Sunday, 18 March 2012

Hot Balloon Putrajaya 2012


Hampa dah kecewa. Begitulah kesimpulan yang dapat di buat berkenaan dengan acara tahunan di atas. Kami sungguh teruja membawa Abang dan Opal ke sini, semata-mata ingin melihat belon panas. Indah khabar dari rupa rupanya...:) Saya telah bekalkan diri dengan sedikit sebanyak info untuk ke sini. Tapi malangnya, segala gambaran yang ada dalam kepala sangat-sangat jauh tersasar. 

Dalam gambaran saya, belon-belon ini akan sentiasa terapung di udara. Atau dalam kata lain, langit Putrajaya akan di penuhi dengan belon-belon yang pelbagai bentuk dah rupa. Seperti tahun lepas kita ada 'Death Vader'. Begitu juga dengan suami, kami fikirkan begitu. Berbual bersama teman sekerja, itulah juga di dalam fikirannya. Yes, i noted about the balloon ride time but no for the show. We thought that the balloon will be shown throughout the day (except for raining). Rupanya, ada masa tertentu belon-belon tersebut akan diapungkan dan ada masa untuk pengunjung menaiki belon-belon tersebut. 

Seawal jam 7 pagi saya bersilat di dapur menyediakan mee goreng kegemaran Abang. Lebihan sarapan saya masukkan ke dalam bekas untuk di bawa ke Putrajaya. Saya bayangkan kami akan berpiknik di tepi Tasik Putrajaya sambil melihat belon-belon di udara! 

Lebih kurang jam 12 t/hari kami bertolak ke Putrajaya. Seperti di rancang, kami singgah di Bangi untuk makan tengahari dan solat Zuhur. We have plan ok! Bukan semborono hendak ke acara ini...:) 

Kami mula memasuki wilayah Putrajaya. Masing-masing sudah tercari-cari dan tertanya-tanya. Kenapa tak nampak sebiji belon pun di udara. Sampai di Precint 2, kami sudah nampak 2 biji belon besar, the official balloon for this festival i guess. Sana sini sudah sesak dengan orang ramai dan kereta berduyun-duyun di parkir di tepi-tepi jalan. Kami sudah nampak khemah-khemah dan ramai sekali orang. Lega. Sampai juga kami ke sini. 

Tapi dalam hati, kenapa x nampak belon pun? Lepas satu 'area' ke satu 'area' kami jelajah. Tapi masih belum ketemu. Bila ditanya kepada kepada seorang polis bertugas, jam 6 baru ada belon! Ha???????????????? Saya bukan mahu naik belon, saya hanya mahu melihat belon. "Ini tidak adil" (Abdul Wahub, filem Tiga Abdul).

Kami mengambil keputusan untuk melihat-lihat sekitar kawasan - ada permainan belon/bola air, motosikal kanak-kanak dan aktiviti wall climbing tajaan Mountain Dew. Kemudian kami sempat membelikan Abang sebiji belon dan mengambil keputusan untuk balik. Saya perlu berlaku adil kepada anak-anak kecil saya. Tidak sanggup untuk kami menunggu sehingga jam 6 petang untuk melihat belon udara panas, yang katanya hanya dilepaskan ke udara setinggi pokok.




Mujur Abang tidak mendesak. Mungkin dia masih terlalu muda untuk memahami bahawa belon di tangannya hanya belon biasa, bukan hot balloon yang disebut-sebutnya berulang kali. 


No comments:

Post a Comment