Saturday 8 August 2015

Memori Haji ~ keperluan yg sering terlepas pandang...


Siang tadi kami memenuhi jemputan kenduri kesyukuran seorang teman yg akan berangkat ke tanah suci bulan depan. Kami tak dapat berbual panjang kerana sbg tuan rumah beliau perlu melayan tetamu2 yg hadir ke kendurinya. 

Untuk memudahkan dia saya titipkan beberapa perkara utk rujukan. Moga ada manfaat. Saya kongsikan beberapa keperluan harian yg perlu dibawa ke tanah suci kelak, yg sering kali terlepas pandang. W/bagaimanapun senarai keperluan ini lebih relevant utk jemaah muda ( berusia dibawah 40 tahun) berdasarkan pengalaman peribadi saya mengerjakan haji tahun lepas. 

1. Minyak aromatherapy @ losyen
Saya sangat gembira bila sahabat saya, KJ menghadiahkan set aromatherapy yg mengandungi sabun, bath foam & minyak sebelum berangkat ke tanah suci. Minyak aromatherapy ini saya gunakan setiap malam sblm tidur. Bila berjauhan dgn anak ketika itu saya jadi susah utk tidur. Puas pusing kiri kanan baru lena. Minyak aromatherapy ni sekurang2nya membantu memudahkan kita tidur. Selain tu losyen juga elok disapu terutamanya pada kaki sbb kita byk berjalan disana. Dapatlah menghilangkan lenguh2. Saya bawak losyen baby Balqis & losyen mustajab. Bagi warga emas mungkin minyak angin lebih sesuai.

Hadiah yg sgt sesuai utk bakal haji

2. Panty liner & pad
Benda alah dua ni ada dijual di sana tapi harganya lebih mahal. Seeloknya bawak bekalan yg mencukupi terutamanya panty liner sbb kita akan sgt memerlukannya.  

3. Cangkok S
Cangkok S ni penting utk kita gunakan terutamanya di masyaier (Arafah & Mina). Jika ke toilet masukkan keperluan mandian ( berus gigi, sabun, baju salin dsbnya) di dalam plastik bag. Sangkut dipintu toilet dgn bantuan cangkok S ni. Bilik air/toilet disini bukan macam toilet di R&R kita. Ia hanya digunakan setahun sekali jadi tidaklah diselenggara dgn baik. 

4. Tali penyidai
Yg ni terpulanglah... tapi keperluan membasuh baju di tanah suci agak tinggi. Kita tinggal di sana lama jadi nak tak nak mmg perlu basuh baju. Seeloknya bawa tali utk dijadikan ampaian. Boleh aje sangkut di tangga. Tapi berebutlah he he... dobi di tanah suci dikira mengikut helaian, bukan kilo. Sehelai dlm 7-8 riyal. Kami hanya menggunakan khidmat dobi utk mencuci kain ihram B. Cloth hanger boleh dibawa atau beli saja di sana. Kalau rajin boleh saja sidai pakaian di roof top. 

Pantry yg dijadikan bilik sidai baju. Inilah gunanya tali tu ye

5. Baju tidur yg sesuai
Saya bawa 2 helai T-shirt dan sehelai seluar tidur.  Berdasarkan pemerhatian rasanya kaftan lebih sesuai utk dibawa. Kaftan kan 1-piece garment so boleh jimat ruang bagasi dan ianya amat selesa utk dibawa tidur atau dipakai waktu senggang di bilik. Kesilapan saya bawak T-shirt body fit jadi rasa segan pulak bila berkongsi bilik dgn warga emas. Seksi u! Dlm fikiran saya baju tu hanya utk dipakai tidur. Lupa bahawa bukan sepanjang masa kita berada di masjid dan bertelekung. 

6. Sport shoes
Ini keperluan penting terutama ketika melaksanakan ibadah melontar. Jarak perjalanan sekitar 8km pergi balik dari khemah ke jamrah jadi amat penting utk memakai kasut yg sesuai. Tolonglah jgn pakai kasut bertumit even 1/2 inci pun. Bagi warga tua harap anak cucu dapat belikan kasut flat utk kegunaan mereka. Sport shoe yg saya bawa jenis sarung bukan bertali mcm kasut jogging tu. 

7. Bahan bacaan
Selain buku nota haji yg digunakan semasa  kursus bersiri haji, bawalah bahan bacaan lain utk rujukan spt buku DOA, buku solat2 sunat juga buku agama lain terutama berkaitan haji. Antara buku yg kami bawa ialah buku Indahnya Hidup Bersyariat. Saya khatam buku ni sewaktu 'period' disana. Sekurang2nya boleh dimanfaatkan waktu cuti tu...selain tu saya juga bawa Quran kecik beserta terjemahan. Selesa guna Quran sendiri boleh dibawa kemana-mana. Time cuti boleh khatam terjemahannya. 

8. Makanan kering ~ sambal, serunding dsbnya
Untuk hari biasa rasanya tiada masalah bab makan minum. Menu yg disediakan kebanyakannya boleh diterima dek tekak. Kalau x lalu pun ada kafe maktab juga kedai makan berhampiran hotel. Ada juga masyarakat Pattani yg menjual makanan di kaki lima. Yg ni kena hati2 jika nak membeli sbb saya pernah terkena lauk basi. Berlainan di Arafah & Mina. Jika ada yg menjual makanan pun spt kebab & roti sahaja. Itupun sukar utk membeli sbb terlalu ramai jemaah. Demand over supply. Pihak muassah memang sediakan food spt biasa sepanjang masyaier tak perlu risau. Cuma jika ada lauk tambahan spt serunding atau sambal bilis kering lebih berselera makan. Kita perlu banyak tenaga utk ibadah melontar jadi kena makan. Pagi 10 Zulhijjah (raya haji) kami hanya disajikan dgn nasi putih dan telur rebus utk sarapan. Ramai yg tak lalu makan. Bukan cerewet tapi sbb takde sambal. Mujur teman sekhemah, Hjh Amy bawa bekal serunding & sambal bilis kering, lajulah kakjah makan :)

Hidangan pagi raya haji

9. Krim
Jika anda melazimi pemakaian krim muka, bawalah extra stock. Kat sana harga sekali ganda lebih mahal. Krim muka penting sbb cuaca di tanah suci lebih panas terutama waktu siang. Begitu juga ubat gigi, pun mahal. Berbelas2 riyal utk tiub besar. 

11. Mug air panas
Keperluan air panas agak tinggi di masyaier. Dapur pula agak jauh dari khemah. Kadang tu terpaksa berpapasan dgn jemaah lelaki. Utk kemudahan bawalah mug yg stainless steel tu supaya senang. Muassah hanya sediakan cawan plastik utk setiap jemaah. Jika ada mug stainless steel tu air lebih tahan lama panasnya dan jika saiznya besar boleh isi banyak air panas. Boleh disimpan atau share dgn rakan sekhemah. Saya kesian dgn warga emas sbb kebanyakannya teringin nak minum air kopi/ Teh tapi tak berani atau segan nak ambil air panas. Ada yg takut sesat.  Time ni la jemaah muda boleh bantu, share atau dapatkan air panas utk mereka.

Banyak lagi yg ingin saya kongsi. Insha Allah ada kesempatan saya coretkan. Jika ada personal enquiries please leave your comment and email address. Insha Allah saya bantu mana yg boleh. 

2 comments: