Saturday, 24 March 2018

Al Fatihah ~ Maklang @ Toklang


Ada berita sedih dari kampung. Toklang dah kembali ke rahmatullah menjelang maghrib selesa lepas. Elok saja selesai dibacakan Yasin toklang menghembuskan nafas yang terakhir. Pergi di bulan rejab yang mulia pada usia lebih 80 tahun. 


Toklang ni kakak kepada Tok. Depa dua memang rapat. Sebab tu bila dengar Toklang dah uzur sangat, makan minum pun dah tak boleh, Tok gagahkan diri balik juga ke kampung ziarah dan teman Toklang. 

Toklang yang Umi panggil maklang ni mak saudara Umi yang paling rapat. Sejak kecik kami dah terbiasa jadikan rumah maklang sebagai rumah kedua kami. Asal hari minggu, Tokwan (arwah Pak) akan bawa Umi & Tok ke rumah maklang. Bonceng motor Pak. Kalau Tok masak special sikit pasti akan dikirimkan juga kepada maklang. Kuih tepung talam dah dikira special time tu. Maklumlah orang susah... Bukan selalu dapat buat kuih macam ni. 

Time Umi sekolah hinggalah masuk U toklang yang banyak tolong especially bab duit. Bila sesak, Tok akan pergi ke rumah Toklang untuk pinjam duit. Jika banyak (ratus-ratus) Tok akan cagarkan gelang pusakanya pada Toklang. Bukan Toklang minta tapi Tok nak buktikan dia akan bayar duit yang dipinjam tu. Manalah tahu jika ada apa2 yang terjadi, tidaklah bermasam muka adik beradikkan... Kebetulan Toklang kahwin dengan Wan Haji, orang berada (pada skala orang2 susah di kampung kami) jadi hidup Toklang tak susah macam Tok. Malah, Wan Haji sendiri yang galakkan Toklang bantu adik beradik dia. 

Setianya Toklang pada Wan Haji hanya Allah saja yang tahu. Sejak kesihatan Wan Haji (arwah) merosot sedikit demi sedikit dari elok boleh berjalan jadi lumpuh, dari boleh melihat hingga hilang penglihatan, Toklang setia disisi setiap masa. Bangun hanya untuk khidmat diri, solat dan makan. Berbelas tahun juga Wan Haji sakit sebelum meninggal 2-3 tahun lepas. Selamat itulah Toklang mengabdikan dirinya untuk berkhidmat pada suaminya. Lama kelamaan Toklang bagaikan hilang diri sendiri. Dunianya hanya Wan Haji. Dari seorang yang mesra, ramah Toklang jadi pendiam dan hostile. Agak Umi dia mengalami depression. Semangat Toklang bagaikan hilang terus selepas kematian Wan Haji 

Bulan puasa tahun lepas kalau tak silap Umi, Toklang jatuh tersepak bucu tangga. Sejak dari hari tu Toklang dah tak mampu berjalan. Hanya mengengsot atau dipapah untuk kemana-mana. Toklang makin 'jauh' dalam dunianya. 

Dan tanggal 2 Rejab/20 Mac Toklang pergi untuk selama-lamanya. Moga Allah mengampunkan dosa2 Toklang, merahmatinya serta menempatkan arwah dikalangan para solihin. Aamiin. 

9 comments:

  1. Alhamdulillah pergi di bulam yang mulia, banyak jasa dan kebaktian kepada suaminya, in shaa Allah husnul khatimah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penamat yang baik Kak alhamdulillah. Sakit pun tak lama. Pergi pun mudah je

      Delete
  2. Innalilla hiwainna ilahirojiun...semoga arwah ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman dan beramal soleh

    ReplyDelete
  3. Al Fatihah buat arwah....semoga rohnya di cucuri rahmat dah di tempatkan di kalangan orang-orang yang soleh..

    Salam Perkenalan Eita

    ReplyDelete
  4. My heartfelt condolences, Puan Hazel.

    ReplyDelete
  5. Alfatihah..... salam takziah utk awak Sekeluarga PH.
    Arwah ada anak tak PH?
    Lebih kurang sama cerita mcm arwah pak mertua jugaklah tu...sedih sangat kena tinggal isteri tercinta,
    Kalau awak tepung talam, mak kita rajin buat kuih lepat ubi PH, tak pun bubur kacang...mmg itulah kuih yg paling best zaman kecik .....

    ReplyDelete