Monday 17 August 2015

Memori Haji ~ Hari ini setahun yang lalu...



2 Zulkaedah 1434H

Awal kami bangun pagi itu. Malah semalaman hampir tak lena tidur krn hati gundah dan sedih nak meninggalkan permata hati kami. Dlm masa yg sama juga rasa tak sabar utk menjejakkan kaki ke tanah suci. 


Selepas menghantar Balqis ke nursery yg baru semalam dikenalinya, saya menolong Umi di dapur sedikit sebanyak. Umi menyediakan nasi lemak utk dijamu kpd jiran tetangga yg akan turut mengucapkan selamat jalan kpd kami. Jadual penerbangan kami ditukar dr jam 9.30 pg ke 4.30 ptg. Tidaklah terlalu kelam kabut. 

Bacaan doa selamat diketuai oleh Ustaz Rahman. Sambil kusyuk mengaminkan doa yg dibaca airmata saya berjuraian. Sebak nak berpisah dgn anak2. 

Perkara yg sama berulang saat bersalaman dgn anak2 dan anggota keluarga yg lain :) bila azan zohor berkumandang baru kami mendaftarkan diri, antara yg terakhir. Kami diberi tag nama, beg sandang juga sticker yg mengandungi info tempat penginapan, no bas dll. Seterusnya kami menimbang bagasi,  melalui pemeriksaan imigresen dan kesihatan. Semuanya lancar lalu kami menunaikan solat di dewan yg disediakan. 

Memandangkan kami adalah kumpulan jemaah pertama dari negeri Kedah, kami diraikan dalam satu majlis istimewa. Tetamu khas adalah YAM Tengku Temenggung Kedah, Tengku Salahuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah adinda kpd SPB Yang diPertuan Agong, bersama isteri. Setiap dari kami dihadiahkan sehelai kain sarung oleh kerajaan negeri. Usai majlis, kami bergerak menaiki bas ke lapangan terbang. Terasa istimewa bila bas kami diiringi oleh polis trafik juga lambaian ahli keluarga jemaah sepanjang perjalanan yg jaraknya hanya sekitar 1 km. 


Jam 4.58 kami berlepas ke Madinah dgn pesawat Boeing 777 diketuai oleh Kapten Datuk Nordin dgn dibantu Kapten Edy. Tidak dinafikan hati terasa cuak krn tragedi MH370 dan MH17 yg berlaku sebelumnya. Namun kami bertawakkal hanya kepada-Nya. 

Sekitar jam 9.30 kami tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammad Madinah, direct flight. Urusan imigresen sangat lancar. Begitu juga perjalanan kami dari airport ke hotel. W/pun melalui hari yg panjang kami seolah-olah tidak berasa keletihan. Mungkin kerana rasa teruja & gembira menjadi tetamu Allah mengatasi segalanya. Alhamdulillah.



Kami ditempatkan di Hotel Al-Haram yg terletak hanya 60 meter dari Masjid Nabawi. Saya ditempatkan di suite 2 bilik di hotel tersebut. Saya berkongsi bilik bersama dua org warga emas, Tokyah (75 thn) dan Makcik Intan (65 thn). Bilik satu lagi pula dihuni oleh 4 jemaah dari Pendang. Mereka berenam mempunyai talian kekeluargaan. Suami pula berkongsi bilik dgn 5 jemaah lain di aras yg sama. 

Sebagai menghormati Baginda Rasullah SAW juga krn rasa rindu yg tak tertahan utk mengunjungi Baginda, kami ke masjid Nabawi malam itu juga. Klik di SINI utk catatan seterusnya.



Sebak bila terpaksa membuang susu yg dipam ke dalam sinki. Bagi ibu yg menyusu memang perlu kekuatan mental yg tinggi bila terpaksa berjauhan dgn anak kecilnya. Namun bila difikirkan bahawa kerja haji adalah satu pengorbanan berlapang dadalah. Anak hanyalah pinjaman sedangkan Dia adalah lebih patut dicintai melebihi segalanya.

Jumpa lagi insha Allah.

No comments:

Post a Comment