Friday, 21 September 2018

Kenduri #19/18 ~ Cantik tarikh wedding Nuzul (NK) 💝


Ramaikan yang kahwin tarikh 18-8-18 hari tu... Termasuklah NK dan pasangannya, Z. Wedding depa diadakan di sebuah lokasi yang cantik di atas bukit, DZ Homestay di Jenderam Hilir. 

Cantik homestay ni, ala-ala resort. Kalau nak buat training/retreat/family day nampak macam ada facilities yang lengkap; surau, dewan makan dll. 



Tak perasan tertekan mode B&W dekat camera. Ginilah hasilnya :D 

Selain excited nak raikan pasangan mempelai kami bersemangat nak ke kenduri NK ni sebab tak pernah sampai ke Jenderam Hilir. Ingatkan jauhlah sangat rupanya atas sikit je dari Teras Jernang, Bangi tu. Thanks to Waze, senang jugaklah jumpa tempat ni. 

Melihat pada jemputan, katanya kenduri ringkas meraikan pengantin, usai solat zohor. Dengarnya macam kenduri kesyukuran kecil-kecilan je. Rupanya meriah sungguh kendurinya. Tetamu ramai, makanan pelbagai jenis; nasi putih, nasi kerabu, bihun sup, laksa, kuih muih berjenis-jenis... Air pun sejuk panas 2-3 perisa/jenis. 

Sup daging ni sedap sangat. Mula tu Umi makan dengan nasi putih, lepas tu repeat. Ratah je :) 

Laksa/bihun sup di pek macam pasar malam tu, siap dengan segala aksesorinya. Tinggal tuang kuah je. Senang. 


 Nak jumpa pengantin pun kena beratur! Ramai sangat kengkawan dia nak bergambar. Sekarangkan semua orang ada smart phone, masing-masing nak selfie lah, wefie lah. Umi selit je mana yang sempat. Itupun bergambar dengan ex-officemates je w/out pengantin. Tak kuasa nak beratur haha... Janji dapat jumpa pengantin. 

Jauh Walid parked keta kat bawah bukit tu. Umi tunggu kat atas takut keta tak larat naik. Terlebih muatan 😂😂😂 


Tahniah untuk keduanya. Moga beroleh rahmah, mawaddah dan sakinah dalam rumahtangga yang dibina. 


No comments:

Post a Comment