Kisah bulan 3 hari tu... Nak juga rekod di sini. Ah, anak buah Umi yang kahwin hari tu pun dah berbadan dua. Alhamdulillah, cepat rezeki dia. Nanti kalau cucu saudara Umi tu tanya kenapa Toksu tak pergi kenduri ibunya, refer sini je lah 😁
Bila tahu je tarikh wedding di Muar, sebelah lelaki tu Umi terus booking homestay. Mula tu katanya 31/3. Bulan 1 Umi dah booking w/pun depa belum nikah lagi time tu. Punyalah excited nak raikan pengantin hihi... Lagipun Umi tak pernah bermalam/bercuti di Muar. Pernah sampai sekali, long long time ago tapi sebab pergi balik hari, car pool pulak dengan paklong & maklong pendeklah langkahnya.
Umi booking di Homestay Al Raudah. Ownernya baik sangat melayan Umi. Tup-tup dalam bulan 2, Ah bagi tau majlis sebelah lelaki 17/3. Alhamdulillah ada kosong lagi di HAR tu.
Cantik kan HAR ni...
Credit owner. |
Credit owner. |
Makin hampir dengan majlis, Umi terfikir nak tukar date. Ikutkan check in sabtu, lepas majlis so Ahad plan nak jalan-jalan di Bandar Muar. Tapi bila difikirkan 17/3 tu start cuti sekolah takut tak sempatlah pulak nak join rombongan pengantin. Depa semua gerak jumaat pagi. Nak dijadikan cerita, homestay tak available jumaat tu. Dah ada orang booking untuk kerja kahwin kata empunya homestay. Gelabah juga Umi mencari ganti sebab lagi 2 minggu je majlisnya.
Alhamdulillah ada juga homestay yang available, Casa D'Azirul. Umi siap bayar deposit tapi sayangnya Walid terpaksa ke Mumbai. Ikutkan plan asal sempat je ke Muo tapi Puan Boss suruh pergi minggu cuti sekolah tu. Nak buat macamana "saya yang menurut perintah" kenalah akur huhu... Duit deposit tu pihak Casa kembalikan, alhamdulillah. Jika ada yang mencari homestay di Muo, mungkin boleh cuba kedua-dua homestay ni. Senang berurusan dengan kedua-dua owner ni.
Bukan setakat bab penginapan, bab pakaian pun Umi dah prepare. Nak melaram di kenduri Ah ni. Nak eksyen dengan orang Muo lah kononnya haha...
Baju Kakak & Adik ni patut pakai kenduri tu. Sudahnya kita melaram di Ganu :) |
Harapnya adalah rezeki bercuti/berjalan-jalan di Muo in the future. Dengarnya banyak tempat makan best di Muo 😘
muo best.
ReplyDeletebreakfast best.
lunch best.
jalan2 di tanjung emas.
aida bukan la org muo.
melaka ke muo less than 45 minit jer.
biasa ke sana makan-makan :)
Entah bila dapat jalan-jalan di Muo ni huhu...ikutkan pergi balik hari dr KL pun tak jauhkan..belum rezeki nampaknya Aida :(
DeleteHi... Kalau nak join ga mrs pip , jom lah join ... As long as ada blog, boleh jer join .. Jom jom...
ReplyDeleteInsha Allah Mrs Pip. Thanks for the invite :)
Delete