Monday, 27 February 2012

Expo Buku Islam 2

Saya berkesempatan mengunjungi Ekspo Buku Islam 2 yang diadakan di Putrajaya (Dewan Cempaka, Presint 3). Berhampiran Masjid Besi. Cuaca redup pada petang hari minggu amat memberi keselesaan kepada saya untuk menjamu mata dengan buku-buku yang amat pelbagai.

Saya suka melihat ramai ibu bapa muda yang begitu bersemangat membawa anak-anak kecil mereka ke ekspo buku ini, yang bagi saya sesuatu yang amat positif. Seronok melihat gelagat pasangan muda menyorong stroller baby sambil membelek buku-buku yang di pamer. Setiap orang yang datang juga pasti menjinjing plastik beg di tangan tatkala keluar dari dewan pameran. Rata-rate penerbit/pempamer menawarkan diskaun dari 10% - 15%. Ermm berbaloi...

Hasilnya, saya membawa pulang buku-buku di atas. Semoga diberi kemudahan dan kesempatan untuk mengkhatamkan kesemua buku di atas terutamanya dua kitab yang berkulit tebal itu...:)

No comments:

Post a Comment