa pula nak snap gambar. Next entry insha Allah. Ada lagi pokok yang Ummi tak share ni, satgi merajuk pula 😅
Pokok penting; kari dan pandan. Wajib ada di kebun dapur...
Pokok betik ni adalah 5-6 pokok. Tapi setakat ni yang berbunga semuanya jantan :( tapi ada juga gunanya. Tok selalu ambil buat ulam; bunga dan pucuknya.
Yang merah tu buah sulung, Ummi simpan untuk buat benih.
Bawah ni cili merah besar rasanya. Kalau cili api bunga dan buahnya hala ke atas, cili merah bunga dan buahnya tunduk ke bawah. Betul kan?
Bunga daun cekur manis. Kecik-kecik dulu Ummi suka main bunganya. Cantik. Yang kudup ala bunga ros, yang dah kembang ala payung kecil.
Putik buah mulberry 😍
Harapnya adalah rasa buah mulberry ni.
Hasil pagi tadi...
Alhamdulillah.
Banyak juga pokok yang berjaya ditanam. Amin moga dapat macam yang diidamkan.
ReplyDeleteAdalah sikit-sikit NA :)
Deletebestnya ada kebun belakang rumah. nak masak petik je kat kebun. sy ni tanam dalam pasu. nasib tumbuh elok. tu pun ada 3 jee. pokok daun kunyit, serai & cli hehehee
ReplyDeleteBoleh di tambah lagi tu koleksi pokok-pokok tu zie :)
DeleteAkk pun ada kebun belakang umh, tapi suami yg tanam, pokok harum manis pun ada tu, tapi tak taulah berbuah ke idok nnt.
ReplyDeleteBtw..tahniah atas kerajinan, hihi.
Aktiviti sampingan isi masa lapang kak haha...
Deleteseronok la bila ada kebun blkng umah...bila hasil dh berbuah bole kutip..
ReplyDeletePart kutip hasil tu yang paling best MT hihi...
Delete