Wednesday, 9 October 2019

Ke Majlis Perkahwinan Adik Rakan Blogger... Siapa tu?


Dari jauh Ummi dah nampak dia. Berdiri menyambut tetamu di 'muka pintu'. Ummi mula menguntum senyum dari jauh tapi dia masih 'blur' nampaknya. Mungkin dia sedang mengingati wajah Ummi. Maklumlah semua tetamu yang datang terutamanya tetamu wanita akan bersalam dengannya, yang bertindak sebagai wakil keluarga. Akhirnya bila Ummi makin hampir barulah dia mula tersenyum dan menyapa, separuh menjerit "Akak!" Terus kami berpelukan macam dah lama tak jumpa. Padahal inilah kali pertama kami bertentang mata. Allahu, momen yang sangat manis untuk Ummi kenang. Siapa sangka, perkenalan di alam maya membawa kepada pertemuan di alam nyata. 

Siapa dia? Dialah Suzie, pemilik blog Jepun Mari2 yang sangat bersahaja dan santai perkongsiannya di blog. Ada-ada saja coretannya yang menggeletek hati Ummi. 


Rezeki kami sekeluarga bila kami dijemput ke majlis perkahwinan adiknya, Miera. Meriah sungguh majlisnya. Dengan layanan mesra tuan rumah, ditambah lagi dengan kepelbagaian juadah yang sedap, memang 'ohsem' kata orang. 



Sempat juga bergambar dengan Zie di sini. 

Paling best, ayam bakar. Kecuali kenduri adik maklong di Muo dulu, rasanya ini kali kedua kot Ummi jumpa ayam bakar di majlis kenduri kahwin. Lauk pauk lain pun semuanya sedap. Tapi Ummi tak snap gambar pun, tak sabar nak ngap haha... Dekat blog tuan rumah ada gambarnya. Gambar tukang bakar ayam pun ada :D 

Ummi ambil kuih ni. Nampak special. Rupanya inilah Apam Johol. Baru ku tahu... 


Ikutkan hati, nak duduk lama lagi tapi sebab waktu puncak terpaksalah kami mengundur diri. Tak puas rasanya nak bersembang dengan Zie ni, orangnya mesra sangat. Dia pun macam taknak bagi Ummi balik je lagi haha...

Alhamdulillah kenyang sungguh. Yang paling dirasai semestinya keikhlasan dan kemesraan tuan rumah, yang tersemat di hati. Walaupun pertama kali bertemu, memang best lah jumpa Zie dan familynya. Nampak Azeq, Fina dan Ucu yang vogue tu :D 

Cenderahati dari tuan rumah.
Berbondong-bondong depa bagi, sampai kami pula naik segan ☺️
Barakallahu la kuma.
Jatuh hati dengan dress pengantin tu. Lawa kan? 

Terima kasih jemput akak ye Zie 🌹🌹🌹 Dodol ada lagi? Teringin la pula nak rasa air tangan mak mentua Zie 🤗

5 comments:

  1. bestnyaa friendship macam ni. dibawa ke real life daripada kenal2 di blog je kan.. lepas tu terima jemputan untuk ahli keluarga pula =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah. Akak memang terharu.
      Siti bila pula nak jemput akak 🤗

      Delete
  2. adoiii.. kakkkkkk.. cemana sy boleh tak perasan entry ni.. hahaha.. isshhh akak ni.. malu la puji kitewwww bahahaha..

    terima kasih sgt2 akk sudi dtg.. specheless sgt.. hapy sgt akk dpt datang.. dpt jumpa anak2 akak, kakak, abg.. alhamdulillah. perkenalan di dlm alam maya membawa kita menjadi sahabat.. semoga terus ukhwah ini

    ReplyDelete
  3. Depo 20ribu bisa menang puluhan juta rupiah
    mampir di website ternama I O N Q Q
    paling diminati di Indonesia,
    di sini kami menyediakan 5 permainan dalam 1 aplikasi
    ~bandar poker
    ~bandar-q
    ~domino99
    ~poker
    ~bandar66
    segera daftar dan bergabung bersama kami.Smile
    Whatshapp : +85515373217

    ReplyDelete