Sunday, 8 January 2012

Selamat Berjuang!


Bila saya terbaca post kawan saya di FB, terpaksa berpisah dengan baby yang baru berusia setahun 3 bulan saya sungguh tak keruan. Baby masih menyusu, mamanya terpaksa melaporkan diri di maktab untuk ambil DPLI. Selama nie mamanya seorang GSTT, bila dapat peluang sebegini pasti sukar untuk dilepaskan. Lebih merisaukan hati si ibu, dia diminta melaporkan diri di Sarawak. Fuhh, memang kena kuat semangat betul. Doa saya semoga beliau dapat bertahan. Lagipun babynya dijaga oleh saudara kandung sendiri. Insha Allah semuanya akan selamat.

Kisah yang sama juga berlaku pada seorang teman yang lain, berjaya mendapat tempat di maktab perguruan setelah bertahun menjadi guru sandaran. Dalam keadaan mengandung 4 bulan, beliau terpaksa meninggalkan 4 anak yang masih kecil bersama suami demi mengejar cita-cita dan demi masa depan yang lebih terjamin. Doa saya, perpisahan dan pengorbanan mereka akan diberi ganjaran sewajarnya oleh Allah.

Sanubari saya tersentuh, sebab in whatever condition, saya selalu bayangkan andai itu terjadi pada saya.. sungguh saya lemah. Baru 4 hari tinggalkan Opal sebab outstation hari tu saya dah sasau, ini kan pula terpaksa berpisah dengan anak untuk setahun setengah. Tapi, setiap kesusahan, pasti ada kemanisan dipenghujungnya. Di setiap ujian, ada hikmah tersendiri. Dia pilih kita untuk diuji kerana kita mampu mendepani ujian tersebut... Untuk sahabat dan teman saya, teruskan perjuangan!

No comments:

Post a Comment