Wednesday, 21 January 2015

Cara mudah susun buku sekolah anak...


Bila Abang dapat buku teks minggu lepas, saya sangat teruja untuk 'mengerjakan' buku-buku tersebut - balut, tulis nama dsbnya. Ada beberapa buah buku yg masih elok berbalut jadi mudah sikit kerja saya. Cuma bab menulis nama tu yg lotih den! Bukan sekadar buku teks (akademik & agama) yg berbelas2 buah, dgn buku latihan lagi utk hampir setiap subjek juga buku kerja dan buku tulis. Lenguh tangan mokcik. Tahun depan saya dah usulkan dekat Bang-aji utk buat cop nama Abang. Senang & cepat gitu.

Sedang elok saya bertungkus lumus dgn buku2 Abang tu, kawan baik saya, Shad wasap satu gambar cara mudah utk susun buku anak2 ke sekolah. 


Alang2 dah ada good idea macam tu terus saya follow. Tapi saya upgrade sikit dgn menambah label (numbering) mengikut aturan subjek setiap hari. Tidaklah nanti Abang terkial-kial mencari buku dlm beg sekolahnya. 

Macamana nak buat tu?
1. Balut buku dgn wrapper plastik spt biasa
2. Ambil kertas warna/sticker berlainan warna (5 warna). Satu hari satu warna (isnin - jumaat)
3. Potong kecil2 dan lekatkan di atas wrapper plastik tadi dgn menggunakan double-sided tape. Labelkan mengikut subjek. Contoh hari isnin color codenya warna pink. Subjek pertama BM. Tulislah 1. Saya bahagikan pula buku teks (a) dan buku latihan (b). Saya tak lekatkan terus di kulit buku bimbang buku akan rosak jika ditanggalkan label tersebut. Maklumlah buku pinjaman. Tahun depan murid lain pula akan guna buku tersebut. Jadualnya pasti berbeza dari tahun ke tahun.
4. Lekatkan tape lutsinar (selotep) di atas sticker/label tadi agar ia kemas & tidak tertanggal. 
5. Setiap hari ambil buku mengikut kod warna yg sama sahaja. Susun dalam beg ikut numbering yg diberi berpandukan jadual sekolah. 



Sticker saya tak sama size... hantam sajalah labu..itu je yg ada. Huhu 


Akhir sekali lekatkan lebihan sticker tu pada jadual sekolah anak, takut lupa / keliru waktu nak susun buku.

Saya dah praktis method ni sepanjang minggu ni. Alhamdulillah sangat praktikal. 
 Jutaan terima kasih kpd pencetus idea ni. Moga Allah mudahkan urusan anda atas asbab anda telah mudahkan urusan saya :)
Barakallahu fik.

1 comment:

  1. Memang praktikal cara ni,,, tapi sehingga bulan Mei 2018 ni saja dah 3 kali sekolah tukar jadual. jenuhla Mama kena tukar sticker warna ni... :p :p :p

    ReplyDelete