Sunday, 18 March 2018

Gotong Royong 4 Harmoni


Idea mama Iman yang kreatif 😘
Seperti tahun-tahun sebelum ni, kelas Abang mesti buat gotong royong. W/pun dah terpisah kelas tapi ada juga yang kekal bersama sekelas. Untung Abang masih sekelas dgn Iman dan Aisyah. Mak-mak depa ni lah orang kuat bab hias kelas ni. Umi tumpang rajin depa ja hehe...

Tapi itulah, yang hadir semuanya parents 3 bijak; mama Iman, mama aisyah, mama haziq & parents saadah. Selain tu ada juga mama aufa & mama hasya. Muka baru cuma parents Harraz. Hajat nak berkenalan dengan parents lain tak kesampaian. Tapi kita pun fahamlah, masing2 ada komitmen. Perkara volunteer macam ni bukan semua orang dapat involve. W/pun tak dapat hadir, mostly dah bagi sumbangan untuk beli barang2 semua. Alhamdulillah, nampak ada kerjasama & sokongan di situ πŸ‘πŸ‘πŸ‘ 

Yang wakilkan dekat anak masing2 pun ada. Thanks mama ainnur & mama tasnim. Selain tu, cikgu2 kelas Abang pun joined juga. 


Since anak2 ni dah besar, memang kita libatkan depa. Tolong mana yang patut :) 

Part paling disukai oleh boys ~ spray botol mineral hehe...


Cikgu kelas tengah susun botol mineral untuk bentuk nama kelas. Ada markah untuk recycle effort rupanya. 

Setiap murid kita minta bawa botol mineral sorang 5 botol. Then spray warna kuning & merah, warna keramat negeri Selangor. Kot ada extra marks πŸ˜‰




 
Suka part depa makan ramai-ramai ni. 
Siap kongsi pinggan. 

Tak cukup pinggan makan atas penutup Tupperware je 😁 tak sangka Adik pun makan sampai bertambah hehe... 


Thanks mama aisyah yang masakkan tomyam, nasi dll. Kenyang anak2 makan. Acik yang tukang senduk nasi ni juga tak dapat makan. Nasi abis huhu...

Mama ainnur yang tengah sarat tu sempat kirimkan kek pisang yang sangat sedap. Air & goreng pisang choc letops tu sponsored by mama Iman. Luv u Azie 😘

Alhamdulillah dah cantik kelas Abang. 
Tapi yang keciwanya semua lupa nak ambik gambar bila dah siap. Ikhlas bebenor buat kerja haha... Taknak tunjuk bukti hasil kerja keras semua 😜

Kelas dah cantik, belajar rajin-rajin ye anak2 semua. Umi doakan berjaya semua. Aamiin. 



7 comments:

  1. kreatifnya spray botol buat nama kelas.. sek anak sy baru buat keceriaan kelas minggu lepas..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada sorang parent ni memang kreatif & minat bab2 ni. Itu yang dapat idea tu

      Delete
  2. semoga semua anak-anak berjaya aaminn....
    ha ah. nak juga tengok hasil kelas yang dah cantik hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah Kak. Nak ke kelas diorang semata nak ambik gambar memang malas, kena panjat tingkat 4! Sayang nak bakar lemak haha...

      Delete
  3. seronok buat kerja ramai2 macam tu tapi ye lah nak bagi komitmen sepenuhnya tu kadang ada juga kekangan kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah... Kita proceed je mana yang ada kan.. Nak tunggu semua ada memang mustahil lah hehe

      Delete
  4. Bab bab gotong royong ni mmg kena tengok orang jugakkan PH... Nasiblah hakak tak de anak yg sekelas dgn anak PH, kalau tidak , harus batang hidung pun tak nampak jugak hihi

    ReplyDelete