Monday, 17 September 2018

Kenduri #22/18 ~ Aqiqah Rayyan



Dari Dungun kami singgah bermalam di Temerloh. Esok harinya, Awal Muharram ada jemputan dari mama Rayyan untuk kenduri aqiqah Rayyan. Kalau tak kerana kenduri ni, tak sampai lah agaknya ke rumah orang tua kawan Umi ni. Time mamanya kahwin dulu tak dapat jemputan. Maklumlah kami belum kenal pun lagi :p


Sedapnya alahai kari kambing ni. Depa masak sendiri lauk pauk untuk kenduri ni. Itu yang lagi sedap agaknya sebab family kawan Umi ni handal memasak. Pernah buka restoran kalau tak silap. Bisnes sambal hitam pun ada juga member ni buat dengan Abang dia. 


Since kami bermalam di Temerloh,  sempatlah meronda sebelah pagi tu. Tak sah kalau tak ke tepi Sungai Temerloh tu kan. Nak ambik gambarlah tujuannya hehe... Breakfast di food court sebelah sungai tu. Allahu, punyalah mahal foodnya :( 

Lepas kenduri terus balik KL. Alhamdulillah smooth je perjalanan. Adalah sangkut sikit menuju tol Bentong and Gombak but alhamdulillah selamat semuanya itu yang penting. 

2 comments:

  1. wah sampai termerloh ya..kampung saya dekat lanchang dekatlah dengan temerloh tu

    ReplyDelete
  2. Ala, tak berjodoh kita. Kalau tak entah2 dah sampai kampung mama :D

    ReplyDelete