Thursday, 9 February 2012

Journey of Love 1/2012 - Walimatul Urus Abg Cik (AC) D2

Seawal pagi kami sekeluarga bersiap sedia untuk bertolak ke SP. Walimah AC pada keesokan hari, jadi segala persiapan terutamanya hantaran (my responsibility) mesti disiapkan by today.

On the way to SP, kami singgah di pekan PP, kebetulan ada pasar sehari atau lebih popular dengan panggilan Pekan Khamis bagi penduduk setempat. Pekan sehari or dalam loghat utara di panggil 'nat' adalah tempat utama penduduk setempat mendapatkan keperluan makanan, pakaian dan sebagainya.

Sempat juga saya sambar selai dua tudung hari tu, memandangkan harga yang di tawarkan amat murah. 1/2 harga jika saya beli di KL. Sayang sekali, peluang begini x selalu dapat kerana pasar ini hanya beroperasi pada hari Khamis. Kalau wiken, senang sikit.  But, on the other hand, selamat duit cek...:)

Sampai SP, terus saya mulakan projek menyiapkan hantaran. I was so lucky becoz my tiny tots tidak banyak karenah. Opal merangkak sini sana nak capai bunga, Abang plak sat2 main gunting tapi semua itu tidak menghalang kreativiti dan semangat saya untuk menyiapkan hantaran ni. The reward? Hubby kata hantaran siap kita pi Pantai Merdeka. Hooray!

Warna tema merah putih. Telekung tu ai beli kat Bandung aritu, spesel untuk SIL
Nak tempah? Email cek no...:)
Pantai Merdeka is located about 28km from SP. Saya rasa kali terakhir ke PM when I was in my primary school. So, memang hilang ingatan sungguh, sepanjang perjalanan ke sana xde satu tempat pun yang saya cam. Rupa bentuk pantai tu pun dah x bole ingat. Mak kata tempat tu dah cantik sekarang, ramai pengunjung dan meriah ngan jualan pelbagai barang. Saya pun excited la, siap bawak baju salin, nak mandi manda kat pantai tu.

Welcome to Pantai Merdeka
Sampai je kat sana, sunyi sepi. Maklumlah hujan agak lebat. Dah tu plak, food court pun tutup. Orang jual2 lagi le xde. Rupa2nya kitorg pegi weekday sebab tu x ramai orang. Pantai ni biasanya meriah wiken je. Simpan je lah angan2 nak mandi pantai, nak2 plak pantai dia x best pun (personal observation) sebab agak kotor lagipun air pasang time tu.Pernah ke Morib? Macam tu la pantai dia lebih kurang.

The beach. Nampak sayup kat seberang sana tu Tg Dawai
Cuma yang bestnya ada jeti untuk kita naik bot ke Tanjung Dawai (kawasan nelayan) dari pantai ni. Tapi kami x sempat cuba sebab hari dah senja. Tauke bot pun dah balik rumah agaknya.

Sesuai untuk bercamping bagi anak2 muda
Kalau xnak bermalam dalam khemah, boleh bermalam kat resort nie uols
Memandangkan hari makin senja dan hujan bertambah lebat, kami pun balik la. Otw balik, singgah solat di masjid Tikam Batu then pekena mee udang kat satu tempat nie. I'll make a special entry for this restaurant sbb mee udang dia tersangat osem!

No comments:

Post a Comment