Sunday, 2 September 2018

Cerita Hari Merdeka



Yang best bila cuti umum bersambung dengan weekend ni, Umi bolehlah minta tolong Walid & the boys bersihkan rumah hehe. Jumaat cuti hari kebangsaan tu pakat kena kerahan tenaga haha... Mop lantai, cuci kipas, vacuum semua Umi outsourced kat depa. Sampaikan Abang tanya "Umi buat apa? 😁😁😁

 Anak2 dah sambut hari merdeka ni di sekolah masing-masing hari khamis tu. Yang paling meriah of course lah sambutan di sekolah Kakak. Budak2 tadikakan... Buat apa pun kiut :) cuma tu lah, tak dapat nak berarak keliling kawasan kejiranan macam Angah dulu sebab tak cukup tenaga. Ada cikgu yang ada hal pagi tu. 


Abang & Angah pula hari khamis tu tak masuk kelas pun. Sekolah buat macam-macam aktiviti; pertandingan mewarna, menulis esei, sajak dll. Pertandingan menyanyi pun ada! Angah joined pertandingan mewarna. Abang pula masuk esei. Punyalah excited dia sebab Cikgu kata ada hadiah wang tunai untuk pemenang. Dia janji mak belanja kami pergi Legoland kalau menang haha... Tapi takde rezeki untuk dia menang. W/pun tak menang, dia tetap dok ungkit pasal hadiah wang tunai yang Cikgu janji untuk pemenang tu. Rupanya pemenang tak dapat pun duit hehe...dapat stationary set kalau tak silap. 

Moga dengan sikit sebanyak pendedahan yang diberi dapat menyemai rasa cinta pada negara. Kakak & Angah memang tak faham lagi tapi Abang dia dah banyak tahu pasal sejarah kemerdekaan negara.  

Selamat Hari Merdeka ke 61! 


9 comments:

  1. wah ada sambutan hr kermdekaan kat sek.. sek anak sy tak buat, tak kena timing gan cikgu2 balik kampong hehehee

    ReplyDelete
  2. memang meriah tengok anak2 sambut hari merdeka ni, nak pulak bermacam2 pakaian yang ibu bapa reka gunakan bendera comel sangat tengok

    ReplyDelete
  3. Tudung bendera:)comey jer..
    Akk bawa budak tadika sambut merdeka kt dataran masjid putra jaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bolehlah amik idea utk anak2 tadika akak. Simpan next year hehe..

      Delete
  4. Wah! meriahnya sambutan hari merdeka mereka.
    Sayangi Malaysiaku :-)

    ReplyDelete
  5. ehehehe kanak2 ni awat comel2 sngt. kalo budak2 memang depa suka dress up macam ni. ritu nampak budak2 sek rendah baju kemain comel2. ajar sek men macam CT ni uhuk.. susah sket nak soh budak pakai cemni. depaaa malu =P

    ReplyDelete