Monday, 30 April 2012

KL Book Fair 2012

Anda sudah mengunjungi KLIBF 2012 yang sedang berlangsung sekarang sehingga 6 Mei 2012 di PWTC? Satu acara yang tidak patut dilepaskan.

Sementelah ada rakan yang bertugas di sini, maka saya pun mengambil kesempatan untuk menghadiri acara besar yang sentiasa ditunggu-tunggu saban tahun. Sungguh kali ini sambutan memang luar biasa. Manusia pelbagai peringkat usia berbondong-bondong dengan tujuan masing-masing. Untuk pelajar sekolah mereka mendapat lebih diskaun, sesuatu yang amat mengujakan. Bagi pegawai pustakaan atau kedai-kedai buku mereka mencari stok baru dengan membuat 'listing' atau pre-order. Bagi individu, terpulang pada citarasa masing-masing, pelbagai genre buku tersedia untuk anda. Hanya sediakan ongkosnya!

Ini bukan kali pertama saya ke pesta buku, malah pernah mengusung Abang ke sini. Tapi, pengalaman kali ini amat menarik. Bagi penerbit besar seperti Karangkraf dan PTS, mereka menempati dewan Dato' Onn (kalau tak silap) di bahagian bawah. Saya cuba masuk ke dalam kedua-dua tempat ini, tetapi lautan manusia menyekat pergerakan saya. Saya mengalah sementelah suasana yang amat tidak menyelesakan. Namun saya amat mengagumi ibu bapa yang muda belia yang sanggup membawa anak kecil dan bayi ke tempat 'crowded' seperti ini. Tahniah!

Bagi ibu bapa anda perlu bersedia kerana bukan hanya buku yang dijual di sini. Terdapat beberapa gerai yang menjual bahan pendidikan anak-anak seperti CD, kamus elektronik dan pelbagai kaedah pembelajaran yang canggih manggih. Saya bukan anti tetapi rimas kerana sering dikerumuni oleh promoter-promoter yang kebanyakannya terlalu agresif. Hilang mood saya untuk menjengah-jengah dari satu booth ke satu booth.

Walaupun begitu, saya sempat membeli beberapa buku yang pada saya amat menarik, tetapi mungkin tidak pada orang lain. Lain padang lain belalang...

Jangan lupa singgah di booth 3278, sesuatu yang lain dari yang lain menanti anda!
Selamat berkunjung!

2 comments:

  1. teringin nak pegi..tapi jauh dan tak berkesempatan.. =(

    ReplyDelete
  2. nak buat mcm mana, jauh sgt kan.. kalau buku masakan tu, berlambak2 cik wan..:)

    ReplyDelete