Sunday 6 May 2018

Hari Sukan SRAI 2018



 Hari sukan kakak dah setel. Turn abang-abang pulak bersukan. Bermula rabu last week hari-hari depa pakai baju sukan. Ada je acaranya setiap hari tu; latihan, cross country, perbarisan, sukaneka, tarik tali dsbnya. ... Semua  acara ni dibuat di sekolah je kecuali acara balapan dan perbarisan. 


Untuk sukaneka parents pun dijemput sama. Tapi tak ramai yang hadir sebab mostly ambik cuti untuk acara kemuncak the next day. Khemah pun tak dihias tahun ni sebab takde markah khemah tercantik. Markah untuk disiplin je. 

Angah in action. Dapat tempat ke-2.



Abang ready nak ke padang untuk final tarik tali. Dia joined sekali group cikgu, tapi kalah hehe...

Hari khamis paling best, acara kemuncak diadakan di stadium UIA. First time combined tahap 1 & tahap 2. Sebelum-sebelum ni tahap 2 je yang ke stadium untuk acara balapan. First time juga kami dapat tengok perbarisan rumah sukan. Memang gempak. Cikgu-cikgu semuanya sporting & creative belaka. Tema perbarisan ialah kepahlawanan, sesuai dengan nama rumah sukan masing-masing; perwira (biru), pahlawan (merah), pendekar (kuning) dan panglima (hijau). 

Pendekar

Panglima 

Acara perbarisan yang dinanti-nanti... 


Rumah hijau. Gaya macam al qassam tapi tak cukup semangat. Demam kata emcee 😁


Rumah biru paling gempak. Tema star wars, future warriors. Yang pakai costume Darth Vader tu cikgu tau! Sporting habis 
👍👍👍


Rumah merah paling semangat & berdisiplin. My personal choice untuk perbarisan terbaik tapi of course lah rumah biru menang. Semangat team merah nyanyi & buat performance. 



Rumah kuning pun Umi suka. Mascot Rimau tu cute betul. Adik terjerit-jerit panggil Rimau sebab dia familiar dengan Rimau mascot sukan SEA hari tu. Si Rimau ni pun mesra je. Lambai sana lambai sini. Tapi lepas perbarisan tu terus hilang. Tak dapat nak bergambar hehe... Ke dah buka costume sebab panas 😊

Abang bidan terjun untuk acara 4x100m... Dah la bidan terjun, 1st runner pulak tu. Confirm dapat no 1... dari belakang ahaks! 

Initial standing lepas sukaneka rumah hijau highest score.
Final result rumah biru juara keseluruhan. Olahraga team biru memang handal.
No 2&3 rumah hijau & merah
Rumah kuning tempat terakhir. 



Macam kembar 😘

Hasil tuaian
. Dua untuk Abang, satu untuk Angah. 


See ya!


2 comments:

  1. Tahniah abang dan angah ! Seronoklah depa ye tak sia sia berlatih selama ni ...

    Best kalau sekolah ada event mcm ni, sebab tak payah belajo hihi

    ReplyDelete
  2. Tq auntie mom :)

    Elok lepas sukan mid term Mak! Fenin kepala Umi depa hikhik. Hat belajo semua dah tak ingat asyik tak masuk kelas je huhu

    ReplyDelete