Wednesday, 28 October 2026

Cuti Sempena Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Pemerintahan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah

Daulat Tuanku! 

Isnin semalam sekolah Adik cuti. Paginya hujan juga, ikutkan hati nak tarik selimut tapi Walid kerja. Nak tak nak kena bangun jugalah. 

Ummi masak Nasi Tumis Pandan. 
Tumis 4 sekawan, bawang merah, bawang putih, halia, serai ketuk dan daun pandan hingga layu. 

Masukkan beras, air dan garam secukupnya. 
Tutup periuk, tekan suis dan masak nasi seperti biasa. 

Nasi dah masak!
Aroma dan tekstur serta rasa lebih kurang nasi lemak juga, cuma tanpa santan. 

Hidang bersama ikan bilis, telur rebus, timun dan sambal tumis atau apa² lauk yang sesuai.
Sampai tengahari kami makan nasi ni. 

Tak keluar mana pun...
Layan Spiderman No Way Home dengan anak-anak. Dah berapa kali tengok, tetap tak jemu. 

Langit cantik belah petang. 
Lama tak tengok langit cerah begini, seronok tak terkata. 

Menjelang Maghrib Ummi dah start tak sedap badan. Rasa nak demam dan selsema. 
Lepas Isyak, telan Panadol terus lena. 


22 comments:

  1. Sakan eh oeg selangor cuti #jelesni ðŸĪŠðŸĪŠ

    ReplyDelete
  2. Nasi tumis pandan tu macam nasi lemak ke PH? Nampak menyelerakan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Puan. Cuma kita tumis bahan rempahnya. Macam buat nasi ayam lebih kurang cuma guna air biasa utk masak nasi.

      Delete
  3. Tengok bahan tumisannya tu, tentu harum aroma nasi yang dimasak. Memang sedaplah makan 😋

    Moga sekarang ni PH dah sembuh.
    Saya belum baik sepenuhnya, masih berlawan dengan batuk selsema berat kepala yang datang pergi sejak Ahad lalu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. On road to recovery PU 😌
      Syafakillah to you too ðŸĪēðŸŧ
      Harum semerbak bau satu rumah hihi

      Delete
  4. Sambal petai bilis ke tuuuu.. syosyedappp

    ReplyDelete
  5. Kesian org2 Selangor tapi kerja KL sbb kena kerja walaupun Selangor cuti.

    Rajin betul sis masak nasi pagi2. Saya paling2 pun goreng nasi lebih dari nasi malam semalam. Tapi selalunya suami jenis makan ringan pagi2 mcm bread atau roti canai. Pernah offer buatkan bekal utk makan tengahari dia di ofis tapi dia taknak sbb malas nak bawak beg bekal dan tak de microwave di ofis nak panaskan katanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Malas nak keluar beli sarapan, masak aje yang mudah-mudah. Sekali harung je utk lunch sekali.

      Delete
  6. nieyl selangor cuti pun x pergi mana kak..
    dok umah je, sejak2 jerebu ni memang x keluar sgt...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akk ni nak keluar pun suami kerja, ofisnya di KL hehe

      Delete
  7. Cuti hari isnin baru ini tak ada di Selangor tapi di negeri lain. Nasi tu nampak menarik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah jalan-jalan la tu ye...

      Delete
    2. Ha ha ha. Biasalah JJCM. Mana tak bertambah KG nya asyik makan makan melantak minum makan je.

      Delete
  8. sekali sekala cuti berehat duk rumah jer.. nikmat juga..

    ReplyDelete
  9. Wow..Sedap sambal petai tu sis =D

    ReplyDelete
  10. Menariklah nasi tumis pandan tu...

    ReplyDelete
  11. lauk nasi tumis pandan tu sama mcm nasi lemak kan tu

    ReplyDelete
  12. Ok nanti nak buat lah nasi dengan cara ini. Sambal petai tuh menggoda lah kak 😍😍😄.

    Dah lupa saya jalan cerita no way home ini. Saya jenis yang kalau nonton film cukup sekali, maksimal 2, itupun kalau bagus sangat .. 😅.

    ReplyDelete
  13. Nasi tumis pandan ni nak cuba buat la PH. Mesti harum je nasinya.

    ReplyDelete
  14. Menarik la nasi tumis pandan ni...

    ReplyDelete