Monday, 9 January 2012

Riak, Sum'ah & 'Ujub

Pic: TQ Mr Google
Semalam otw balik rumah, saya dengar radio IKIM. Ada sesi soal jawab dengan sorang Ustaz ni (maaf saya x berapa clear nama ustaz tu). Ustaz terangkan pasal riak, sum'ah dan ujub. Meh den nak share skit pasal ketiga2 sifat mazmumah nie:-

Riak - sifat buruk ni biasanya berlaku SEBELUM kita buat sesuatu amal tu. Contoh ustaz bagi, kita bagitau ngan kawan kita "malam ni aku nak pi qiyam kat masjid'. Kita dah announce siap2 dah... tapi riak nie masih boleh dibendung, jika kita ada kawan-kawan yang sentiasa nasihat & tegur kita. Yelah, dalam kalangan sahabat-sahabat kita mesti ada yang menegurkan...

Sum'ah - sifat buruk ni plak selalunya berlaku SELEPAS kita buat amal tu. Contohnya kita pegi qiyam kat masjid, kita xde bagitau sesapa pun. Simpan untuk diri sendiri nie.. Tetiba, esoknya jumpa plak kawan kita, then dia cakap "eh, semalam aku nampak ko kat masjid la.. rajin la ko bla bla". Masa nie kita dah kembang kuncup dah, maklumlah orang puji. Memang sifat manusia ni suka dipuji, jadi berjaga-jagalah sebab susah skit nak kontrol sifat yang satu ni. So, bila orang puji, kita kena ucap alhamdulillah...

'Ujub - sifat buruk yang ni memang susah nak kontrol / buang. Sebab hat yang 1 ni dia dok diam2 dalam diri kita. Orang xtau pun, tapi kita sendiri rasa bangga ngan amal soleh kita. Dok rasa diri hebat dah bila buat amal sikit. Kita rasa kita lah yang paling hebat. Ini memang susah sebab orang luar xtau apa dalam hati kita. Jadi, rajin-rajin istighfar sebab kita takut sifat buruk ni 'membakar' amalan-amalan kita seperti api membakar sekam!

Lastly, ada caller tanya macam mana nak buang sifat2 nie dalam hati. Ustaz bagi analogi, seperti lalat bila hinggap kat tangan kita ka muka kita ka, cepat2 tepis. Kalau kita biar, makin lama dia bertenggek kat kita then makin banyak la geng dia mai hinggap kat kita. Sama juga dengan sifat2 mazmumah nie, bila terasa salah satu ni timbul/muncul cepat2 tepis - istighfar terus, buang cepat2 jangan sampai bersarang dalam jiwa. Allahu'alam.

No comments:

Post a Comment