Thursday 15 March 2012

Roti Arab ala Melayu


Salah satu sifat MIL yang saya kagumi ialah usaha beliau untuk belajar dan mendapatkan resepi-resipi terkini sekiranya sesuatu yang belaiu makan sedap dan lazat. Beliau akan berusaha mendapatkan resepi tersebut dan memasak untuk keluarga. Luv u Umi!

So, hari ini saya nak kongsikan satu resepi minum petang/makan pagi yang saya dapat dari MIL. Kalau nak buat menu makan malam pun terpulang.

Bahan-Bahan (roti arab)
1 kg tepung gandum
1 paket yis mauripan
1/2 cawan minyak masak
3/4 cawan gula
2 cawan air (masukkan sedikit -sedikit agar doh tidak terlalu lembik)

Cara-cara memasak
1. Gaul kesemua bahan di atas sehingga sebati kecuali air. Air perlu dimasukkan sedikit demi sedikit untuk memastikan doh tidak terlalu lembik/pekat. Uli sehingga sebati - sehingga doh boleh di pintal2 atau di tarik2 (kenyal). Sekiranya doh terlalu lembik, tambah tepung gandum.

2. Rehatkan doh di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 1/2 jam

3. Sediakan papan lenyek / talam etc yang sesuai untuk melenyek doh. Tabur sedikit tepung gandum untuk memudahkan kerja melenyek. Sapu minyak masak di penggelek agar lebih mudah menggelek doh.

4. Keluarkan doh. Ambil sedikit doh (ukuran seperti roti canai sebelum di tebar) dan letakkan di atas papan / talam etc untuk dilenyek/dileperkan.

Sepatutnya bulat dan cantikkan doh sebelum dileperkan untuk mendapatkan rupa roti arab yang cantik. Saya x sempat nak bulatkan lawa2, Opal dok keluar masuk dapur sehingga mengganggu konsentrasi chef.
5. Leperkan doh (kedua-dua permukaan).
Kalau chef pro roti ni akan jadi bulat cantek tapi sebab saya budak baru belajar, ginilah rupanya...:)
6. Panaskan minyak dan goreng. Kaup balikkan roti di atas api agar menjadi kembung. Angkat bila dah 'golden brown'
Nampak tak roti tu merekah-rekah, itu maknanya roti tu kembang/kembung/naik dengan sempurna (abaikan bentuk yang pelbagai tu ye)
7. Enak di makan bersama kari ayam, sardin dsbnya dan di makan sewaktu masih panas-panas. 

Untuk resepi kari ayam, make it a simple kari. Tak perlu letak kerisik dsbnya.

1. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia yang telah ditumbuk.
2. Apabila garing, masukkan serbuk kari yang telah dibancuh dengan sedikit air. Tunggu sehingga naik bau.
3. Masukkan ayam. Gaul rata dengan bahan tumis. Ayam potong kecil2 ye
4. Masukkan santan pekat (boleh guna susu cair)
5. Kacau sebati kemudian masukkan kentang & carrot yang telah di dadu. (Elok didadukan sebab kita nak jadikan kari ini sebagai pencicah, besar2 susah nak makan)
6. Masukkan garam, sesuaikan rasa
7. Akhir sekali masukkan daun ketumbar (kari akan menjadi harum dan lebih sedap)

Pesanan penaja:
1. Sekiranya sukatan tepung di kurangkan, maka yis juga dan bahan-bahan lain juga perlu dikurangkan.
2. Minyak perlu banyak untuk membantu roti kembung/kembang dengan elok semasa di goreng
3. Boleh juga di campur cili merah, fish ball dan fish cake untuk menambah rencah kari tersebut

Selamat berhujung minggu.

No comments:

Post a Comment