Monday 12 January 2015

Abang Darjah Satu


Encem tak Abang?
Ramai cakap nampak macam budak darjah 4@5...hehe

Ini pula gambar dalam kelas...
Curi2 tangkap gambar dia dalam kelas.
Nampak steady je sampai Umi jengok pun dia tak perasan

Alhamdulillah bermula fasa baru dalam hidup Abang. Hari ni Abang mendaftar sebagai pelajar tahun satu. Semuanya mudah bagi Abang. Bangun awal, terus mandi dan solat subuh. Harap ianya berpanjangan menjadi tabiat baik utk Abang. 

Abang ditempatkan di kelas kedua. Untuk minggu orientasi ni pelajar dibahagikan mengikut abjad pangkal nama. Sudahnya kelas Abang hanya mempunyai tiga 'kuntum' bunga! Kebanyakan pelajar lelaki berpangkal nama Muhammad/ Mohd... huruf M... sebab tu majoriti pelajar lelaki :) rabu ni akan diadakan ujian utk tentukan kelas. Saya tak kisah je kelas mana pun... Abang pun baru darjah satu.

Stationary set ni hadiah dari maksu dia. Saya hanya beli pencil box je.

Memandangkan Abang anak sulung, kebanyakan peralatan dan pakaian sekolahnya semua yg baru. Rezeki dia.... harapan saya semoga dia menggunakan segala kemudahan yg kami sediakan dgn baik dan rajin belajar. Macam Umi dan Walid dulu2...:)


Alhamdulillah yuran dan buku-buku latihan semua dah setel. Buku teks je belum diperoleh. Insha Allah dalam minggu ni juga. 

Good luck Abang!

4 comments:

  1. wah...dah besar abang! smg membesar menjadi anak yg soleh, berjasa kepada agama dan negara...amin...

    ReplyDelete
  2. Salam Pn.
    Kami sedang mendapatkan maklumat mengenai SRAI. lalu terjumpa blog puan. Lihat di entry blog. Pn tinggal di Gombak.
    Adakah ini SRAI SC?

    ReplyDelete
  3. tgh cari entry anak darjah satu ni..heheee

    ReplyDelete