Ninjaz Sri Gombak ni tengah buat clearance sale sampai 2 Nov (Isnin). Petang semalam kami singgah la tengok apa yang best. Ternyata banyak juga yang menarik hari. Itu yang laju Ummi up entry ni supaya yang berminat boleh ke sini.
Depa buka khemah atas 5 parking lot. Banyaklah jualannya tu kan... Ummi tanya staff dia, nak pindah ke?
"Eh tak, buat jualan akhir tahun ni nak clear kan stok"
Lega Ummi dengar, sebab anak-anak selalu ajak Ummi ke Ninjaz ni. Kalau pindah susah juga kami :)
Yang bagusnya diorang test dulu function ke tak setiap earphones ni sebelum kita bayar. Ummi ada ambil 1 set ni, bila staff dia tengok phone Ummi (nak test) rupanya tak compatible dengan lubang earphones dekat phone Ummi tu. Yang Ummi ambil tu jenis petak, phone Ummi jenis bulat tempat cucuknya tu.
Tak tau la kuat ke tidak angin mini fan ni. Tak beli pun la wpun kalau nak buat gift comel-comel, mur-mur tu sesuailah ni...
Yang ikut kami balik;
Rasa macam nak pergi beli lagi, buat hadiah untuk anak-anak & cucu-cucu buah :D
Dapat sekali 3 button batch.
Ni pun macam nak pi beli lagi, RM 10 je.
Hujung-hujung tahun ni kan banyak nak buat gift exchange events esp gegirls Ummi ni. Boleh la stand by hadiah siap-siap. Yang bertukar hadiah depa, yang dapat hadiah pun depa. Tapi yang prep hadiah ni Ummi depa 😉
Singgit je satu. Ni pun sesuai nak bagi gegirls kan. Depa suka gantung dekat beg. Hari tu Ummi dengan Adik nampak ada sorang cikgu KAFA pun gantung keychain gini dekat beg beliau. Cikgu pun minat hehe...
Pun nak pi beli lagi. Tamak 🫣
Towel ni Ummi tak tau pasai pa pi beli... Kain dia kesat, macam kain felt. Mujoq la 3 ringgit ja. Tapi ikut pada gambar (nak baca instructions tak reti) banyak juga kegunaannya.
Total spent RM 33 tadi.
Psst: Celcomdigi sebelah Ninjaz ni ramai orang, ada offer iPhone katanya untuk plan pasca bayar. Kedai emas hujung tu pulak adik Ninjaz tu kata ramai sebab emas turun harga. Sempat ye kami bergossip, sementara dia check earphones Ummi beli tu function/not 😁
Wahh.. happy shopping ye.. memacam yg dirembat tu.
ReplyDeleteHehe murah fon telinga. Bagus juga dia tengok itu elok ke tidak.
ReplyDeleteBanyak borong.
murah2 jualan dh mcm kedai Eco Rm2 je., hehe
ReplyDeleteComelnya lampu tidur tu.
ReplyDeleteAlaaaaa arini x sempat nak pegi situ... harap esok masih ada stok lagi
ReplyDeletewahhh boleh buat rambang mata niiiii
ReplyDeletecantik la lampu tido tu
ReplyDeleteComeynya lampu tidur tu PH.
ReplyDeleteBerkenan pula tengok set earphones tu. Ini kalau terpergi mau KSarie terbeli benda yang tidak perlu pun😅
ReplyDeleteUii.....kalau pi..rambang mata ni
ReplyDeleteEh macam- macam ada tu ha...seronok memborong
ReplyDeleteHujung tahun memang banyak sales.
ReplyDeleteMacam-macam tu.. harga pun mesra poket.
ReplyDeleteSalah satu alasan saya nak ke KL akhir tahun, sebab saya yakin akan banyak promosi akhir tahun 🤣. Makanya nak shopping puas2 😄. Siap bawa luggage kosong pula.
ReplyDeleteMacam kena pi lagi ni utk repeat beli. Tak tahan yg last sekali siap bergosip sambil test earphone
ReplyDeletekat prima gombak tu meriah betul sbb mcm2 kedai, parking pun pyh gak laaa kalau peak hrs
ReplyDelete