Wednesday 11 January 2012

Old Village Restaurant

Salam all.. hari nie entry pasal makan-makan ye..maklumlah baru balik lunch..:) tapi tempat yang i nak citer ni xde kena mengena pun ngan lunch ari ni.

Restoran nie terletak di Jalan Dato' Kumbar (JDK), Alor Setar ye kengkawan, sat gi pakat pi dok cari kat KL ni confirm x jumpa no. Maaf saya x berapa ingat  land mark nak ke sini, sebab kami pi malam. But for sure, uols amik exit Alost Setar (S) then traffic light lepas tol tu amik kiri. Terus lagi, nampak Souq al Bukhari sebelah kanan, terus lagi. Then sampai traffic light Jalan Dato' Kumbar, amik kiri. Pastu bole nampak dah sign board ke OV nie. Tempat nie quite tersorok. Simpang nak ke OV nie from JDK tu betul2 bawah jambatan highway - meaning highway PLUS tu atas kepala korang la, then belok kanan. Lalu2 rumah orang sebiji dua.. tadaaa! Jumpa pun restoran nie.

Nak buat seminar bole, nak mesyuarat bole, nak tido sini pun bole - ada homestay
Nampak tu? Kalau siang bole naik bot menyusuri sungai nie..
Area nie betul2 atas air. Kalau gayat, boleh makan kat area yang daratan ye. Malam tu kami sekeluarga makan kat area atas air nie ler, tapi dalam hati cuak gak maklumlah ada anak-anak kecik. Hero-hero kami tengah lasak. Nak plak my nephew cakap, xde buaya ke m.ngah! Ish, budak kecik sorang nie... Sekali ada bot lalu, so rasalah tempat kitorg duduk tu bergoyang, dek arus sungai yang berombak-rombak tu
Puyuh masam manis
Udang Goreng Tepung
Siakap Bakar - ada le sambal sikit-sikit

Telur Bungkus
Sup sayur
Taste? Ok2 je.. tapi tempat nie femes la bagi orang-orang belah Alor Setar, Jitra etc sebab the ambiance and facilities  yang disediakan kot. Kalau syarikat nak buat makan2 selalu buat kat sini. Car park banyak, surau pun ok, cuma yang perlu diperbaiki adalah toilet. Bukan x bersih, OK cantik tapi problemnya - 1st toilet pintu xleh kunci, dah tu camne?. 2nd toilet, toilet cangkung - sian, preggy women x sesuai (cek x pregnant k, cuma prihatin je). 3rd, toilet duduk tapi pelapik toilet xde! Dah tu, xleh flash.. apa cer???????

By the way, kalau uols pi Alor Setar, jemput mai la sini. Bolehla rasa makan atas air sambil disapa angin malam yang mendamaikan. Harga? Saya x sure sebab BIL yang bayar..hehehehe

No comments:

Post a Comment