Thursday, 12 June 2014

Water Dispenser Baru


Salah satu petua yg Mak saya ajar utk maintain penghasilan susu badan ialah minum air suam. Alhamdulillah berhasil utk saya. 

Kebetulan masa mencari pengganti utk kettle yg rosak, kami terjumpa water dispenser (WD) eletrik jenama Pensonic. Harga x sampai rm200 masa tu. Ada dua function, hot & warm water. Suka sangat2 esp the warm water function tu. Anytime dahaga tekan je keluar air suam. Air masak sejuk saya kureng skit. Lama jugak kami pakai WD ni lebih 2 tahun or lama dari tu. X ingat dah bila beli. Kedai letrik tu pun dah berpindah. Akhirnya last Thursday hayat WD ni berakhir. Langsung x menyala. Bawak ke kedai nak repair pun dah x boleh. Sebelum ni button hot water yg rosak tp function lain x terganggu. Nak ambik air panas saya ceduk je. Banyak jasa dia. Pagi2 nak buat air kat hubby x payah kalut masak air sbb hot water dia mmg ever ready & hot :). Sentimental pulak sbb sayang sgt dgn mesin ni. 

Seminggu jugaklah saya terpaksa masak air dalam periuk secara manual sblm dapat pengganti WD tu. Akhirnya malam smlm hubby ajak usha2 WD baru. Masuk kedai ketiga baru jumpa spt yg kami nak. Dua kedai lagi x jual yg dual function camni, just single function i.e. for hot water je. Brand Morgan. Saya x pernah dgr brand ni tp salesman tu kata OK. Ada warranty 2 tahun so oklah. Lagipun nak xnak mmg nak beli pun. Kapasiti 8L, bigger dari yg lama. Harga rm276, tawar dpt rm230. Kecek2 lagi dpt bateri remote-controller as free gift. He he.

Inilah WD baru saya;


Ini pula yang lama;


Akhir kalam, Salam Nisfu Syaaban utk semua.





No comments:

Post a Comment