Saturday, 5 January 2019

Resepi Kuih Seri Muka versi bekas plastic


Resepi #1/2019
Kuih Seri Muka (versi bekas plastic) 


Kuih seri muka ni kuih favourite Ummi. Adalah 2-3 kali Ummi buat kuih ni. Ada yang jadi ada yang tak berapa jadi. Kadang tu ikut resepi yang sama tapi tak berapa elok juga jadinya. Depends on the mood juga haha... Bertambah frust bila kuih dah cantik tapi time potong comot pula sebab lapisan atas tu lembik.

Tapi berkat kreativiti seorang hamba Allah ni, dapatlah Ummi masak dan makan kuih favourite Ummi ni dengan senang hati hihi... Resepi ni Ummi dapat dari perkongsian Puan Masni Bahari di Mingguan Wanita. Moga beroleh pahala yang berpanjangan buat Pn Masni aamiin.

Jom Ummi share resepinya agar kita semua dapat menikmati kuih evergreen ni sama-sama (tapi kena buat sendiri-sendirilah ahaks!) 


Alhamdulillah hasilnya sangat memuaskan hati. Terasa rajin nak repeat sebab hassle free. Sedap ni buat minum petang hujung-hujung minggu macam ni.


Selamat mencuba! 

Friday, 4 January 2019

Kedai Hikmah Food di Batu Caves


Dah lama Ummi berhajat nak ke Kedai Hikmah Food ni. Akhirnya 1 Januari 2019 sampai juga Ummi ke sini. 




Kedai ni menjual pelbagai jenis processed food macam fish ball, fish cake, crab stick dsbnya termasuklah segala jenis taufu, frozen kuih, sos dll. Kalau nak buat yong tau fu atau steamboat mai la sini beli bahan-bahannya. Malah kedai ni pun terkenal dengan produk yong tau fu halal termasuk kuahnya juga dijual di sini.






Rambang mata jugaklah Ummi nak memilih barangnya. Rasa tamak menguasai diri; semua nak beli :) tapi Ummi cadangkan pihak kedai upgrade lagi in term of keceriaan kedai. Mesti lagi ramai pelanggan datang.


Malam tu 'ber yong tau fu lah' kami


Sudi-sudikanlah;


Hikmah Food Specialities 
No 19 & 21 Jalan TIB 21
Taman Industri Bolton
68100 Batu Caves
Selangor 


Thursday, 3 January 2019

Persiapan dan Perbelanjaan Sekolah 2019


Sekejap je kan... Tup-tup dah 3 hari kita di tahun baru. Bila tahun baru maknanya sesi persekolahan pun bermula semula. Jalan pun jem semula haha...

Seronok Kakak jumpa dengan kawan-kawan. 

Tahun ni anak2 Ummi sekadar 'naik darjah'. Jadi persiapan dan perbelanjaan tu tidaklah meriah. Tapi kosnya tetap juga tinggi w/pun tak semua kelengkapan baru. Contohnya abang; since dia semakin sado (baca: montel) beli singlet pun size dewasa. Dah size dewasa tu harganya pun harga 'orang dewasa'. Umi beli 3 helai pun dah 30 ringgit lebih huhu... Angah pulak size kecik je seluarnya tapi harga pulak mahal! Pendek kata semua barang mahallah. Anggap je lah ini pelaburan untuk anak-anak. Adalah ganjarannya nanti insha Allah.


Selain kelengkapan sekolah, satu lagi hal penting yang mak ayah harus utamakan ialah yuran sekolah. Bab ni pun Ummi dah setelkan. Cuma yuran Kakak ada lagi separuh belum bayar. Nak bayar full bulan 12 hari tu tapi yuran sekolah abang angah belum tahu jumlahnya. Takut nanti tak cukup duit pula. Last week baru tahu jumlah. Style sekolah abang angah selagi tak bermula sesi baru, tak boleh bayar yuran sebab depa taknak clash resit. Tahun 2018 untuk bayaran 2018 je camtulah... 

Yuran tahunan Ummi dah jelaskan. Lepas ni bayar yang monthly pula; yuran makan, PIBG bulanan dan Pasti. Yuran bulanan Pasti masih kekal rm140. W/pun ada yang minta suarakan pada pihak pengurusan agar dikurangkan tapi bagi Ummi kekal macam sekarang ni pun dah syukur sangat.  Bukan apa, kalau naik 10 ringgit pun terasa impaknya. Lagi pula nak harapkan yuran diturunkan Ummi rasa agak mustahil di kala semua harga barang/perkhidmatan naik sekarang ni. 

Angah 

Kakak 
 
Abang 
Ada setengah tong lagi balance alat tulis tu. Harapnya cukuplah sepanjang tahun. 


Bab buku pun dah setel alhamdulillah. A week before January kedai buku sekolah dah buka. And tahun ni dah improved sistem pembelian buku. Tahun sebelum2 ni lebih sejam rasanya kami que nak beli buku. Sorang je staff yang bertugas :( tahun ni ada 2-3 kaunter yang dibuka alhamdulillah.

Peneman Ummi bila semua dah ke sekolah.
Eh, lapik meja barulah di kantin 😍

Jadinya anak-anak, Ummi Walid dah tunaikan tangggungjawab kami. Now its your turn to fulfil your duties. Belajar rajin-rajin tau.

All the best for 2019 💝💝💝

Monday, 31 December 2018

Coretan akhir tahun 2018


Asar, 31 Disember 2018 

Hujan turun mencurah-curah membasahi bumi alhamdulillah. Moga setiap titik hujan yang menimpa bumi membawa seribu rahmat dan berkat buat penghuni bumi, terutamanya menuju tahun baru. 

Ada satu peristiwa di hujung tahun ni yang menyentap hati nurani Ummi. Our neighbour, tiba-tiba sesak nafas dan terkulai tak sedarkan diri seterusnya berada dalam keadaan koma sehingga hari ini. Beliau yang paginya riang ceria bergurau senda dengan Tok, berselera makan tiba-tiba terbaring kaku menyedarkan Ummi bahawa hidup kita sangat 'fragile'. Sekelip mata sahaja Allah boleh tarik apa saja nikmat yang dipinjamkan kepada kita. Menatap wajah sedih isterinya Ummi seolah dapat menyelami perasaannya. Pastinya beliau mengharapkan suaminya kembali sedar. Mungkin ada kata yang ingin ditutur, kemaafan yang ingin diungkap atau sekadar lafaz sayang yang tak sempat diucap menambah sebak didada Ummi. Bayangkan pasangan kita yang sihat ceria tiba-tiba rebah tak sedarkan diri. Allahu... Bukan seminit dua tapi sudah hampir 2 minggu lamanya. 

Namun begitu, untungnya jiran Ummi ni diuji dalam keadaan beribadat, sedang menyebut kalimah mulia; lailaha illahlah dalam majlis tahlil, di surau sebelum tiba-tiba tak sedarkan diri. Allahu... Moga bahagian Ummi nanti juga semulia ini.

Apa yang berlaku ni sebenarnya memberi Ummi pengajaran; untuk sentiasa menghargai insan-insan tersayang yang ada disekeliling kita pada setiap masa. Sometimes we take things for granted. Until its too late :(

Cukuplah selama ni kita mencari kekurangan. Kita buka buka baru dengan melihat kepada kebaikan seseorang. Bak kata kawan Ummi, Teacher Asmin di dalam bukunya Mawaddah yang Istimewa; jika keburukan yang kita cari, keburukanlah yang kita nampak. Begitulah sebaliknya, jika kebaikan yang kita cari, pasti yang kita nampak hanya kebaikan dan kebaikanlah yang akan hadir. 

Ummi doakan jiran Ummi diberi kesembuhan serta dipermudahkan urusan buat mereka sekeluarga aamiin.

Buat semua, moga 2019 membawa lebih kebaikan, kemudahan dan keceriaan untuk kita semua aamiin.

Credit source. 


Ke Laman Zarlith... sekali lagi


"Cikgu dah dapat kad?" 
Haha... Ini kali pertama Ummi dengar orang panggil Walid cikgu... Selalu Ummi yang dapat gelaran cikgu tu 😁

Undangan kali ni datangnya dari Tn Hj J. Jodoh anak Tn Hj ni dengan orang Bali. Jauhkan? Malam sebelum mereka sekeluarga berangkat ke Bali untuk majlis akad nikah dan persandingan sebelah pengantin perempuan, Tn Hj ni ada buat majlis doa selamat di surau. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar di sana. 

Kakak yang setia jadi model Ummi :) 

Kenduri diadakan di Laman Zarlith.Kali pertama kami makan kenduri di sini tahun lepas. Kendurinya belah malam. Kali ni merasa pula makan kenduri di Laman Zarlith ni waktu siang. 

Memang cantik venue ni tak kira siang atau malam. Ummi suka deco majlis yang nampak sangat elegant. 




Selain dari makan minum yang meriah dengan pelbagai pilihan, majlis juga dimeriahkan dengan persembahan Kompang 5 Beradik dan tarian tradisional dari penari-penari cilik. Ummi lupa pulak nama group depa ni. Persembahan Kompang 5 Beradik ni memang menghiburkan. Walid kata glamour depa ni. Dekat YouTube banyak video depa. Entahlah... Tapi personally Ummi lebih suka paluan kompang cara lama. Nampak nau Ummi ni 'old skool' 😅




Dapat bunga telur yang cantik. Ummi suka 😍😍😍


Sayang nak buang bunga telur yang cantik ni. Ummi buat hiasan meja makan. 

Apapun terima kasih daun keladi ye Tn Hj atas jemputannya. Moga bertambah rezeki Tn Hj sekeluarga aamiin. 
Selamat pengantin baru!

Kenduri yang diadakan pada 29 Disember ni menjadi penutup kenduri untuk 2018. Alhamdulillah murah rezeki kami tahun ni. Entry Ummi pun banyak tentang kenduri ni. Saja abadikan di blog untuk kenangan di kemudian hari. Jangan ada yang bosan ye dengan cerita makan kenduri Ummi 🤭 undangan untuk tahun depan pun dah ye 😜

Sunday, 30 December 2018

Majlis Penutup Program Tarbiyah Anak-Anak Remaja Masjid Sg Chinchin 2018


Sepanjang cuti sekolah ni Ummi masukkan Abang dan Angah dalam program Tarbiyah Anak-Anak Remaja anjuran Masjid Sg Chinchin ni. Program ni dianjurkan dengan kerjasama Maahad Tahfiz Sheikh Muhammad Nur yang terletak bersebelahan masjid. Dalam banyak-banyak program cuti sekolah yang ditawarkan ini yang paling sesuai dari segi bajet dan had umur. Bayaran cuma rm50 seorang dan anak-anak berusia 6 tahun ke atas boleh sertai program ni. Dapatlah Angah join sekali.


Dari segi pengisian Ummi tengok kebanyakannya sama sahaja; ada kelas hafazan, solat, fardhu ain, dll. Adalah sekali tu diberi peluang untuk peserta buat aktiviti memanah. Trial session 3x bidik. Nak extra kena join kelas memanah, rm50 sebulan kalau tak silap. Aktiviti berkuda pula tak dapat dilaksanakan sebab kekangan dari segi logistics.

Alhamdulillah terisi juga masa cuti anak2 w/pun program ni half day je. Abang misalnya dapatlah polish hafalan juz 30 tu. Disamping tu dapat juga hafal 10 ayat terawal dan terakhir Surah Al Kahfi. Angah pula dapat juga hafal surah-surah lazim dan 3-4 ayat awal Surah Al Kahfi alhamdulillah. Angah ni bukan tak boleh menghafal tapi suka main-main. Dengan Ummi asyik bergaduh je kalau suruh hafal :(



Last day program ada aktiviti mewarna dan hafazan. Angah masuk pertandingan mewarna tapi tak menang. Abang pula zero masuk pertandingan hafazan, dapat no 3 kategori bawah 12 tahun dan remaja. Kategori remaja Ustaz calonkan dia sebab dia paling banyak hafal among the group members w/pun tak cukup umur hehe... 



Hadiah hafazan. 

Malam penutup tu ada penyampaian sijil, hadiah peserta terbaik dan jamuan. Abang dapat hadiah peserta terbaik dalam kumpulan alhamdulillah.


Parents ramai juga yang hadir. Termasuk jemaah masjid memang meriah juga sambutannya. Yang bestnya masjid ni mesra kanak-kanak. Anak-anak kecil bebas ke sana ke mari sebab majlisnya pun di luar dewan solat. 


Alhamdulillah 'ala kulli hal. 

Thursday, 27 December 2018

Makan kenduri di hari Krismas



Alhamdulillah tak putus-putus jemputan kenduri yang kami terima. Rezeki berkawan dengan orang-orang yang lebih berusia hikhik...

Jemputan kali ni datangnya dari ex-officemate Walid. Terharu Walid bila dijemput. Almaklumlah dah 2 tahun pun berhijrah ke tempat kerja sekarang. Yang masih berkhidmat pun tak semua dijemput. Itulah namanya rezeki kan...

Pertama kali kami sampai di Bandar Rinching, Semenyih ni. KL lengang je walaupun hari selasa sebab cuti Krismas kan. Dalam sejam je kot sampailah kami di rumah kenduri.


Meriah sungguh kendurinya. Nasi putih, nasi Arab, mee sup, kuih muih semua ada. Yang best kuih muih macam cucur badak dan goreng pisang dihidang panas-panas 👍👍👍 semangat kerjasama dan gotong royong penduduk taman ni sangat tinggi membolehkan majlis perkahwinan ni berjalan dengan lancar dan meriah. Sepanjang kami di situ boleh nampaklah jiran-jiran sepakat membantu dengan tugasan masing-masing. 

Petik bunga selit kat telinga. Maaf ye tuan tanah 😇

Sebelum balik kami singgah solat zohor di Masjid Bandar Rinching berhampiran lokasi majlis. Masjidnya bersih terjaga termasuk tandas dan tempat wudhuk. Selesa untuk beribadah. 

Ingatkan balik tu nak singgah Aeon cuci mata tapi masing-masing dah 'belayar' terus balik rumah je lah. Jangan dikejut anak-anak harimau yang sedang tidur, nanti huru-hara jadinya 😆😆😆 

Tapi sempatlah singgah dekat kedai perabot Couch tepi MRR2 tu. Walid je turun kereta, survey dulu. 

"Ummi nak yang mana?" 
"Dua-dua" 😜
Terus Walid tak jadi beli haha... 



Sebelum sampai rumah, menyinggah lagi. Beli stand fan untuk bilik Tok, ganti yang lama. Tok tak berani on kipas syiling, takut fan tu jatuh 🤭🤭🤭 

Brand ni je yang suit dengan bajet :(


Terima kasih Tn Hj H IO atas undangan. Selamat menyambut menantu. 
Moga kedua mempelai beroleh berkat dan berbahagia selalu. Selamat pengantin baru💝💝💝