Assalamualaikum
Salah satu perkara yg best bila jadi surirumah ni bila terasa je nak makan apa2 boleh terus je ke dapur buat apa yg patut. Provided that bahan yg nak dimasak tu ada di dapur :)
Hari ni saya teringin nak makan pulut kuning. Beras pulut memang ada. Biasanya kalau Mak datang rajinlah beliau masak pulut. Beras pulut yg ada tu pun lebihan Mak masak tempohari. Saya baru first time masak pulut ni. Kalau pulut tanak yg ala2 masak nasi tu pernahlah.
Pagi sebelum majlis akad nikah Anas tempohari Mak masak pulut utk sarapan. Saya observe cara Mak dan try hari ni. Mak saya takde resepi/sukatan2 tertentu. Semuanya main agak2 je. Alhamdulillah it turns out so well. Di samping pisang raja yg hanya tinggal 3 biji je saya juga buat rendang ayam. Bang-aji tak makan pulut dgn pisang macam saya :)
Sewaktu saya belajar mengaji (muqaddam & al Quran) dengan Makteh sewaktu kecik2 dulu, ibubapa kami akan sedekahkan pulut pisang jika ada antara kami (anak2 murid) yang khatam muqaddam dan mula membaca al Quran. Sekali sekala ada yg hantar pulut bersama sambal bilis. Kami makan sepinggan 3-4 orang. Hidangan special bila ada yg khatam quran. Biasanya pulut bersama ayam bakar. Nikmat betul menjamahnya.
Saya cuma kepilkan disini nota utk diri sendiri, for future reference.
1. Bersih dan rendamkan beras pulut selama +-1 jam.
2. Panaskan kukusan. Kukus pulut tadi sehingga lembut.
3. Satukan santan, garam & serbuk kunyit. Gaulkan sebati dengan pulut tadi.
4. Kukus semula hingga masak.
Al fatihah utk Makteh yg telah kembali ke rahmatullah bulan puasa lepas.

No comments:
Post a Comment