Credit Shaz. |
Minggu lepas Ummi tempah brownies dan kuih untuk raikan birthday Tok. Tahun ni umur Tok cecah 80 tahun. Jadi teringin juga nak raikan Tok. Bukan semua orang panjang umur macam Tok. Lagi satu, nak penuhi permintaan anak-anak, nak beli kek untuk Tok.
Jenuh juga Ummi fikir nak beli kek kat mana... Kedai kek yang selalu Ummi beli tu, anak-anak tak berapa suka. Akhirnya Ummi teringat yang Mama Adam pun ada juga buat kek. Ummi order brownies instead of cake.
Alhamdulillah Mama Adam dapat buatkan walaupun last minute Ummi order. Dah confirm pasal kek, Ummi order pula kuih kaswi & sri ayu dengan Kak Ita.
Kuih Kak Ita ni memang berhantu 😅 |
Air tangan Ummi pula, macam biasalah kalau ada hari istimewa Ummi buat pulut kuning. Regunya ayam bakar. Tok pula goreng ikan pekasam yang dibuatnya sendiri. Alhamdulillah kenyang :D
Ayam Bakar Noxxa
Perap ayam dengan garam kunyit. Lagi lama perap lagi sedap. Bila nak masak, masukkan dalam Noxxa. Renjis dengan minyak zaitun sikit, ala-ala chef kat TV tu buat haha... Tutup periuk, HP 7 minit. Bila dah masak, keluarkan wap semua... Stir fry bagi kering sikit. Bahagian kulit tu sedap kalau bagi garing-garing, hangit sikit 😊
Doakan Tok sihat selalu ye 🌹🌹🌹
Moga sihat selalu. Amin.
ReplyDeleteAamiin aamiin aamiin
DeleteTerima kasih singgah sini sis 🤗
Alhamdulillah..semoga Tok diberi kesihatan yang baik dan dipanjangkan lagi usia.
ReplyDeleteAamiin aamiin aamiin tq Ammi 🌹
DeleteSemoga tok sentiasa sihat
ReplyDeleteAamiin aamiin aamiin tq WP.
DeleteAlhamdulillah.. semoga diberi kesihatan yg baik.. ayam bakaq tu mengancam.. fuhh
ReplyDeleteAamiin aamiin aamiin tq zie ❤️
DeleteTapi ayam kenduri mira ghitu lagi sedap haha
selamat ulang tahun tok yg ke 80 semoga sentiasa sihat hendaknya
ReplyDeleteTq MT 🌹
Delete