Tuesday, 7 February 2012

Journey of Love 1/2012 - Walimatul Urus Abg Cik (AC) D1

Lamanya x update blog. Bukan suka suki xmau update blog, tapi disebabkan balik kampung so x sempat nak on laptop pun. Lagipun, balik kampung kali ni untuk meraikan perkahwinan abg cik saya. As the wedding planner, cek bz la skit.

Kami memulakan perjalanan seawal jam 7 pagi. Selalu macam tu lah kalau nak balik kampung seawal mungkin tapi bila time nak balik semula ke KL, slow je... Adatlah tu kan? Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pulak tempat bermain. 

Kami hanya berhenti untuk sarapan dan mengisi minyak. Itu pun di jajahan SG je, punyalah malas nak singgah2, nak cut short time atas hiway PLUS tu. Lagipun mak kat kampung dah janji nak masak sedap2 utk lunch.. hehehe.. 

Tis time kami ikut jalan K.Kangsar sebab dah lama x lalu situ. Uish, ada lagi satu MRSM tengah buat kat KK tu, menjadikan 4 MRSM berderet2 sepanjang jalan KK - Pengkalan Hulu. 

Perjalanan selama 5 jam itu amat2 berbaloi sebab sampai rumah je mak dah siapkan ayam bakar & pulut, special request from me. U're the best mom in the world mak! Sambil2 makan tu mak dah tanya bila nak ke SP nie? Risau betul mak ni, takut hantaran kawin AC x siap. Ala mak, rilek la. Cek dah stand by semua, tunggu nak cantum2 ja. 

Lepas makan, lepak2 pekena kopi O ngan ketupat. Memang terangkat (macam pantun la plak)..:) Petang tu kami round pekan, cuci2 mata. Then, singgah minum air kelapa kat satu gerai nie. Dah lama dok usha kedai nie, tapi selalu kami lalu nampak penuh je orang, nak park keta pun susah. Kali ni ada rezeki kami. Pekena ayaq nyioq ngan bihun sup, memang splendid beb! 

Nama warung nie Brangan Corner, specialty air kelapa. Kedai di tepi jalan besar, berhadapan FreshMart Pulai. Kalau lalu sini memang nampak la kelapa bertimbun depan gerai nie
Air kelapa, segelas RM1.50 je
Bihun sup yang sungguh marvelous
Lepas makan2 minum2 we off to my uncle's house. Ini acara wajib kami sekeluarga setiap kali balik kampung. Sampai rumah P.Cik borak2, minum teh then balik rumah mak.


There goes our day 1.

No comments:

Post a comment