Wednesday, 27 February 2013

Kasut Baru...:)



Nampak kasut tu? 
Agak-agak berapa RM ye kalau kat kedai kasut jenama XES ni ye? Saya tak pernah beli.. baru-baru ni Soo Wincci dilantik sebagai duta cum pereka untuk jenama nie kan? Agak saya mesti 'ada harga' jugak kasut nie.

Saya jumpa sepasang masa bawak Abang pergi COLORING CONTEST hari tu. Berkenan sangat sebab cantik, combination color coklat & gold. Kasut ni pun masih dalam keadaan baik. 

Cantik kan?
As the saying goes "one woman's trash is another woman treasure" sangat2 setuju...:)

Jadi, saya pun belilah.
Harga? 

















Berbaloi tak?






Monday, 25 February 2013

Abang 1st Coloring Contest


Hasil karya Abang

Baru-baru ini saya bawa Abang menyertai 'coloring contest' sempena majlis jelajah Tunas. Sewaktu sampai, acara dah bermula. Luckily, Abang masih boleh join. Dapat goodie bag - selain air kotak dan sweets, ada juga sekotak pensil color. 


Bertambah semangat... rasanya Umi yang lebih excited. Abang ngikut je...:) 


 Jangan tanya saya, Tunas tu apa... memang tak ambik pot pun, gigih bagi semangat kat Abang...over-excited pulak umi dia...:) Tak harapkan menang pun, yang penting exposure dan experience yang dia dapat. Itu yang saya nak provide dia, maklumlah zaman mak nya tak merasa semua nie. Hujung minggu tolong bonda kutip getah sekerap kat kebun je...:)

Gerai-gerai jualan turut disediakan. Memang meriah



Para ibu bersemangat memberi sokongan kepada jualan amal yang diadakan. Maunya idak, baju kurung sepasang RM10 je..

Anak-anak Pasti sedang berhempas pulas menyiapkan tugasan

Abang sedang tekun

 "Umi jangan bangun, duduk sebelah Abang"... sampaikan saya nak betulkan kedudukan pun dia tak bagi. Kena duduk dekat-dekat betul...

Rambut hijau, kulit merah... adakah Abang sedang membayangkan alien? Hehehe

Yeah! Dah siap

Untuk lebih menyakinkan dia, saya minta dia sendiri hantar kepada Urusetia. Bila diminta mewarnakan rama-rama tu, dia cakap "tak mau, dah tak larat". Masa yang diperuntukkan 1 1/2 jam, tapi Abang siapkan dalam masa 40 minit je. Biasalah budak-budak, mana dia nak duduk setempat diam-diam kan.


Hafiz Hamidun & Ustaz (tak ingat nama) sedang menghiburkan penonton dengan sembang santai

Uish, nape ngan gambar nie? Kita citer next entry k
Abang menang ke? 
Entahlah...
kami balik awal...
hehehe

Sunday, 24 February 2013

It's My Birthday!


Hadiah dari ofismate saya, Mrs Amir. Tqvm dear!

Walaupun umur dah 3 series, tapi bila tiba bab2 birthday nie memang excited... especially bila melimpah ruah doa dan wishes dari kawan-kawan samada SMS atau FB, rasa sangat special w/pun sekadar untuk 1 hari..:). Alhamdulillah, I'm truly blessed, syukur atas nikmat kurniaan Allah.

Antara best wishes saya untuk tahun nie (untuk kenangan suatu masa nanti):- 

"Selamat hari lahir... semoga senantiasa berada dalam keberkatan dariNya..dilimpahkan segala nikmat dan dimakbulkan ape jua yang dipohon... bertambah iman dan taqwa serta dihiasi kecantikan semulajadi.. insya Allah"

"In this wonderful and special day, let WASB be part of your friends to wish you a good health & happiness in life. Happy Birthday!" 

 Yang best, ucapan dari Elyzzmode

"Assalamualaikum...................happy birthday Cik Z... kami nak bagi hadiah dalam bentuk diskaun 30% utk sebarang pembelian di butik kami...jemput la datang...

 Nak kena ke Bangi ni, tuntut hadiah...:) 

Another interesting wish is from my beloved SIL

"selamat ulang tahun kelahiran...semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki...sy doakan semoga cpt dpt bby gurl..hehe"

Amin... memang saya nak baby girl pulak, doakan saya...:) 
 
Sementara itu, di ofis diadakan juga kenduri kecil-kecilan untuk staf yang lahir bulan February, juga January yang disambut bersama-sama. 

Menu - bihun goreng, keropok goreng, sate Kajang & semestinya kek birthday.

Sate - antara menu wajib setiap kali jamuan ofis





Choc Indulegence -  all time favourite kat ofis nie





Terima kasih banyak-banyak atas usaha, doa dan wishes kalian. Juga buat teman-teman yang mendoakan saya dari jauh dan dekat. Semoga segala kebaikan kembali kepada anda jua. 



Wednesday, 20 February 2013

Wedding Sithi Asmah & Hubby


The invitation card is accompanied by a sweet memo...:) surely we couldn't afford to miss her big day

The bride is hubby's friend. Once we were informed by her after her engagement, we are so thrilled to attend her wedding, which is scheduled on the 2nd day of CNY 2013. 

As the event getting nearer, we are worried because her wedding will be clashed with Psy's visit to Penang, to perform at the BN CNY Open House. Kami bayangkan betapa 'havoc' dan 'jam' Penang will be on that day. Mood pun tak berapa ceria actually, sebab kami pernah trap dalam 'jam' masa CNY 2011 - 8 jam from Seberang Perai to KL. Worst is I was 8th month pregnant at that time. Lenguh, sakit pinggang, boring sampai takdak words nak describe...:)

But, syukur alhamdulillah perjalanan was smooth and steady. We prepared for the worst but He gave the best for us. Niat kena betul ye...

Ok, back to SA's wedding, this time we used the infamous Jambatan Pulau Pinang because 2 days earlier we used ferry to get to the island. Remember our OUR FAMILY DAY? 

Sebaik melangkah masuk ke dalam dewan, kami sangat teruja. Memandangkan pengantin ni anak mami, jadi suasana majlis beliau sedikit berbeza dengan orang Melayu (ini observation peribadi saya, bukan fakta ye). 

Teruja saya melihat makanan telah siap dihidangkan (makan secara hidang). Ini amat menyenangkan bagi saya yang mempunyai anak kecil. Tak perlu beratur untuk mengambil makanan. Teringat kenduri-kenduri di kampung saya. Bezanya, makanan akan dihidang setelah tetamu mengambil tempat / duduk. 

Everything is curry...:)



Food dah ready, guest just pilih tempat duduk and ngap...:) 
Teh tarik ada di belakang...


The King & Queen of the Day



Kerlasss kau maria...:)

Food ready to be served

Once tetamu habis makan, waiter terus lap meja and place a new talam of food, very special.

 
Kari mamak - ayam, daging, dalca and acar limau

To both of you
Roses sweet and fragrant sent to you to say
May each hour be a happy moment for both of you

Selamat Pengantin Baru!

Thursday, 14 February 2013

Bercanda di Kebun


 

Saya panggil dusun, Hubby panggil kebun...:)
Minggu lepas kami anak beranak beserta in-laws berpiknik makan pagi di kebun Ayah. Inilah masa untuk kanak-kanak riang ber'canda' dengan alam. Saya biarkan mereka lepas bebas, buatlah apa saja. Nak main batu, pasir, kayu mainlah nak. 

'Pondok' baru menggantikan pondok lama (pondok kayu nampak sipi-sipi tu)

Jadinya, bila sorang pegang kayu, yang 2-3 orang lagi berebut nak kayu jugak.. the coolest man on earth, of cos lil Nawfal, idak di heran abang-abang & kak Una nak berebut/bergaduh, dia dengan tekunnya menyapu daun-daun kering dengan penyapu lantai! 


Sementara anak-anak asyik bermain, saya pun ada projek jugak - petik buah limau nipis. Dapat juga sebungkus kecil, cukup untuk stok 1-2 minggu. Jimat duit...:) 


 

The best part was when Tok Ayah angkut sorang demi sorang cucunya dan dimasukkan dalam tangki air, rendam dalam tu! Then sangkut paip air atas pokok, mandi la puas2.. then pakai kain sarung & kain batik tok umi & tok ayah sebab masing-masing tak bawak baju salin. Anak dara sorang tu pakai baju labuh je, seluar tak pakai..LOL! 

Ish, manalah mak ayah diorang nie?

Nampak tu? Bibik atas pokok belimbing buluh, sedang memetik buahnya yang ya ampun, sangatlah lebat. MIL kat bawah pegang tangga.. cayalah...:)


Wednesday, 13 February 2013

Nasi Arab



Saya ditugaskan untuk menyediakan nasi arab (nasi mandy) semasa hari keluarga kami tempohari.  Saya abadikan resepi yang saya cedok dari dapur I Resepi.Net.
Terima kasih banyak kepada empunya resepi. 

Bahan-bahan ( 7 orang makan )

  PENYEDIAAN STOK TULANG UNTUK NASI
    * 1 1/2 kg tulang lembu/kambing yang ada daging
    * 15 biji buah pelaga
    * 15 kuntum bunga cengkih
    * 15 biji lada hitam
    * 1 sudu kecil jintan putih
    * 1 biji buah pala (diketuk)
    * 3 helai
bay leaves a.k.a Daun Salam
    * 1 inci halia (diketuk)

      PENYEDIAAN NASI
    * 3 cawan beras basmathi
    * 3-4 cawan stok tulang (bergantung kepada jenis beras basmathi)
    * 2 sudu minyak sapi / mentega / minyak zaitun
    * 1 labu bawang besar yang besar (potong dadu)
    * 1 biji tomato yang kecil (potong dadu)
    * 4 biji buah pelaga
    * 4 kuntum bunga cengkih
    * 5 biji lada hitam
    * garam secubit

Caranya:- 
  1. Rebus tulang dan daging sehingga empuk bersama rempah ratus, bay leaves/daun salam dan halia. Tapis, ambil stok dan tulang dan daging.
  2. Tumis bawang besar bersama minyak sapi / mentega / minyak zaitun sehingga layu. Masukkan rempah ratus, garam, beras basmathi dan stok tulang.
  3. Masukkan tulang dan daging. Biarkan sehingga mendidih lalu masukkan tomato yang telah dipotong dadu.
  4. pindahkan ke periuk nasi elektrik. (Kalau nak biarkan kat dapur gas pun tak mengapa.. masak nasi sehingga masak). Bila sudah masak, bolehlah titik pewarna kuning. Kalau tak nak pun tidak mengapa.
  5. Hidang nasi bersama Salata , telur masin, acar timun atau sebagainya.. Selamat Menjamu selera nasi mandy Lahm(Daging)

     PENYEDIAAN SALATAH
    * 2 biji tomato
    * 2 cili merah
    * 1/2 biji bawang besar
    * sedikit daun ketumbar
    * lemon
    * garam & gula secukup rasa

Untuk salatah , kisar kesemua bahan kecuali garam, gula dan lemon (kisar tanpa air). Apabila sudah hancur, masukkan gula dan garam secukupnya bersama perahan lemon.

Hasilnya?

Nasi Mandy


Salatah - cair sikit sebab terkisar dengan air, patutnya blend kering ye...

Mixed salad - zuchini, tomato & salad sebagai additional menu

Sup Ayam - prepared by my beloved biras bongsu

Ayam goreng & jelatah tu bukan original set untuk nasi arab, tapi memandangkan kami sangat kreatif makanya ditambah sekali dalam menu (ayat cover..:)

 Sebenarnya takut lauk tak cukup...:)

Tuesday, 12 February 2013

'Our' Family Day 2013


'Our' Family Day 2013
8 & 9 Feb 2013
Batu Feringghi, Penang

Penang here we come!

Tergelak besar En Hubby bila saya tunjukkan itinerary family day yang dikirim oleh Uda - senarai aktiviti, menu & PIC. "Hebat, siap ada itinerary..." kata En Hubby sambil tersengih. Ini kali kedua kami akan berhari keluarga. Tahun lepas kami ke Darul Aman Golf Resort.. Tahun ini kami memilih Penang.

Day 1

Makanya, di pagi Jumaat yang mulia kami sekeluarga bertolak ke Batu Ferringhi. Alhamdulillah, perjalanan lancar w/pun banyak kenderaan. Singgah di R&R Sg Perak untuk bersarapan. Sekitar jam 11 kami sampai di kampung saya, turunkan mak dan meneruskan perjalanan ke Penang. Masa nie, telefon suami kerap sungguh berbunyi. Sekejap FIL, sekejap MIL, sekejap lagi BIL, bertanyakan lokasi kami. Aduyai.. Perjalanan hanya akan mengambil masa 1 1/2 jam, tapi suami bajet 3 jam sebab tu dia risau semacam. Nak kejar solat Jumaat katanya.

Kadar tambang - masa datang 5 tahun lepas lagi murah rasanya.. rupanya tambang dah naik since 1 May 2005. Patut...
 Pst..pst.. untuk masuk ke Penang (pulau) kita hanya dikenakan caj sekali sahaja - s/ada naik feri atau jambatan. Saya baru tahu...Anda?

By 12.30 kami sampai di Butterworth, terus ke terminal feri. Kali terakhir saya ke Penang 5 tahun lepas. Perkhidmatan feri lebih cepat dan tersusun rasanya. Seingat saya, dulu-dulu sangatlah lama menunggu giliran naik feri. Kali ini, tidak sampai 1/2 jam pun. Or 15 minutes to be exact, i think.

Nasi Goreng Pattaya with Ayam Goreng Berempah - chef Umi

We reached the pulau at a wrong time, lunch hour and solat Jumaat break. It was a massive traffic jam but fortunately Hubby managed to perform solat Jumaat. For ladies and kids we had a picnic at a nearby beach. It was a hot but fun session! The kids were having their 'beach time' di bawah terik mentari jam 1.30 t/hari. LOL!

After lunch we drove to our apartment. Zzz............ We were separated to 2 groups. 2 families including MIL and older BIL stayed at level 5. Stok makanan semua with MIL. Bangun tidur everyone was hungry including the kids - serbu bilik Umi "kami datang nak makan!" Hahaha..

Then we brought the kids for swimming. This is definitely Mak Uda's & Mak Ngah's (its me...:) session. Kids were watched by Hubby so me and Uda conquer the adult pool. Lupa anak2 masa ni, asyik terapung atas air...:) Very relaxing.

3 sepupu sedang menunjukkan skill lompat-terjun-masuk kolam

Other than the stretch of beautiful sandy beach, Batu Feringhi is also famous for its' night market (uptown market). Kami hanya menjamu mata coz the items are just common - clothes, bags, toys etc. Nothing special for me, personally.

Abang muncung masa nie, nak pelampung tak dapat. Habis ditarik tangan Tok Umi minta belikan pelampung. Mahal naa anak oi, RM20 satu. Kalau 5 orang cucu Tok Umi, melayang la RM100...:)

Day2

We started our day early today. We plan to have our breakfast at the unit and then have fun at the pool. But older BIL has to leave early, so we changed our plan. We had our breakfast by the beach instead. Menu for today was spaghetti bolognese served with udang bakar (last nite's left-over), begedel and tea. 


Mamu Baim & his beautiful partner - Wahidah
 
Then we rent a boat to get around. We event made a stop at Teluk Bahang to get petrol. Our boat was nearly run out of petrol so we stopped there while Mamu Baim (the boat owner) get the petrol. He took RM75 for the 30-minutes ride. It was an awesome and meaningful trip because all of our family members were there. 

Kampung Nelayan Teluk Bahang

Then, we went back to our apartment and the kids continue their aktiviti mandi-manda. For me, I was assigned to prepare lunch and the menu was picked - Nasi Arab. At has to be ready by 12 because we were asked to vacant the unit by 12.30. By 12 it was DONE. Next stop is Taman Rimba Teluk Bahang for another trip of picnic. Older BIL already left with his family. After makan-makan we left for Alor Setar - makan nasi minyak pulak.

There goes our family day this year.