Monday 2 April 2012

Ilmu Itu Luas

"Katakanlah (Muhammad) seandainya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, maka pasti habislah lautan itu sebelum selesai (penulisan) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula)" {Al Kahfi 18: 109}

Ilmu itu hadir dalam pelbagai rupa dan bentuk. Proses pembelajaran itu juga berterusan, sifat ilmu itu seperti air yang mengalir. Sentiasa jernih dan bersih dan memberi manfaat. 

Diberitakan juga orang yang berada dalam majlis ilmu itu laksana berada di taman syurga. Subhanallah... Seronokkan, dengan malaikat juga dikatakan mengibarkan sayapnya untuk menaungi orang-orang yang menghadiri majlis ilmu.

Saya sangat berbesar hati dan gembira berjaya menghadirkan diri (pastinya dengan ketentuan Allah) dalam dua majlis ilmu yang sangat istimewa. Jangan pandang ilmu itu hanya berbentuk akademik atau ilmu ukhrawi, tetapi pandang ilmu itu sebagai sesuatu yang amat luas, sejagat serta pelbagai.

Majlis Ilmu 1: Kursus Asas Fotografi Digital

Kursus intensif mengenai kefahaman teknikal fotografi digital.
Dengan kefahaman asas teknikal yang kukuh, anda akan dapat merealisasikan imaginasi fotografi anda dengan mudah.

Tarikh : 30 Mac 2012
Hari : Jumaat
Masa : 3.00 pm
Yuran : Waived
Tempat: Bilik Meeting CE

Syarat : Bagi yang belum ada asas fotografi, juga mengalu-alukan peserta separa mahir.
Ada kamera bole bawa. Kamera akan disediakan bagi yang tiada.

Nota & Biskut disediakan! Eheheee..

Sila sahkan kehadiran anda sebelum jam 11pagi esok.

Pihak penganjur berhak untuk membatalkan / meminda program ini jika terdapat kesulitan.

Begitulah bunyi email yang dikirim oleh 'official photographer' CESB. Teruja! Sementelah saya memang minat dengan bidang fotografi maka berkobar-kobarlah semangat saya. Suatu pengisian yang sangat bermanfaat oleh Sdr Hasmi, the owner of underoneroof.com. 'Adik' saya ni seorang photographer pro, selalu ambil gambar orang kawen, event etc. So sangat excited untuk menimba ilmu dengan beliau. 

Rupanya dengan compact camera seperti milik saya tu juga boleh mengambil gambar yang power. X payahlah beli DSLR (ayat orang xde duit..:). Yang penting kita perlu memahami fungsi kamera, teknik dsbnya. Tapi 'masak' jugaklah kami petang tu, dengan shutter nya, aperture, ISO dll... complicated jugak rupanya...Namun, ianya satu pengisian yang berbaloi.

Siap dengan nota, TQ Mi

Pening kepala cek, rasa macam masuk kelas akademik plak...:)
Majlis Ilmu 1: Bengkel Penulisan Islami - Strategi Menulis Buku Umum dan Popular

Saya mendaftarkan diri untuk mengikuti bengkel di atas yang dianjurkan oleh FPSB. Kursus dikendalikan oleh Ust Pahrol Mohd Juoi. Beliau adalah penulis kegemaran saya, kerana karya beliau selalunya dekat dengan masyarakat. Beliau menyentuh hati pembaca dengan metafora dan analogi yang mudah, tepat dan ringkas, senang untuk difahami. 

Saya mengenali beliau lewat tulisannya di dalam majalah Anis. Kemudian, beliau bersama majalah Solusi, saya masih setia dengan karyanya. Kesempatan menadah ilmu dengan tokoh seperti beliau amat2 saya hargai. 

Penyampaian beliau yang bersahaja, diselang seli dengan tontonan video tidak membosankan langsung. Terasa seperti mendengar ceramah agama pun ia juga kerana beliau bijak mengadunkan penyampaiannya. Lenggok bahasa yang ringkas tetapi penuh bermakna amat mengesankan. 

Ustaz Pahrol sedang menyampaikan ilmunya
Semoga mutiara ilmu yang dikutip dapat digilap untuk manfaat sejagat. 

Jumpa lagi!

1 comment:

  1. like!

    teruskan lagi mendapatkan ilmu utk dikongsi bersama!

    ReplyDelete