Saturday, 28 June 2014

Persediaan Menyambut Tetamu Istimewa


Ramadhan seringkali diibaratkan sbg tetamu istimewa yg datang bertandang sekali setahun. Amat bertuah jika kita dapat bertemu dgnnya. Hadirnya membawa pelbagai rahmat & berkat. Nak sambut tetamu istimewa mestilah mcm2 persiapankan?

Sebagai persediaan utk menyambut Ramadhan kali ini, seawal jam 7.15 pg kami sekeluarga bergegas ke pasar tani. Nak cari stock lauk pauk sayur mayur utk berpuasa. Orang punyalah ramai, bukan setakat jam tapi dah stuck. Saya minta hubby pusing ikut arah food court, tak sanggup nak que panjang dgn kereta berderet2 menuju ke jalan masuk ke p.tani. Better saya jalan kaki dari stuck dlm keta. Namun dlm hati saya tetap berdoa moga dapat parking yg dekat dgn p.tani. Alhamdulillah elok sampai depan restoran d'manja, ada kereta baru keluar parking. (Tip: amalkan DOA ni jika anda perlukan tmpt parking "allahumma anzilni munzilan mubarokan, wa anta Khairul munzilin". Maksudnya: Ya Allah, turunkan aku ditempat turun yg berkat, sesungguhnya Engkaulah sebaik2 yg menurunkan (sesuatu). DOA ni saya dapat dari majalah Anis. Kalau x silap ini DOA Nabi Noh. Saya selalu baca DOA ni jika nak ke mana2 yg memerlukan parking kereta; kedai, kenduri, mall dsbnya. Alhamdulillah so far menjadi. Kena yakinlah ye..dgn Allah pastinya :)

Saya hanya beli stok ikan & seafood serta sayur. Ayam x beli sbb ramai sgt org que. Setiap gerai ada 2-3 layer org beratur. Tak kuasa mokcik :) Balik rumah saya sambung kerja2 dapur. Hubby pula dgn rajinnya bersihkan rumah - vacuum, mop & cuci kipas. Kan nak sambut tetamu istimewa...


Semalam saya dah bersihkan peti ais. Puas jugaklah menyental peti ais tu. Pinggan mangkuk pun saya tukar set baru, yg beli di Langkawi hari tu. Hubby dah sound suruh tukar pinggan melamine tu, dah 10 tahun usianya. Hadiah kawin kitorg... saya ni selagi boleh guna, nak je guna. Masa nak buang tadi pun sempat tanya hubby, xmo simpan ke? Kot2 Balqis nak buat main pondok2. Hahaha...


Itu semua hanyalah persiapan luaran/material. Yang penting sebenarnya persiapan rohanikan? Seganlah nak kongsi, tapi harapnya benih yg ditanam di bulan Rejab dan disiram/baja di bulan Syaaban tumbuh subur di bulan Ramadhan ni. Insha Allah.

Salam Ramadhan dari kami sekeluarga!


2 comments:

  1. Selamat menyambut ramadhan kak....smg ibadah kita diterima Allah....amin...

    ReplyDelete