Tuesday, 27 October 2026

Sarapan @ Nasi Kandar Stadium, Sri Gombak


Hujan manja di pagi Ahad. Ikutkan nak tarik selimut tapi dah beberapa kali Walid dok ajak rasmikan kedai nasi kandar terbaru di Sri Gombak ni, jom la kita. Lepas ni susah dah nak cukup korum bila mana Abang akan balik ke Asasi dan Angah Kakak balik asrama. 

Alhamdulillah the million dollar view dah nampak balik dah....syukur, jerebu dah hilang nampaknya. Cuma awan tebal, gelap macam nak hujan lagi...

Selain mai rasmi kedai baru, rasmi juga tudung baru. Tudung pemberian MZ 💕

Antara menu roti yang ada... 

Kedai baru buka, cantik dan bersih. 
Mungkin sebab baru, service lambat sikit.  Jarang kedai nasi kandar serve lambat kan... 

Pilihan Abang dan Kakak. 
Nasi agak sikit. Biasa kedai nasi kandar ni nasinya banyak. Bagus juga, sure makan habis. Yang tak bagusnya, tak dapatlah Ummi nak tumpang makan macam di Nas Bistro yang nasinya menggunung tu 😅

Depa dah nak habis makan baru order kami sampai satu, satu. 

Roti Puri untuk Ummi.
Kuahnya sikit, tak padan dengan roti 2 keping tu. Satu lagi pencicah tu tak berkuah. 

Mee goreng telur mata pilihan Walid.
Sedap but again, portion agak kecil. 

Megi goreng Adik pula menimbun... 
Rezeki masing-masing kot, ada banyak ada sikit 😁

Angah ambil nasi putih lauk ayam. Sekejapan je dia makan licin pinggan. Tambah order, roti bakar pulak. Tengah membesar, selera makan pun besar :) 

Lauk pauk banyak juga pilihan. Bagus, ada tanda harga sekali. 

Geram tengok bendi rebus dan cili hijau ni... 

Ummi pertama kali tengok kandar powder ni. Bila tanya pelayan tu dia kata makan dengan kambing. Tak pernah jumpa tak tahu untuk apa. Dia pun tak explain, Ummi pula malas nak tanya banyak sebab ada customer belakang Ummi. 

Ummi nak juga rasa nasi kandarnya jadi tapau la lauk ayam goreng, sayur kobis dan telur mata. Sedap juga karinya, kari style mamak Penang. 

Konsep restoran ni nasi kandar Penang.  Berkongsi syarikat induk yang sama dengan Q Bistro. No wonder la kedainya selesa dan terurus. Kedai ni tutup untuk solat Jumaat jam 1-2 ptg. Ada notis tapi lupa nak ambil gambar. 

Terima kasih Walid belanja.
Semoga diganti 1000x ganda rezekinya 🤲🏻🤲🏻🤲🏻



12 comments:

  1. Oh, Nasi Kandar Stadium ni sama co dengan Q Bistro ke? Dekat Gelang Patah, ada jugak Nasi Kandar Stadium, kita ingat dia guna nama tu sebab dekat dengan Stadium Sultan Ibrahim. Tak pasti la, tengok macam sama cawangan dengan yg GP ni, sebab background warna merah tu sama, hihi. Memang nampak sikit portion dia tu, kalau kita pun tak cukup tuuu, PH.

    ReplyDelete
  2. Wah, nampak menarik la kedai ni. Baru tau Q Bistro pun ada restoran nasi kandar jugak. Mungkin restoran ni nak bagi harga nampak murah tu yg bagi portion sikit je.

    ReplyDelete
  3. menarik ni..tapi portion kecik..ke dia masak banyak2 masa tu ada order sama tu yang dia bahagi2 jadi sikit..

    ReplyDelete
  4. aritu blk gombak nmpk nasi kandar stadium ni..terliur tgk telur mata gedik tu

    ReplyDelete
  5. Tak pernah try lagi Nasi Kandar Stadium

    ReplyDelete
  6. Cop! Ni nasi kandar yg femes dkt stadium depan hukm tu kan... wah baru buka kat sri gombak eh? Ya allah lama nya x pegi area sana 😅😅 nmpk gaya kena try juga ni

    ReplyDelete
  7. Baru je makan nasi kandar dinner tadi, Kawi belikan. Tapi kuah akak minta asing.

    ReplyDelete
  8. Sy pun geram tgk bendi tu sis =D

    ReplyDelete
  9. Nasi kandar saya memang suka gu dgn bendi, kena rangup manis haha. Excited juga kalau ada mamak baru buka.. kena cuba, kalau sedap baru repeat

    ReplyDelete
  10. err PH, tudung tu bkn MZ yg bagi tau...rasa2nya carneyz kan bagi hadiah tudung? sbb i pun dpt jugak tudung dari carneyz..PH confused ni hahah kan ari tu kita exchange gift ramai lah jugak kan

    ReplyDelete
  11. Kalau tak salah Abang shaizhar ada kasih tahu saya nasi kandar baru buka area sana. Mungkin ini yang dimaksud yaaa.

    Memang harus saya coba lah rasanya 😄😄. Saya pun lebih suka kalau Porsinya kecil begini. Jadi sesuai lah untuk porsi saya

    ReplyDelete